Home » , , , » EPL : Kenapa Roberto Di Matteo kena pecat | Habis madu sepah dibuang

EPL : Kenapa Roberto Di Matteo kena pecat | Habis madu sepah dibuang

Penulis: Que | Kategori: , , ,

KENAPA PENGURUS CHELSEA KENA PECAT,ROBERTO DI MATTEO,SENARAI PENGURUS CHELSEA DI BAWAH ROMAN ABRAMOVICH,KEPUTUSAN CHELSEA SEBELUM RDM DIPECAT,GAMBAR torres dan benitez


Peminat Chelsea harus terkejut beruk bila pemilik kelab Roman Abramovich mengumumkan pemecatan pengurus mereka, Roberto Di Matteo (RDM). Beberapa siri keputusan yang kurang memberangsangkan sejak kekalahan kontroversi ketika menentang Manchester United hinggalah kekalahan 0-3 kepada Juventus menamatkan tugas RDM di Stamford Bridge.


Secara kebetulan pulak, aku memang menyaksikan perlawanan UEFA Champions League Juventus vs Chelsea sebab bosan dengan permainan Manchester United di Turki dalam separuh masa kedua selepas gol Galatasaray. Semua nampak tak menjadi buat Chelsea pada perlawanan itu.






Selepas perlawanan tamat, aku terus post di Facebook dengan status "Chelsea oo Chelsea. Bila agaknya RDM akan dipecat ni? Pep Guardiola calon feveret." Aku hanya bergurau dengan fan Chelsea yang selalu tuduh United beli ref tu. Tup2 petang semalam keluar berita RDM dah dipecat! Wah, agak pantas status aku dibaca oleh Roman berita tersebar. Kenapa RDM dipecat sebenarnya?


Kalau dulu dialah orang yang menyelamatkan keadaan Chelsea yang ditinggalkan Andre Villa Boas. Penghujung musim 2011/2012 Chelsea membawa pulang dua piala (UEFA Champions League & FA Cup) Rekod : Pertama kali mereka menjuarai kejohanan UCL. Pada awal perlantikan beliau sebagai caretaker, tiada siapa yang menyangka Chelsea akan menjuarai 2 piala tersebut. 





Chelsea kini memburu Manager ke-9 semasa pemerintahan Roman Abramovich



Senarai pengurus Chelsea di bawah Roman Abramovich




8 perlawanan | 2 kemenangan 


sumber


Chelsea hanya menang ketika menentang pasukan kedua Manchester United selepas masa tambahan dan Shakhtar menerusi gol di akhir perlawanan.



Kesilapan jelas RDM apabila beliau menurunkan pemain terkuat mereka dalam setiap perlawanan tanpa melakukan rotation. Mereka bermula dengan baik pada awal musim sehingga kekalahan pertama di Ukraine. Ketiadaan Terry nyata memberi impak negatif kepada pertahanan Chelsea. David Luiz kerap buat kesilapan dan membawa padah kepada Chelsea.


Torres pula gagal meneruskan persembahan yang konsisten di awal musim dan tenggelam sejak akhir-akhir ini. Roman nyata tidak setuju dengan percaturan Di Matteo yang meletakkan penyerang 50 juta di bangku simpanan. Selepas teruk dibelasah Juventus, Roman akhirnya menggunakan kuasa veto untuk menggantikan RDM dengan Pep Guardiola.




Usaha tersebut nampaknya gagal kerana Pep belum bersedia untuk kembali ke kancah bola sepak England lebih-lebih lagi menyambung tugas di pertengahan musim. Rafa Benitez orang yang bertanggungjawab menaikkan nama Torres di Anfield bakal bergabung semula. Mungkin pemilihan Benitez ada motif tersendiri Roman Abramovich untuk melihat Torres kembali menggegar jaring pasukan lawan.


Welcome back to EPL Benitez. First job : Chelsea vs Manchester City. Please make sure you win and United can claim back our top spot.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Kenapa Roberto Di Matteo kena pecat | Habis madu sepah dibuang "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets