Home » , » [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Colombia vs Bolivia | Tempat Ke Suku Akhir

[Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Colombia vs Bolivia | Tempat Ke Suku Akhir

Penulis: Que | Kategori: ,

Perlawanan Kumpulan A sebentar tadi menyaksikan Colombia bermula garang untuk membenam Bolivia 2 - 0. Gol-gol Colombia dijaringkan oleh penyerang Porto FC, Radamel Falcao Garcia pada minit ke-14 dan 28 (sepakan penalti). Kemenangan ini membolehkan Colombia layak ke peringkat suku akhir apabila mendahului carta Kumpulan A dengan 7 mata.

Trivia : Ini adalah kali pertama dalam karier antarabangsa Falcao menjaringkan lebih dari 1 gol dalam satu-satu perlawanan

Kredit : google

Bolivia menamatkan saingan Copa America dengan kekecewaan apabila sekadar pulang dengan 1 mata. Tempat ke-2 bakal direbut oleh tuan rumah, Argentina dan Costa Rica.

Keputusan Terkini Copa America 2011 | Colombia vs Bolivia 2-0
11 Julai 2011 @ Astro Supersport





Colombia jelas menguasai permainan dan Falcao hampir melengkapkan hatrik pertamanya namun gagal menyudahkan peluang yang terhidang. Kemasukan Hugo Rodallega (penyerang Wigan) nyata berkesan apabila Colombia lebih banyak melakukan cubaan merbahaya ke arah gol lawan.


 Kredit : google


Esok pagi [12 Julai 2011] merupakan perlawanan yang ditunggu peminat Messi dan Argentina. Adakah Costa Rica bakal membuat kejutan dengan menyingkirkan gergasi bola sepak Amerika Selatan itu. Saksikan pertembungan Argentina vs Costa Rica, 8.45 am waktu Malaysia live @ Astro Supersport.

Argentina vs Costa Rica, 12 Julai 2011, 8.45 am waktu Malaysia


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " [Edisi Copa America 2011] Keputusan Perlawanan Colombia vs Bolivia | Tempat Ke Suku Akhir "

  1. Orang Kampung Says:

    tahniah2..
    tggu argentina lak..
    argentina jgn buat malu dh la.. hihi.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets