Home » , , , , , » EPL : LIVERPOOL BANTU MANCHESTER UNITED DAPAT 6 MATA MUSIM 2012/2013

EPL : LIVERPOOL BANTU MANCHESTER UNITED DAPAT 6 MATA MUSIM 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

KEPUTUSAN PERLAWANAN EPL 'SUPER SUNDAY' MINGGU 22


Man Utd 2 - 1 Liverpool
Arsenal 0 - 2 Man City

Manchester United mengutip 3 lagi mata berharga menentang pasukan Liverpool yang kaya dengan sejarahnya. Namun kelebihan 10 mata tidak kekal lama apabila musuh paling kuat, Manchester City juga menang di Emirates.


Secara keseluruhan perlawanan semalam menyaksikan Liverpool telah menghadiahkan 6 mata berharga kepada United untuk menambah gelaran ke-20 musim ini. Dalam perlawanan di Anfield tahun lepas keputusan yang sama juga memihak kepada United apabila Rafael dan Van Persie menidakkan gol Gerrard untuk memberi United kemenangan 2-1.


Perlawanan malam tadi, Manchester United menguasai separuh masa pertama dengan beberapa peluang menarik. Van Persie akhirnya berjaya memecah kebuntuan di minit ke-19 menerusi gerakan cantik.  


Danny Welbeck yang dikritik hebat kerana diturunkan oleh SAF membuktikan bahawa dia masih boleh diharapkan dalam perlawanan penting. Banyak gerakan yang berbahaya bermula dari tindakan dan kawalan bola menarik dari penyerang muda itu. Hanya yang perlu diperbaiki adalah teknik penyudah beliau. Jika diikutkan United sepatutnya boleh lead 3-0 @ 4-0.



Kedudukan liga EPL setakat 14 Januari 2013



2nd half United melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Valencia menggantikan Young yang cedera. United masih menguasai permaianan dan berjaya menambah jaringan melalui sepakan percuma Van Persie yang ditanduk Evra sebelum terkena Vidic (minit ke-54). Walaupun replay menunjukkan Vidic berada pada kedudukan offsaid tapi dalam masa sebenar sukar untuk dilihat.


Selang 3 minit, akibat kelekaan pemain tengah Cleverley dan Carrick bola berjaya dipintas dan Gerard melepaskan sepakan tapi berkaya ditampan De Gea. Pertahanan United yang terpinga-pinga gagal mengeluarkan bola muntah dan Sturridge meluru untuk gol debut EPL bersama Liverpool.





EPL goals : Van Persie 17 - 15 Suarez


Liverpool seakan-akan bersemangat selepas jaringan itu. Mereka melancar serangan bertubi-tubi ke gawang United tapi berjaya dipatahkan. SAF melihat keadaan itu tidak boleh dibiar dan kelebihan gol wajar dipertahankan. Kagawa dikeluarkan untuk memberi ruang kepada Phil Jones mengawal bahagian tengah. Welbeck diarah bermain sebelah kiri dan meletakkan Van Persie selaku lone striker.


Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat permainan dan SAF gembira untuk mendapat 3 mata walaupun terpaksa bertahan di akhir 20 minit. Kemenangan ini menjarakkan kedudukan dengan Liverpool sebanyak 24 mata. Bagaimanapun jumlah goal difference tidak begitu tinggi. Hanya beza 3 dengan Manchester City dan Chelsea (kurang 1 perlawanan).


Biasanya perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal bakal menentukan siapa yang akan bergelar juara. Untuk mencabar sebagai juara EPL memang jauh sekali. Manchester City akan terus mengejar. Chelsea menunggu kesilapan dari 2 kelab Manchester untuk kembali mencerahkan harapan.


Kredit pada SAF kerana mengekalkan partnership Cleverley & Carrick yang semakin mantap. Valencia perlu tingkatkan lagi prestasi untuk kembali dalam 1st eleven. Perlawanan ulangan Piala Fa dilihat sebagai gangguan sebelum United bertandang ke White Hart Lane untuk bertemu pasukan tempat ke-4 Tottenham Hotspur. Dijangka SAF akan melakukan rotation pemain dengan Chicharito, Smalling, Jones, Anderson, Nani akan bermain.


 Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan ulangan Piala FA

Manchester United vs West Ham

17 Januari 2013 ( Khamis)

4.00 am waktu Malaysia

Live @ Astro Super Sport 3 (817) HD (833)


*P/s : Pemenang perlawanan akan bertemu Fulham@Blackpool di pusingan ke-4


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : LIVERPOOL BANTU MANCHESTER UNITED DAPAT 6 MATA MUSIM 2012/2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets