Kebersihan Alam Sekitar Tanggungjawab Siapa? | Pembuangan Sampah Merata-rata
Penulis: Que | Kategori: campaign , isu semasa , jalan raya , kebersihan , sampah
Sampah?? Definisi am ~ benda-benda yang dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yang tidak dikehendaki (spt kertas kotor, botol, plastik).. Isu yang ingin diutarakan di sini ialah sejauh mana keprihatinan anda terhadap alam sekitar.. Adakah kita mahukan khazanah bumi bertahan untuk 10 atau 20 tahun dari sekarang?
Mengapa masalah ini bagai tiada penghujungnya? Merata-rata tempat di negara kita telah dibanjiri dengan sampah..Baik di laut, sungai, longkang, padang, jalan, taman perumahan, lot kedai dsb. Adakah kita sebagai rakyat mahu melihat negara kita kotor serta berpenyakit? Atau kita mengharapkan pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan segala sisa kotoran yang ditinggalkan?
Pembuangan sampah merata-rata tidak akan selesai sekiranya individu itu tidak mempunyai kesedaran sivik. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan swasta mahupun NGO. Namun masih terdapat di kalangan kita yang mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan. Adakah kita akan tersedar hanya apabila semuanya telah terlambat? Kalau di rumah perlu sentiasa bersih, kenapa di luar rumah tidak begitu?
Bila memandu, sampah di dalam kereta akan dibuang ke luar tingkap..Bila berjalan, tangan akan membuang sampah ke dalam longkang atau semak..Bila tinggal di flat, akan ada sampah yang dihumban ke bawah..
Anehnya, walaupun telah diletakkan tanda amaran "Dilarang Membuang Sampah..Denda RM500" masih terdapat banyak timbunan sampah di kawasan tersebut.. Adakah rakyat kita tidak takut pada undang2? Atau ada di antara mereka ingin menguji kepekaan pihak berkuasa? Jika sejuta orang membuang seketul sampah, kita sudah menghasilkan sekurang2nya sejuta ketul sampah.. Pendidikan sivik perlu diterapkan sejak dari kecil lagi.. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan kepada anak2 mereka. Bukan mengajar mereka membuang sampah merata2.
Sayangilah dan hargailah bumi kita untuk untuk generasi mendatang. Negara kita tanggungjawab kita. Latih diri untuk buang sampah di tempat sepatutnya. Biar kita susah, tapi jangan susahkan orang lain.
Sumber : GadisTerbilang
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
February 25, 2011 at 11:36 AM
BAB BUANG SAMPAH DARI KERETA YANG PALING AKU MARAH NAK TENGOK.. SUKA2 HATI JE NAK BUANG MANA DIORANG SUKA.. AKU DAH BANYAK KALI TENGOK CAMNI.. TAK BOLEH KE SIMPAN DULU DALAM KERETA, SAMPAI RUMAH BUANGLAH DALAM TONG SAMPAH.. PENGIOTOR BETULLAH..!
[Reply to comment]March 26, 2011 at 7:46 PM
fairus : stuju!!xde kesedaran sivik