Home » , » Piala Suzuki AFF 2010 | Tahniah Malaysia , Terima Kasih Vietnam

Piala Suzuki AFF 2010 | Tahniah Malaysia , Terima Kasih Vietnam

Penulis: Que | Kategori: ,

Sekalung tahniah buat skuad kendalian K.Rajagobal kerana berjaya menutup mulut pengkritik bola sepak tempatan buat seketika di atas kejayaan melayakkan diri ke final Piala Suzuki AFF 2010 dengan  kemenangan aggregate 2-0 ke atas Vietnam. Cabaran lebih getir pastinya menanti apabila keputusan muktamad perlawanan Filipina vs Indonesia  diketahui malam ini.


Setelah dibelasah Indonesia 1-5 pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan, ternyata pencapaian skuad Malaysia mara ke final tidak dijangka. Namun semangat juang yang ditunjukkan ketika bertahan menentang Thailand serta menjinakkan Laos harus dipuji. Tahniah dan tahniah Malaysia. Sebagai peminat bola sepak, aku akui jarang menonton bola sepak tempatan. Bukan sebab tiada semangat patriotik, tapi mutu bola sepak yang semakin suram selepas polisi yang sering ditukar oleh pihak pengurusan FAM. Namun setelah melihat kebangkitan skuad bawah 23 tahun negara beraksi 3 tahun lepas, aku melihat 1 pembaharuan terhadap corak permainan skuad negara di peringkat antarabangsa.


Penerapan bakat muda yang berpotensi besar tepat pada waktunya. Kelahiran pemain seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Safiq Rahim, S.Kunnalan, Safee Sali menarik minat penyokong Malaysia untuk melihat setiap kali pasukan negara beraksi. Namun pertemuan pada peringkat akhir memerlukan persiapan rapi oleh anak buah K.Rajagobal. Perlawanan akhir timbal balik harus dicatur dengan bijak terutamanya ketika beraksi di gelanggang sendiri. Pertemuan dengan Vietnam tempoh hari menampakkan kelemahan pasukan negara yang perlu diperkemaskan sebelum menentang lawan yang lebih berbahaya. 


Separuh masa pertama ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil seolah-olah menampakkan pasukan Malaysia beraksi di tempat lawan. Kawalan bola yang tidak kemas serta perancangan yang tidak menjadi menyebabkan Malaysia terpaksa bertahan dalam tempoh masa yang lama. Sepatutnya pasukan negara perlu bijak mengambil kesempatan beraksi di depan 50,000 penyokong dengan mengawal bola serta bertenang ketika melakukan hantaran supaya pasukan Vietnam berasa tertekan dan sekaligus melakukan kesilapan.


Mohd Safee Sali yang menjadi wira negara pada malam itu seharusnya berterima kasih kepada penjaga gawang Vietnam yang melakukan kesilapan mudah dan menyentap semangat rakan sepasukannya. Gol pertama pasukan negara hadir apabila tandukan Safee Sali gagal ditangkap kemas penjaga gol Vietnam. Sepakan percuma Safiq Rahim juga harus diberi pujian yang menghantar bola pada kawasan penalti Vietnam. Namun gol ke-2 negara seolah-olah offside apabila Safee berada dibelakang pertahanan terakhir Vietnam ketika melakukan larian ke arah bola muntah tersebut.

Tahniah Malaysia kerana tidak putus asa menyerang serta bijak mengambil peluang. Teruskan usaha dan rampas Piala Suzuki AFF ke negara kita yang tercinta. MALAYSIA BOLEH!!


Tindakan selanjutnya :

1) Perkemaskan jentera tengah negara ketika mengawal bola
2) Perbaiki decision making winger serta penyerang (bila perlu passing and crossing)
3) Kurangkan foul dalam kawasan berbahaya Malaysia
4) Hadkan ruang kepada pemain lawan ketika bertahan
5) Ambil peluang yang terhidang dengan bijak

-Penyokong Skuad Emas Negara-

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

12 Responses to " Piala Suzuki AFF 2010 | Tahniah Malaysia , Terima Kasih Vietnam "

  1. Artzam Says:

    yup!!saya setuju pendapat anda..banyak lagi perlu di perbaiki..apa2pun tahniah untuk Malaysia!!

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @artzam : gua slalu lyn EPL.. tp bila skuad negara u-23 main aku akn tgk n folo..dorg ade potensi & bole pegi jauh.. World Cup 2018 harap2

  3. Anonymous Says:

    dah agk dah, malaysia pasti mng punya

    http://darkace.blogspot.com/

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  4. sazali yusof Says:

    Tahniah Mlaysia.. sayangnya xdapat tengok game tu..
    http://neizalyez.blogspot.com/

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  5. asura Says:

    malaysia..u can do it...

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  6. Que Says:

    teruna : hehe..da mng 1st leg mestila smgt tinggi

    sazali : xpe..leh usha kt utube

    adib : yup..malaysia always can!!

  7. Faiz Says:

    pertahanan n tengah kena perbaiki lg..tu yg penting..

    p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

    ****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  8. Ur Other Half Says:

    tahniah malaysia.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  9. A.I Says:

    malaysia dah terer kan?
    hoepfully lepas nih boleh pi makin jauhh. aminnn.

    ehemm, im proud to be malaysian! ecehh.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  10. Que Says:

    Faiz: yup pertahanan yg mntop boleh kekang asakan indon

    Dark: hrp2 dorg leh menten prestasi smpy hbs 180min lg

    Aisha: aku target World Cup 2018 bole masuk da..hehe

  11. admin Says:

    malaysia 3 indon 0 td..hehehe... x tau sgt pasal bola, tp syok jugak kalau dah tgk sekali kan..

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  12. Que Says:

    Luna : bola sepak mmg bes..penuh drama..hehe

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets