Home » , , , » EPL : Norwich kebal di Carrow Road | Put Your Best Eleven

EPL : Norwich kebal di Carrow Road | Put Your Best Eleven

Penulis: Que | Kategori: , , ,


Norwich 1 - 0 Manchester United

SAF gagal lagi dalam percaturan taktik dan pemain. Setelah layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League (top spot confirm!) beliau sepatutnya menurunkan kesebelasan terbaik untuk perlawanan vs Norwich.


Tapi kenapa Giggs yang dipilih sedangkan Cleverley dan Anderson lebih menyerlah di bahagian tengah United. Kita perlukan speed dan energy di bahagian midfield jika menentang pasukan yang gemar bertahan dan menunggu masa untuk melakukan counter attack.


Aku faham SAF mungkin risau pasal kecergasan pemain disebabkan International Friendly match pada midweek tempoh hari. Tapi perlawanan EPL vs Norwich di Carrow Road bukan tempat yang sesuai untuk gamble. Rabu depan Manchester United akan bersaing di peringkat Eropah pula vs Galatasaray. Dengan status juara kumpulan walaupun berbaki 2 perlawanan ini adalah medan terbaik untuk buat rotation pemain dan bukannya EPL!






Serangan tumpul

Van Persie nampak agak tumpul di hadapan gol ketika bergandingan bersama Chicharito. Beberapa peluang gagal disempurnakan sebelum gol pasukan Norwich. Valencia yang dikawal ketat Garrido terpaksa dikeluarkan pada minit ke-69. Kemasukan Scholes dan Welbeck menampakkan sedikit sinar namun tiada penyudah untuk menyelamatkan United dari kehilangan 3 mata.


Si kuda tua

Well..Well..Well.. Tak dinafikan Giggs adalah legenda United. Tapi masa beliau sedah hampir ke penghujung. Suprisingly, SAF masih meletakkan harapan tinggi kepada beliau untuk mengemudi barisan tengah. Ya, benar jika anda mengatakan Giggs antara pemain yang kreatif. Tapi dalam keadaan bertahan tidak banyak yang boleh dilakukan disebabkan faktor usia. United ketiadaan pemain yang pantas dan bertenaga seperti Anderson atau Cleverley. Silap taktik.





Pertukaran pemain yang tidak tepat

Bangkit dari ketinggalan sudah menjadi tabiat pasukan United. Chicharito agak tenggelam pagi tadi. Tapi beliau perlukan support dan hantaran bola ke dalam kawasan penalti untuk disudahkan. Tidak seperti Rooney dan Van Persie yang mampu mencipta peluang dengan sendiri. SAF pula menggantikan Chicharito dengan Welbeck. Sepatutnya Giggs yang harus dikeluarkan (walaupun jaringan Giggs musim lepas membantu kemenangan United). United perlukan kelibat Chicharito,Welbeck dan Van Persie di bahagian serangan dalam 20 minit terakhir. Hantaran silang ke dalam kotak penalti perlu lebih kerap untuk beri tekanan kepada pertahanan Norwich. 


Kecederaan pemain utama

Rooney, Evans dan De Gea masing-masing mengalami kecederaan. Tapi ini bukan alasan utama kerana Manchester United masih mempunyai pengganti yang berpengalaman. Chicharito -> Rooney. Smalling -> Evans. Lindegaard -> De Gea.



Akibat dari kekalahan ini, United menyerahkan takhta liga kepada penyandang juara, Manchester City. Dengan perbezaan jaringan (GD) yang masih kurang, United perlu berhenti melepaskan gol mudah dan menjaringkan lebih gol jika berpeluang.





Highlight Perlawanan Norwich city vs Manchester United | 18 November 2012

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Norwich kebal di Carrow Road | Put Your Best Eleven "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets