Home » , » Awas Ancaman Stoke City | Rekod Cemerlang Manchester United Dalam Bahaya

Awas Ancaman Stoke City | Rekod Cemerlang Manchester United Dalam Bahaya

Penulis: Que | Kategori: ,

Fokus..Ambil peluang terhidang..Umum sudah tahu kekebalan Stoke City di Britannia Stadium. Selepas Chelsea dan Liverpool gagal mengutip 3 mata penuh, pendahulu EPL musim 2011/2012 kini bakal menghadapi cabaran getir permainan fizikal Stoke City.  Bermain di Europa League memberi pengalaman baru kepada Stoke City selepas menjadi naib juara Piala FA (kerana Manchester City telah layak secara automatik dalam kedudukan liga)


"Jom try skill anda dalam game 100 +"


jadual perlawanan siaran langsung stoke city vs manchester united 25 september 2011,live streaming stoke city vs manchester united astro supersport 3 hd 817 831 waktu malaysia,gol chicharito lawan stoke city,jadual waktu epl musim 2011/2012,perlawanan stoke city vs manchester united live astro



Stoke City dalam perlawanan pusingan ketiga Carling Cup telah berjaya menewaskan Tottenham menerusi sepakan penalti (mungkin sedikit keletihan bermain 120 minit). Sebelum itu mereka kalah teruk kepada Sunderland 4-0 di tempat lawan sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah musim ini. Sebaliknya Manchester United meneruskan permulaan cemerlang dengan 5 kemenangan yang meletakkan mereka selesa mendahului pasukan lain ketika ini.



Namun, perlawanan Stoke City vs Manchester United dinantikan bukan sahaja peminat The Red Devils tapi juga penyokong kelab musuh yang menunggu bilakah masanya United akan kehilangan mata. Tidak semua yang berasa senang apabila Manchester United berada di atas dan menang EPL buat kali ke-20. Tambahan pula peminat-peminat pasukan yang pernah dibelasah United baru-baru ini walaupun beraksi tanpa Vidic, Ferdinand & Rafael 3 tonggak utama di bahagian pertahanan.



Corak permainan Stoke City lebih kepada hantaran jauh kepada penyerang dan juga berbahaya dalam melakukan set pieces. Rory Delap dengan long throws terus ke dalam kawasan penalti cukup meresahkan peminat United. Jonny Evans jika diturunkan perlu lebih keras bagi menghalang pemain tinggi Stoke seperti Showcross, Huth & Crouch di udara. Peranan De Gea bakal menentukan kestabilan barisan pertahanan kerana penjaga gol itu mampu melihat apa yang berlaku di hadapannya.






Barisan tengah United yang dihukum pemain Chelsea minggu lalu perlu lebih berhati mengawal permainan. Kebanyakan counter attack Chelsea berpunca dari kesilapan Anderson memberi bola kepada pemain lawan dan akhirnya dikeluarkan oleh Sir Alex. Fletcher pula mungkin masih belum 100% fit. Nani dan Young yang direhatkan dalam perlawanan Carling bakal diturunkan semula bagi merencana gerakan dari sayap.



Chicharito yang terselamat dari kecederaan akibat tackle keras Cole kembali menjalani latihan dan bakal bersaing dengan Welbeck, Owen & Berbatov untuk bergandingan bersama Rooney di bahagian serangan. Jika diimbas perlawanan sama musim lalu, Hernandez menajaringkan 2 gol penting untuk memberikan United 3 mata penuh.


Stoke City vs Manchester United | EPL Match 2010/2011





Saksikan perlawanan hebat minggu ini

Siaran Langsung | Live Streaming


Stoke City vs Manchester United

00.30 am waktu Malaysia , 25 September 2011

Live @ Astro SuperSport 3 (817) HD (831)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Awas Ancaman Stoke City | Rekod Cemerlang Manchester United Dalam Bahaya "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets