Home » , , , » EPL : Skrip sama Manchester United | Comeback kali ke-9

EPL : Skrip sama Manchester United | Comeback kali ke-9

Penulis: Que | Kategori: , , ,

bilangan comeback dalam epl manchester united,keputusan perlawanan epl manchester united vs qpr 24 november 2012,senarai penjaring manchester united


Manchester United 3 - 1 Queens Park Rangers

United : Evans 64' Fletcher 68' Chicharito 72'    QPR : Mackie 52'


Skrip yang sama. Ketinggalan dengan gol pihak lawan dan kemudian bangkit untuk menang perlawanan. Sakit jantung tengok perlawanan musim ni. Asyik buat comeback je. Setakat ini sudah 13 kali Manchester United membiarkan pihak lawan mendahului namun hanya 9 kali sahaja berjaya diselamatkan.


Minggu lalu, Norwich menghukum tabiat United yang lambat panas mengakibatkan pasukan SAF hilang 3 mata untuk menjarakkan kedudukan di persada EPL.



Peminat akan mempersoalkan first eleven yang diturunkan SAF. Beliau meletakkan Welbeck di sayap dan membiarkan Cleverley dan Anderson di bangku simpanan.  Separuh masa pertama United langsung tidak melakukan serangan berbahaya. Hanya peluang Scholes yang gagal disempurnakan dengan pantas.


3 gol dalam masa 8 minit akhirnya membenam QPR dan membawa United ke takhta liga sekurang-kurangnya 24 jam


Selepas perlawanan SAF memuji pemain gantian Anderson dan Chicharito yang mengubah permainan United. Midfield nampak lebih bertenaga memaksa QPR bertahan. Walaupun QPR berada di tempat tercorot EPL, mereka mendapat semangat baru selepas bekas pengurus Mark Hughes dipecat sambil Harry Redknapp memerhati dari kerusi penonton.



macam mana formasi diamond 442
Contoh formasi diamond (tak perlu wingers)


Terlalu kerap melakukan rotation pun tak bagus sebenarnya. Pemain baru nak serasi dengan rakan mereka tetiba kena tukar corak permainan bila pemain lain mengisi posisi tersebut. Welbeck memang tak sesuai main di sayap. Kerap hilang bola dan tak nampak persefahaman dengan fullback. Young paling mengecewakan. Prestasi yang tak menentu oleh pemain sayap boleh dipertimbangkan supaya formasi 4-4-2 di tukar kepada diamond.


Scholes pulak masih gagal tackle dengan betul. Kadang-kadang foul yang dilakukan meletakkan pertahanan Manchester United dalam bahaya. SAF perlu beri Anderson peluang membuktikan kebolehan mengawal bahagian tengah.



Highlight Perlawanan Manchester United vs QPR | 24 November 2012



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Skrip sama Manchester United | Comeback kali ke-9 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets