Home » , , , , , » Earth Hour Dan Penjimatan Tenaga | Simbolik?? Impak??

Earth Hour Dan Penjimatan Tenaga | Simbolik?? Impak??

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

Susah betul nak dapatkan balik mood berblog ni lepas tinggal beberapa bulan.. Idea banyak nak tulis and kongsi. Tapi tangan ni malas nak menaip.. Kalau lah ada mesin yang boleh tafsir fikiran aku terus dalam bentuk artikel kan mudah.. Apa-apa pun aku akan cuba sebaik mungkin untuk kembali aktif dalam dunia penulisan lepas ni. 


Google image



Umum dah tau malam ni 26 Mac 2011 (Sabtu) bermula 8.30 hingga 9.30 malam akan berlangsung kempen Earth Hour a.k.a upacara menutup lampu selama 1 jam. Kenapa hanya padamkan lampu?? Pada pendapat aku, lampu ni yang paling mudah dan berisiko rendah sebab kalau tutup suis air-cond, peti ais, server, mesin lain mungkin lagi haru. Lagi pun lampu ni paling banyak digunakan di dunia ini. Walaupun sebenarnya lampu ini menggunakan tenaga elektrik yang kecil, namun dalam kuantiti yang banyak boleh menjadi besar. Setiap kempen mesti ada impak dan dengan tutup lampu kita boleh menampakkan sokongan yang jelas. Berbanding kalau tutup suis kipas, hanya orang dalam rumah tu je yang tau. Itu hujah aku secara praktikal.


Google image



Kalau ikut teori, penggunaan lampu menyebabkan pembakaran hidrokarbon dan akan membebaskan gas karbon dioksida yang telah mengakibatkan pemanasan global ketika ini. Dengan itu diharapkan agar penduduk dunia sama-sama menunjukkan sokongan anda untuk bumi kita yang kian pudar. Ada pendapat mengatakan penutupan ini tidak dapat mengurangkan pembebasan gas karbon. Mungkin ada benarnya kerana kempen 1 jam ini hanya 0.0001% dari jumlah jam dalam 1 tahun. Tiada makna kalau 99.9999% jam lagi kita bazirkan penggunaan tenaga. Ternyata kempen ini hanyalah simbolik untuk kita penduduk dunia untuk menyedari bahawa bumi hijau ini dalam keadaan bahaya.


Google image



Apa yang kita boleh buat selepas kempen ini berakhir?? Jawapannya, kecekapan tenaga. Sejauh mana kita boleh menjimatkan tenaga elektrik bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau di rumah mungkin kita akan rasa perlu jimat disebabkan bil elektrik bulanan yang perlu dibayar. Makin banyak penggunaan makin tinggi jumlah perlu dibayar. Lain pula hal ketika di pejabat, kampus, sekolah yang mana kita bukanlah pembayarnya. 


"Ala biarlah, bukan kita yang bayar pun"
"Kenapa nak kena jimat-jimat ni, kerajaan kan banyak duit.Kita bayar cukai ape"






Betul lah bukan kita yang bayar. Tapi adakah kita sedar membazir itu amalan syaitan. Tabiat ini sedikit demi sedikit akan menyumbang kepada kehancuran bumi yang dicintai. Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Gempa bumi yang menggegar beberapa kawasan merupakan amaran kepada kita bahawa sudah terlalu banyak kerosakan yang dilakukan. Sedarlah manusia bahawa kita hanya menumpang di bumi ciptaan Allah


Google image


Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar. Dalam mengamalkan kecekapan tenaga tidak perlulah terlalu rigid. Jangan sebab kita nak tinggalkan bilik 5 minit, kita perlu tutup lampu. Awas! Kerana kekerapan anda menutup dan membuka suis dalam masa yang singkat lebih banyak pembaziran berlaku disebabkan peralatan ini terpaksa menjana kuasa elektrik yang tinggi untuk dihidupkan semula. Jadilah pengguna tenaga yang bijak. Sebelum pulang ke rumah pastikan suis yang tidak perlu dimatikan. Sebelum tidur pastikan lampu, laptop/PC ditutup. Anda mampu mengubahnya. Mulakan dengan sumbangan anda yang paling minimum.




Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

3 Responses to " Earth Hour Dan Penjimatan Tenaga | Simbolik?? Impak?? "

  1. preloved collections Says:

    everday mmg kurangkan penggunaan letrik kt umah...bil letrikpun every month govt bayar... :)

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. zaty luvlianncez Says:

    sokong earth hour

    muahaha

    Ok come visit my blog
    Yg menariknya~~~
    zaty luvlianncezz dh da fb!!

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  3. Que Says:

    Reen : bgs2..jgn membazir ye

    zaty : sokong selamanya..

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets