Piala AFF Suzuki 2010 I Garuda Tempang Diratah Harimau Muda
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , sukan
"Malaysia deserve to win" - Messi, Barcelona
"Indonesian were scared of lasers" - Obama, USA
"We're going to bid for Safee in the January transfer window" - Sir Alex Ferguson, Man Utd
26 Disember 2010 - Malam penuh kontroversi yang menyaksikan kapten pasukan Safiq Rahim dan rakan-rakan membenam Indonesia di Stadium keramat Bukit Jalil.
Perlawanan malam tadi terpaksa dihentikan selama 6 minit ekoran insiden pancaran laser hijau ke arah pemain Indonesia. Sebaik sahaja bersambung, Malaysia berjaya mendapatkan gol pertama apabila pertahanan lawan seolah-olah hilang punca berkemungkinan kesan daripada gangguan laser tersebut. Kegagalan pasukan Indonesia untuk mencari gol di tempat lawan nyata memberi kelebihan untuk Malaysia mempertahankan kelebihan 3 gol yang dijaringkan malam tadi.
Picture : AFF Suzuki Official Website
Malaysia hanya perlukan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk melakar sejarah menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama. Skuad emas negara yang dibarisi pemain muda nyata begitu bersemangat memberi saingan biarpun pasukan Indonesia pernah membelasah mereka di Stadium Bung Karno dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan sebelum ini.
Kira-kira 80,000 penyokong yang membanjiri stadium yang sebahagian besarnya penyokong tempatan menggamitkan suasana. Namun insiden pancaran laser sedikit mencemarkan perlawanan malam tadi sehingga menerima bantahan dari pemain Indonesia. Sultan Pahang yang turut hadir pada malam itu terpaksa turun padang untuk menenangkan keadaan. Berikut adalah analisis kemenangan Malaysia pada malam tadi.
Penyokong Malaysia + Ultras Malaya
Sokongan padu penyokong Malaysia yang seolah-olah menjadi pemain ke - 12 di Stadium Nasional Bukit Jalil amat dihargai. Penonton2 di rumah juga tidak ketinggalan memberi sokongan dari jauh. Terima kasih semua.
Taktik K.Rajagobal - Jurulatih Pasukan Kebangsaan
Bijak. Sungguh bijak. Kecekapan beliau untuk menyekat kemaraan penyerang Indonesia harus dipuji. Bek kanan Mahalli Jasuli yang diturunkan bagi mengekang asakan Okto nyata membuahkan hasil hingga memaksa pemain itu digantung perlawanan di Stadium Bung Karno Rabu ini. Gonzales yang juga ayam tambatan pasukan lawan tidak mendapat banyak ruang yang membolehkan beliau melakukan cubaan berbahaya.
Kemasukan M.Ashaari mengisi posisi sayap kiri membolehkan Malaysia bermain dengan lebih pantas dan lebih agresif seterusnya menghukum pertahanan Indonesia. Persembahan separuh masa kedua tampak lebih yakin dengan gerakan menarik yang dicipta pemain Malaysia. Barisan pertahanan yang muda membuktikan umur bukan kayu pengukur di pentas antarabangsa.
Picture : AFF Suzuki Official Website
Taktik Pasukan IndonesiaLeka dibuai mimpi. Sebaik perlawanan disambung pertahanan Indonesia kelihatan kucar kacir setelah dihukum Norshahrul Idlan dan Safee Sali. Malaysia mengambil peluang untuk menambah 2 lagi gol selepas itu. Kemasukan Bambang dihujung perlawanan memberi kelegaan kepada benteng pertahanan Malaysia dan terus meningkatkan tekanan kepada pasukan lawan untuk mencari gol saguhati.
Semangat Pemain Malaysia
Tidak pernah putus asa walaupun gagal menyempurnakan peluang keemasan di babak pertama. Malaysia memperkemaskan serangan dan mendapat habuan 3 gol untuk dibawa ke Bung Karno. Safee Sali menjadi wira negara pada malam itu. Namun usaha keras Norshahrul Idlan yang baru melangsungkan perkahwinan harus dipuji. Gerakan beliau mencipta 2 gol Malaysia yang disudahkan Safee dan Ashaari. Safiq dan Amar mengawal barisan tengah dengan baik. Muslim dan Fadhli berjaya mematahkan hantaran bola tinggi pasukan lawan. Khairul Fahmi menjaga gawang dengan baik. 3 perlawanan tanpa bolos? Sudah cukup baik.
Ketiga-tiga gol Malaysia berpunca dari sebelah kiri pertahanan Indonesia. Sesuatu yang harus difikirkan oleh K.Rajagobal.
Picture : AFF Suzuki Official Website
Mungkin membantu apabila menggangu tumpuan pemain Indonesia. Namun ianya dilihat sebagai mencemarkan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010. Kesan pancaran laser boleh membahayakan pemain. Isu pemeriksaan keselamatan yang longgar mungkin akan diperkatakan. Bagaimana pegawai pemeriksa ingin menemui alat pancaran laser yang kecil dari jumlah 80,000 orang penonton? Agak sukar bukan.
Kempen " Go Green" yang tak kena pada tempat dan ketikanya
Adakah tahun ini bakal meletakkan nama Malaysia selaku gergasi bola sepak Asia Tenggara?? Sama-sama kita tunggu dalam episod ke-2 perlawanan akhir Malaysia - Indonesia.
Tahniah Malaysia..Malaysia Boleh!! Harimau Malaya Mengganas
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
December 28, 2010 at 4:11 AM
Komen aku..
[Reply to comment]Gol 1 : Taktik lama Q.. berguna di saat2 genting dan terdesak
Gol 2 : Gol biasa aku buat. Memang kepakaran aku. Haha
Gol 3 : Early cross. Hebat. Aku rasa K Rajagobal dapat idea dari PES la. huhu
December 30, 2010 at 4:21 PM
alhamdulillah xjadi pape.. and ahniah malaysia menang... hebat skuad harimau kita main mlm tadi
[Reply to comment]http://neizalyez.blogspot.com/2010/12/laporan-khas-makmal-transformasi.html
January 7, 2011 at 11:59 PM
Abu : taktik lama akn sentiasa mekar :) cume skali skala kite try taktik baru yg agak keliru
Sazali : yup..sgt kental especially keeper