Home » , , , , » EPL : Nasib Manchester United musim 2012/2013 | Chelsea rapatkan jurang?

EPL : Nasib Manchester United musim 2012/2013 | Chelsea rapatkan jurang?

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , ,

Keputusan Perlawanan Manchester United vs Newcastle United | EPL Boxing Day 2012

analisi pasukan manchester united tahun 2012 musim 2013/2013,kelemahan pasukan manchester united,rekod manchester united

Manchester United 4 - 3 Newcastle United

Kalau ada yang kata Manchester United banyak luck musim ini aku terima. Fakta terkini United hanya dapat 4 clean sheet sahaja dalam 27 perlawanan. Banyak perlawanan yang United perlu bangkit dan menang akhirnya. Juga susunan perlawanan Boxing Day dan penghujung tahun 2012 Manchester United hanya perlu bermain di Old Trafford.


Dalam bulan Disember sahaja ada 6 perlawanan liga dan awal tahun 2013 selang 2 hari dari perlawanan malam ini menjadikan jarak 10 hari untuk 4 perlawanan. Bukan sesuatu yang mudah jika difikirkan tentang masa rehat yang kurang dan tekanan serta kecederaan yang akan berlaku. Musim ini mungkin memberi kelebihan kepada United.


Ditambah dengan kemasukan Robin van Persie yang berjaya menjaringkan gol penting dan memberi 3 mata kepada Manchester United ketika menentang Manchester City. Satu perkara yang peminat harus tahu ialah Manchester United tidak akan menyerah kalah dengan mudah. Mereka bermain bermatian sehingga minit terakhir perlawanan.


Kredit : Manutd.com


Manchester United berhak menduduki tangga teratas liga kerana mereka menang 15 kali paling banyak jika dibandingkan dengan pencabar lain seperti Manchester City (11), Chelsea (10) dan Tottenham (10). Cuma perbezaan gol yang masih menjadi masalah besar. Kita berjaya menjaringkan 48 gol dari 19 perlawanan tapi kita juga bolos banyak dengan 28 gol (kurang 5 dari jumlah bolos musim 2011/2012).


Sesuatu yang meresahkan SAF dan peminat United. Sampai bila kita akan menharapkan comeback?? Jika tiada nasib (macam lawan Swansea) mungkin kita hanya mampu seri atau lebih teruk kalah. 


Dalam perlawanan menentang Newcastle, 3 kali United perlu bangkit menyamakan kedudukan sebelum Chicharito menjadi wira sekali lagi menjaringkan gol di saat akhir perlawanan. Mungkin sekarang Robin Van Persie masih cergas. Bermakna sentuhan magis masih boleh ditagih di saat genting. Apa akan terjadi jika ramai pemain utama cedera dalam waktu yang sama?





Pertahanan United perlu lakukan sesuatu untuk mengurangkan gol bolos. Jangan terlalu asyik menyerang hingga mengabaikan posisi asal. Pemain tengah juga sepatutnya membantu menghalang pemain lawan masuk dalam kawasan berbahaya. Mungkin malam itu SAF tidak patut menyenaraikan 2 kuda tua (Scholes & Giggs) dalam kesebelasan utama. Mereka sudah tidak pantas untuk bertahan. Scholes kalau buat tackles 90% risiko akan dapat kad.


United masih ketiadaan defensive midfileder seperti Keane, Butt dan Hargreaves. Carrick boleh diharapkan tapi beliau tiada strength, agresif dan  agak slow untuk track back. Phil Jones pula masih muda untuk mengisi posisi penting itu. Fungsi defensive midfileder untuk melindungi barisan pertahanan dan melakukan hantaran pantas kepada pemain barisan serangan untuk counter attack.





Perlawanan menentang West Brom malam ini diharapkan United masih mampu mengekalkan momentum kemenangan dan gunakan kelebihan beraksi di Old Trafford untuk menjarakkan kededukan dengan pencabar lain. Pada 1 Januari 2013 pula United akan bertandang ke stadium Wigan (selang 2 hari dari perlawanan malam ini).



Video Highlight Perlawanan Mancheste United vs Newcastle United | 26 Disember 2012




Chelsea yang mendapat kemenangan ke-3 selepas pulang hampa dari Jepun dicanang-canang sebagai pencabar Manchester United selepas Manchester City tumpas kepada Sunderland. Diorang lupa agaknya siapa yang mendahului liga pada awal musim di bawah Roberto Di Matteo. Chelsea memang handal sebab itu mereka jadi juara UEFA Champions League 2011/2012


Untuk menang liga kita akan lihat pasukan mana paling konsisten. Manchester City sudah terkeluar dari cabaran Eropah. Ini bermakna mereka akan fokus pada kejuaraan domestik. Kelebihan ini wajar diberi perhatian kerana Chelsea akan bermain di Europa League yang jadualnya sedikit padat berbanding dengan Uefa Champions League.





Manchester United yang mempunyai skuad yang lebih besar masih boleh mengekalkan penguasaan dalam liga jika mereka tidak mensia-siakan kelebihan 7 mata tahun hadapan. Setiap pasukan akan mengalami kemerosotan dan tidak mungkin Chelsea akan menang baki 20 perlawanan dengan mudah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Nasib Manchester United musim 2012/2013 | Chelsea rapatkan jurang? "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets