Home » , » Hari Tandas Sedunia 2010

Hari Tandas Sedunia 2010

Penulis: Que | Kategori: ,


Mungkin ada di antara pembaca sekalian yang tidak peka tentang kewujudan Hari Tandas Sedunia yang diraikan pada 19 November setiap tahun. Tujuannya?? Untuk memupuk semangat dan kesedaran dalam menjaga kebersihan tandas. Sedar atau tidak, tandas sebenarnya sangat dekat dengan hidup kita. Bangun pagi je mesti masuk tandas buang ape2 yang patut. Cuba bayangkan kalau tandas xde. Mesti susah nak membuang kan. Kena cari tempat2 tersorok supaya orang xnampak. Giler xselesa. Sekali ade binatang buas atau serangga. Auwww..Meraung korang kat sana.


Kebersihan tandas bermula dari rumah. Tandas rumah melambangkan personaliti penghuninya. Jika bersih tandasnya, maka penghuninya juga jenis yang mementingkan kebersihan. Tapi lain jadinya dengan tandas - tandas awam serta sekolah. Pelbagai kempen telah dilakukan kerajaan serta NGO namun tahap kesedaran di kalangan rakyat masih rendah. Seringkali kita terjumpa tandas yang tersumbat, kotor, rosak dan busuk. Mengapa isu ini seperti tiada kesudahan. Mungkin kerana tandas awam serta sekolah tidak menggunakan wang mereka untuk tujuan pembinaan serta penyenggaraan. Mereka sewenang-wenangnya melakukan vandalisme dan tidak menjaga kebersihan tandas awam. Cuba bayangkan sekiranya ada yang perlu menggunakan tandas tersebut pada waktu kecemasan, bukankah itu menyusahkan ramai pengguna.


Jika kita semua menjaga kebersihan tandas nescaya kualiti serta imej negara kita akan dipandang tinggi oleh pelancong asing.

Di sini ada beberapa tips semasa menggunakan tandas awam :

1) Sediakan duit kecik sekiranya tandas berbayar
2) Jangan mencangkung di atas mangkuk jenis duduk
3) Pam selepas selesai membuang hajat
4) Bersihkan tandas selepas digunakan

Sebagai menunjukkan sokongan kita, jom beramai -ramai hadir ke..

Progam : Majlis Perasmian Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2010 Tarikh : 22 November 2010 (Isnin)
Masa : 9.00 pg - 01.00 ptg
Tempat : Hotel Legend, Kuala Lumpur
Anjuran : Jabatan Kerajaan Tempatan

Untuk maklumat lanjut boleh semak di sini



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Hari Tandas Sedunia 2010 "

  1. people call me LOVE Says:

    biler kencing tu..jgn kencing berdiri yer..itu adalah ubat pd syaitan yg cedera or sakit..so,elakkn diri jadi doctor kt musuh kiter..

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    haha..jarang plak rsenye kencing duduk..
    thnx 4 d info..eden torai :)

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets