Keputusan Perlawanan Manchester United vs Barcelona | US Tour 2011 Friendly Match
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , manchester united
Menakjubkan!! Perlawanan persahabatan awal pagi tadi berakhir dengan keputusan Manchester United 2 -1 Barcelona. Kedua pasukan menurunkan ramai pemain remaja dalam edisi pemanas badan kali ini. Sir Alex memberi kepercayaan kepada de Gea, Tom Cleverley, Danny Welbeck untuk disenaraikan sebagai kesebelasan utama Manchester United. Gol-gol United dijaringkan Nani (22') dan Owen (76') dan Thiago (70') untuk Barcelona.
Tampak seperti sudah lebih bersedia kali ini, barisan United dilihat tenang mengawal keadaan sekalipun Barcelona lebih banyak menguasai bola. Dan taktik counter attack United nyata berbisa dengan 2 gol cantik dari Nani dan Owen. Thiago Alcantara menyinar di bahagian tengah Barcelona dengan rembatan deras meninggalkan de Gea terpaku.
Keputusan Terkini Manchester United vs Barcelona | US Tour 2011 Friendly
Secara keseluruhannya pasukan United kali ini lebih bijak dan cergas. Mereka tidak melakukan tackles secara melulu tetapi hanya mengawal pemain Barcelona dan menunggu saat yang tepat untuk merampas bola. Mungkin ketiadaan Messi dan Xavi memberi impak pada corak permainan Barca. Tom Cleverley terutamanya seakan-akan membuktikan beliau sudah bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Scholes. Tenang mengawal bahagian tengah serta bijak melorongkan bola tinggi dan rendah, United nyata menagih khidmat beliau dalam keadaan tertentu pada musim 2011/2012.
kredit gambar : klik
Penjaring gol pertama United, Nani juga bermain dengan baik sama ada ketika menyerang dan bertahan. Dan beliau memang layak untuk mendapatkan anugerah "Man of The Match" pada perlawanan pagi tadi. Separuh masa pertama nyata milik United dengan Rooney hampir membuka jaringan namun sepakannya tersasar setelah lorongan cantik dari Nani. Ashley Young dan Anderson mengawal bahagian kiri United dengan cemerlang dan menghadkan ruang kepada pemain Barcelona untuk mengatur gerak. Minit ke-22 hasil dari counter attack, Welbeck bijak membuat thru pass kepada Nani yang tidak offsaid untuk menyudahkan gol pertama United.
kredit : 10 perkara menarik mengenai Thiago Alcantara (klik)
Separuh masa kedua United melakukan pertukaran dengan membawa masuk Owen, Giggs dan Smalling menggantikan Rooney, Evra dan Anderson. Barcelona lebih banyak menguasai permainan di kala pemain United baru mencari rentak. Thiago pemain muda berbakat akhirnya berjaya membolosi gawang United pada minit ke-70 dengan rembatan dari luar kotak penalti untuk gol penyamaan 1-1. Gol itu nyata menyuntik semangat pasukan Barca dan mereka terus mengatur serangan. Cleverley pada minit ke-76, bijak melorongkan bola kepada Owen yang hanya berdepan dengan Victor Valdes mudah menewaskan penjaga gol itu untuk United kembali mendahului 2-1.
Owen sekali lagi berpeluang menambah jaringan pada minit akhir perlawanan namun sepakannya melambung pada masa pintu gol terbuka luas setelah Obertan bijak melepaskan diri dari sebelah kanan. 5 kemenangan, 20 gol dan 3 bolos mengakhiri sesi US Tour 2011 Manchester United pada kali ini. Persediaan rapi sebelum bertemu musuh setempat, Manchester City dalam perlawanan Community Shield pada 7 Ogos 2011 [Ahad] jam 9.30 pm waktu Malaysia.
United: De Gea; Rafael (Fabio 17), Vidic (Jones 76), Evans, Evra (Smalling 46); Nani, Cleverley, Anderson (Giggs 46), Young (Obertan 62); Rooney (Owen 46), Welbeck (76)
Subs not used: Amos, Berbatov, Ferdinand, Carrick, Park, Macheda
Subs not used: Amos, Berbatov, Ferdinand, Carrick, Park, Macheda
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..