Home » , , , » UCL : Sampai Bila Perlu Buat Comeback?? | Manchester United Vs Braga

UCL : Sampai Bila Perlu Buat Comeback?? | Manchester United Vs Braga

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Sapa yang tengok live game pagi tadi mesti rasa tension dengan bek United. Aku terpanggil untuk menulis kerana dah geram dengan bilangan gol yang dilepaskan musim ini. 


Sir Alex membuat keputusan untuk merehatkan Ferdinand dan Evra untuk game hebat weekend ni. Sekali lagi Carrick diarah mengisi posisi pertahanan dan kesannya United dikejutkan dengan gol Braga seawal 2 minit. Sejak dari saat itu, pemain United dilihat hilang punca dan diasak bertalu-talu. 



rekod manchester united di uefa champions league


Selang 18 minit, sekali lagi gawang United bolos apabila Alan menjaring gol ke-2 miliknya menewaskan De Gea. 



Umum dah tau pasal kecederaan yang menimpa kelab Manchester United sejak 2-3 musim ni. Posisi paling kronik tentunya di bahagian pertahanan. Vidic, Jones dan Smalling terpaksa berehat panjang dalam waktu yang sama


Pada pendapat aku, Sir Alex tak perlu meletakkan Carrick di posisi bek tengah. Sebab bukan semua pemain boleh jadi bek. Paling penting positioning dan marking. Untuk gol first mungkin bukan salah Carrick. Tapi bagi gol kedua nampak Carrick dah terbiasa jadi defensive midfielder pegi closing down sampai corner flag. Last-last kena main je. Sepatutnya bahagian kanan serahkan pada Rafael.


Highlight Perlawanan Manchester United vs Braga | UEFA Champions League




Kalau ade player muda bagi je main. Tapi back up la dengan defensive midfielder. Bile lagi nak bagi dorang main Champions League. Kalau alasan pemgalaman, semua pemain bermula dari kosong jugak. Daripada letak player yang tak familiar dengan posisi tu baek bagi player muda yang berpotensi main. At least tak berlaku kesilapan mudah dan hilang fokus. 


Contoh la. Man Utd dah biasa main formasi 4-4-2. Andai kata wingers semua injured. Perlu ke kita stick dengan 4-4-2 dengan letak striker atau midfield pada posisi wing? Kenapa tak tukar je formasi kepada 4-2-3-1 atau diamond. Main narrow. Baru ada back up plan. 


Season ni bek memang agak kureng. Mungkin Sir Alex perlu letak cover dan pemain yang boleh defend dan attack. Tak guna kita ada penyerang hebat tapi defend macam hampeh. Sampai bila United nak wat comeback? 


Satu lagi yang aku kurang faham masa SAF keluarkan Chicharito yang dah score 2 bijik (hattrick xkesampaian). Kalau nak kata rehatkan dia, main pun dah jarang. Kenapa bukan Van Persie @ Rooney untuk simpan lawan Chelsea. Mungkin Giggs lebih banyak pengalaman bertahan di bahagian kiri untuk cover Buttner.


Formasi 4-2-3-1 terbaik setakat ini


Masa lawan Spurs kita kalah sebab bagi banyak ruang di bahagian midfield dan dihukum dek mistakes defend. Kalau nak dikira dari awal musim Manchester United dah ketinggalan 8 kali dari 12 perlawanan. 2 games gagal diselamatkan. (Everton & Tottenham).


Bolos 2 gol ketika menentang Stoke dan 2 gol lagi pagi tadi lebih-lebih lagi di Old Trafford adalah tidak munasabah. Peminat tentu kecewa apabila melihat pasukan lawan bersorak di hadapan mereka. Mengikut statistik jumlah keseluruhan bolos adalah 15 dan 3 clean sheet dari 12 perlawanan. Barisan serangan menunjukkan prestasi membanggakan dengan 29 gol setakat ini.


Dan CHELSEA pastinya bukan lawan yang mudah. Bermain di tempat lawan barisan pertahanan Manchester United perlu fokus 90 minit. Paling kurang pun seri sebab 2-2 team sama kuat dan jarak mata tak kan berubah. Kalau menang United mengekori rapat dengan beza 1 mata. Kalau kalah alamatnya semua menjadi semakin rumit.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " UCL : Sampai Bila Perlu Buat Comeback?? | Manchester United Vs Braga "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets