Home » , , » EPL : Manchester United Rampas Tahkta Liga | Kalahkan Arsenal 2-1

EPL : Manchester United Rampas Tahkta Liga | Kalahkan Arsenal 2-1

Penulis: Que | Kategori: , ,

Top of the table untuk minggu ini. Pencapaian yang boleh dibanggakan untuk United yang mudah menewaskan Arsenal 2-1. Chelsea akhirnya masuk ke dalam jerat kerana taksub pada perlawanan Capital One Cup yang memenatkan sebahagian besar pemain mereka dan hanya mampu seri 1-1 dengan Swansea.


Man City pula bernasib baik kerana linesman menidakkan gol Kevin Nolan yang berada pada posisi onside. Fulltime West Ham 0 - 0 Man City. Well, itulah hakikat perlawanan bola sepak. Pengadil perlukan bantuan video technology jika betul mahu meningkatkan mutu pengadilan di EPL.





Kembali kepada perlawanan Manchester United vs Arsenal. Sebelum game bermula kecoh peminat selain Man Utd bercerita dan kecoh mengenai berapa orang pemain yang United akan turunkan malam tadi. 14 orang? 12 orang?



Dan yang pastinya mereka terdiam sebaik sahaja perlawanan tamat kerana pening mencari pemain tambahan United yang tak muncul tiba. Mereka mula meragui kenyataan 'United membeli pengadil' sama ada masih boleh dipakai atau hanya pakatan yang benci dengan kejayaan United selama ini.


Masa kan tidak. Setiap tahun dari 90-an, hanya United yang mampu mencabar liga EPL walaupun pemain silih bertukar ganti kecuali Manager SAF. Mungkin dek kerana loya atau bosan dengan dominasi United mereka menubuhkan kelab ABU (Asal Bukan United) untuk menjatuhkan dan provoke peminat setia United. Lantaklah. Asalkan korang bahagia.

Highlight Perlawanan Manchester United vs Arsenal | 3 November 2012





Gol awal jadi pemusnah

Minit ke-3 ayam tambatan United yang dibeli dari Arsenal menghantui bekas kelab lamanya apabila menyudahkan peluang terhidang berpunca dari kesilapan Vermaelen untuk gol Manchester United. Aku yakin gol awal ini sekurang-kurangnya merosakkan taktik Arsene Wenger.



Rooney gagal sempurnakan penalti

Penalti ke-4 yang gagal disempurnakan musim ini. Aku kurang berkenan dengan cara merembat sekuat hati tanpa ada permainan psikologi dengan penjaga gol. Orang akan kata 'dah takde nasib nak wat camne'. Betul tapi penalty taker yang bagus akan melihat arah mana untuk diacah bagi mengelirukan goalkeeper. Mannone sudah dapat meneka arah bola kerana sekiranya on target beliau telah melayangkan badan pada tempat yang sama.


Peluang selepas peluang

Terus terang cakap. Aku tak terkejut dengan persembahan pasukan Arsenal malam tadi. Itu memang sangat Arsenal. Tak konsisten dan tiada plan B. Yang aku pelik kenapa United gagal score lebih dari 4 gol?? Peluang demi peluang disiakan. SAF pun dah highlight pasal goal different yang menidakkan United piala EPL ke-20. Mungkin selepas ini penyerang United perlu lebih prolific dan score gol mudah.





Respek Robin Van Persie

Sebelum permainan beliau menyapa setiap pemain Arsenal.
Semasa permainan beliau tidak celebrate gol secara keterlaluan. 
Selepas perlawanan beliau bersalam dengan Arsene Wenger (mentornya)


Rekod Van Persie

Dengan terhasilnya gol menentang Arsenal, RVP telah menjaringkan gol ke atas semua 20 kelab teratas EPL. Menakjubkan. Arsenal menjadi pasukan terakhir yang masuk dalam senarai itu. Sumber






Nani ulangi kesilapan

Aku cadang SAF jual Nani pada Arsenal sebagai ganti RVP yang pindah ke United. Sekali lagi menjadi punca United melepaskan gol dalam masa tambahan. Ketika United mendapat penguasaan bola, Nani hanya perlu tolak bola ke depan mencari Van Persie tetapi membuat hantaran silang yang lemah ke arah Anderson. Akhirnya Arsenal mendapat melakukan counter attack dan gol dijaringkan oleh Cazorla. One silly mistakes will cost you a game. Demm Nani


Anderson nampak mantap

Tindakan SAF menukar Cleverley amat tepat. Sebelum itu Cleverley sudah menerima kad kuning dan last warning. Risau mengenai kemungkinan dilayang kad merah, Cleverley digantikan dengan Anderson. Kemasukan Anderson meletakkan United kembali menguasai bahagian tengah. Selepas aksi memberangsangkan ketika menentang Chelsea dalam Piala Liga, SAF akan menggunakan Anderson lebih kerap selepas ini. Persembahan yang wajar dipuji.




Kad merah Wilshere

Tiada apa perlu dikomen pasal kad merah ni. 1 kad kuning. 1 last warning. 1 arahan keluar padang. Cukup jelas. Nak kata Man Utd beli ref?? Pegi belajar lagi. Tak faham rules sila google.


Tiga mata lebih penting

Kesimpulannya, persembahan United amat baik walaupun masih belum beraksi pada prestasi sebenar. Vidic akan kembali selepas Christmas. Smalling dan Jones akan beraksi akhir bulan ini. Kagawa masih direhatkan. Kini barisan pertahanan nampak lebih serasi dan diharap dapat mengekalkan prestasi hingga akhir Disember sebelum kehadiran pemain lain. Kemenangan 2-1 sudah cukup bagi meletakkan United di atas pada masa ini. Persembahan dengan Liverpool, Chelsea dan Arsenal menghasilkan 9 mata. Tahniah United. #GGMU


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Manchester United Rampas Tahkta Liga | Kalahkan Arsenal 2-1 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets