Showing posts with label pesta bola merdeka. Show all posts

 

Promosi : Jom Iklan Di Blog Kafe Que | Tempahan Dibuka Sekarang

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

PROMOSI PESTA BOLA MERDEKA

CONTOH HARGA IKLAN DALAM BLOG, SAIZ BANNER UNTUK DI IKLAN, CARA BUAT SLOT IKLAN DALAM BLOG


Memandangkan sejak akhir-akhir ni ramai pulak yang bertanya tentang cara nak beriklan dalam Blog Kafe Que, maka hari ni kami akan buat promosi kaw-kaw bagi siapa yang berminat. Antara pakej yang kami tawarkan adalah seperti berikut :


A) Banner saiz 728 x 90 - 2 slot (bawah menu utama) 
B) Banner saiz 468 x 60 - 2 slot (atas setiap entri)

C) Banner saiz 125 x 125 - 2 slot (sidebar sebelah kanan)



Promosi ini hanya sah sehingga 16 September 2013 sempena Hari Malaysia. Bonus : Jika Harimau Muda jadi Juara Pesta Bola Merdeka kami akan bagi 7 hari PERCUMA kepada 6 orang terpantas yang membuat tempahan awal. Jadi lebih baik tempah untuk 2 atau 3 bulan sekaligus. PROMOSI TAMAT. Untuk menempah iklan sila ke pautan ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Final Pesta Bola Merdeka 14 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PASUKAN MANA BAKAL JUARA PESTA BOLA MERDEKA 2013


KEPUTUSAN AKHIR TERKINI PESTABOLA MERDEKA 2013, FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2013 MALAYSIA VS MYANMAR 14 SEPT 2013, LAPORAN TERKINI KEPUTUSAN PESTA BOLA MERDEKA AKHIR FINAL



Malaysia dan Myanmar akan membuat perhitungan terakhir malam ini bagi menentukan siapa juara sebenar Pesta Bola Merdeka 2013 edisi ke-41. Malaysia sebagai tuan rumah berjaya mengharungi perlawanan peringkat kumpulan dengan rekod bersih 3 kemenangan berturut-turut. Mampukah pasukan Harimau Muda mengekalkan rentak dan menjulang nama negara di pentas Asean??



Dalam satu lagi pertemuan hari ini, Thailand akan melayan Singapura untuk perlawanan penentuan tempat ke-3 & 4Thailand berputih mata untuk layak ke  final Pesta Bola Merdeka apabila tewas kepada Malaysia dalam perlawanan terakhir kumpulan. Singapura pula memegang rekod tanpa sebarang gol dalam edisi kali ini. Adakah angka '0' itu berjaya dipecahkan petang ini? Sama-sama kita tunggu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Final MALAYSIA VS MYANMAR | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2013





Malam esok 14 September 2013 merupakan tarikh penting untuk pasukan bola sepak Harimau Muda. Perlawanan Akhir Pesta Bola Merdeka 2013 bakal mempertemukan Malaysia vs Myanmar buat kali ke-2. Jika di peringkat kumpulan kita berjaya menewaskan Myanmar 2-1, episod akhir ini masih belum tentu.


Dapatkan Tiket Pesta Bola Merdeka 2013 [Klik sini]

Kedua pasukan sama kuat dan seimbang antara bertahan dan menyerang. Kelebihan Malaysia mungkin dari set pieces kerana dua gol yang dijaringkan pada perlawanan tempoh hari berpunca dari sepakan percuma Wan Zack Haikal.



Kejayaan sebelum ini tidak akan mendatangkan apa-apa jika kita tewas di Final Pesta Bola Merdeka 2013. Jadi anak buah Ong Kim Swee harus waspada dengan taktik Myanmar B23.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Dilema Thamil Arasu vs Rozaimi Rahman | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MENJELANG FINAL MALAYSIA VS MYANMAR


THAMIL ARASU VS ROZAIMI HARIMAU MUDA, STATISTIK ROZAIMI VS THAMIL ARASU, GAMBAR THAMIL VS ROZAIMI, FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2013 PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA VS MYANMAR 14 SEPT 2013



Sejak malam Harimau Muda vs Thailand, peminat tempatan sudah mula bercerita mengenai siapa lebih layak diturunkan dalam kesebelasan utama di final Pesta Bola Merdeka 2013 nanti. Beberapa fan page bola sepak cuba memperdebatkan isu ini dan banyak reaksi dari peminat yang kononnya berlagak seperti jurulatih pasukan. 

Live Streaming : Malaysia vs Myanmar | Final Pesta Bola Merdeka 2013 [Klik sini]

Kenapa perlu mempertikaikan kebolehan seseorang pemain? Jika pemain tersebut tidak bagus, sudah pasti Ong Kim Swee tidak akan panggil mereka. Yang pasti sama ada Thamil Arasu atau Rozaimi Rahman, keduanya memiliki bakat yang hebat berbanding yang tukang kutuk itu.



Kelebihan Thamil pada fizikalnya dan keboleharapan dalam situasi bertahan. Rozaimi pula memiliki larian pantas dan bijak mencari ruang melakukan rembatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Thailand | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MUDA SAPU BERSIH 


KEPUTSAN PENUH MALAYSIA VS THAILAND 2013, HARIMAU MUDA LAWAN THAILAND PESTA BOLA MERDEKA 2013, VIDEO GOL MALAYSIA VS THAILAND 11 SEPT 2013



Barisan kedua Harimau Muda tiada masalah untuk menundukkan pasukan Thailand dengan jaringan 3-0 malam tadi. Ong Kim Swee membuat keputusan yang tepat untuk merombak pasukan memandangkan Malaysia sudah layak ke final Pesta Bola Merdeka 2013. Rozaimi yang diturunkan dalam kesebelasan utama membalas kepercayaan itu dengan 2 gol.



Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Myanmar berjaya menewaskan Singapura 2-0 di Stadium Mini Temerloh untuk mengiringi Malaysia dalam perlawanan akhir nanti. Pertemuan kedua antara Malaysia dan Myanmar bakal menjanjikan aksi yang menarik dan sengit. Thailand dan Singapura terpaksa berpuas hati dengan perlawanan penentuan tempat ke-3/4.   


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming : Malaysia vs Thailand | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MUDA LAYAN PILIHAN THAILAND


MALAYSIA VS THAILAND LIVE ASTRO 2013, LIVE STREAMING HARIMAU MUDA VS THAILAND SEPTEMBER 2013 PESTA BOLA MERDEKA, SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN MALAYSIA VS THAILAND PESTA BOLA MERDEKA, KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS THAILAND 11 SEPTEMBER 2013
Harimau Muda vs Thailand


Video Gol Malaysia vs Thailand | PestaBolaMerdeka2013 [Klik]


Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Pesta Bola Merdeka 2013 akan menemukan pendahulu liga Malaysia dengan musuh tradisi, Thailand. Malaysia yang sudah mengesahkan tempat ke final Pesta Bola Merdeka edisi ke-41 akan turun tanpa tekanan berbanding Thailand yang memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata untuk layak.



Harga tiket untuk menonton Pesta Bola Merdeka 2013 juga diturunkan kepada RM20 sebagai langkah menarik lebih ramai peminat untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Muda malam ini dan Final Pesta Bola Merdeka nanti. Untuk tempahan sila ke laman ini.



Ong Kim Swee akan menggunakan perlawanan menentang pasukan pilihan Thailand untuk merombak beberapa posisi dan memberi peluang kepada pemain yang masih belum beraksi dalam Pesta Bola Merdeka 2013.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Malaysia vs Myanmar | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

COMEBACK DARI HARIMAU MUDA BAWA KE FINAL


KEPUTUSAN MALAYSIA VS MYANMAR 2013,KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN MALAYSIA VS MYANMAR PESTA BOLA MERDEKA 2013, MALAYSIA VS MYANMAR 9 SEPTEMBER 2013, GOL WAN ZACK MALAYSIA VS MYANMAR



Malaysia menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2013. Bagaimanapun Harimau Muda dipaksa bekerja keras untuk bangkit dari ketinggalan sebelum melakar kemenangan bergaya ke atas Myanmar, pencabar terkuat dalam edisi Pesta Bola Merdeka kali ini.



Ong Kim Swee melakukan sedikit pertukaran dengan memasukkan Nazmi Faiz dalam formasi 4-5-1 bagi mengekang kemaraan jentera serangan Myanmar yang pantas. Taktik itu dilihat menjadi. Malaysia mengawal hampir keseluruhan permainan dan seharusnya berada di depan jika kita berjaya menyudahkan peluang keemasan.



Minit ke-37 pintu gol Malaysia bolos akibat salah faham antara Izham dan Zubir menyebabkan bola melantun masuk ke dalam gawang pasukan negara,  Tersentak dengan gol Myanmar, Malaysia cuba mencari gol penyamaan tetapi gagal hingga tamat separuh masa pertama.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming : Malaysia vs Myanmar | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MISI BALAS DENDAM?


LIVE STREAMING MALAYSIA B23 VS MYANMAR B23 PESTA BOLA MERDEKA, MALAYSIA VS MYANMAR LIVE ASTRO 2013


Live Final Pesta Bola Merdeka 2013 [Klik sini]


Harimau Muda berpeluang mengesahkan tempat ke Final Pesta Bola Merdeka 2013 jika mereka menewaskan pasukan pilihan Myanmar malam esok. Tiga mata semalam memberi kelebihan setelah perlawanan kedua antara Myanmar dan Thailand berkesudahan 1-1. Myanmar bukan calang-calang pasukan. Pasukan ini pernah menidakkan tempat Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia B-22 tahun lepas dengan kemenangan tipis 2-1.


Video Gol Malaysia vs Myanmar | Pesta Bola Merdeka 2013 [Klik sini]


Dibawah kendalian jurulatih Korea Selatan, Myanmar sudah menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan. Apatah lagi mereka akan menjadi tuan rumah Sukan SEA Disember ini. Sudah pastinya Myanmar ingin merampas pingat emas yang dimenangi Malaysia dalam dua edisi terakhir.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Malaysia vs Singapura | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PASUKAN SENIOR BOLEH BERSARA AWAL


KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPURA PESTABOLA MERDEKA 2013, JUNIOR ELDSTAL PESTA BOLA MERDEKA 2013, GOL MALAYSIA VS SINGAPURA 7 SEPTEMBER 2013


Jadual Penuh Perlawanan Pestabola Merdeka 2013 [Klik]


Tahniah diucapkan kepada Ong Kim Swee dan barisan pemain Harimau Muda dalam perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2013 sebentar tadi. Walaupun hujan lebat mengakibatkan padang lecak dan licin, semangat juang yang ditunjukkan dan disiplin kawalan bola amat memuaskan. Harap-harap pasukan senior kebangsaan menonton cara junior mereka bermain. Jadi terbalik pulak.



Taktikal Ong Kim Swee memang tepat. Kemasukan pemain Sarawak Junior Eldstal memantapkan lagi barisan tengah yang menjadi nadi sesebuah pasukan. Dengan susuk tubuh yang tegap, Junior berjaya mengawal keadaan dengan tenang di samping mencuri peluang melakukan tandukan sewaktu Malaysia mendapat set pieces. Meletakkan 2 pemain serangan jelas memberi petunjuk bahawa Ong Kim Swee mahukan kemenangan dalam perlawanan pertama ini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming : Malaysia vs Singapura | Pesta Bola Merdeka 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MUDA VS SINGA JR


live streaming malaysia vs singapura pesta bola merdeka 2013, live astro arena malaysia u23 vs singapore u23 merdeka 2013, siaran langsung malaysia vs singapura pesta bola merdeka 2013


Updates : Malaysia 1-0 Singapura [Video Gol di sini]


Perlawanan petang esok boleh dikatakan sebagai perlawanan buku bertemu ruas antara skuad bawah 23 tahun bagi kedua-dua negara. Harapan peminat bola sepak tempatan pastinya terarah kepada barisan anak buah Ong Kim Swee untuk menebus maruah bola sepak kebangsaan. Mereka dikatakan memiliki corak permainan yang lebih baik dari pasukan senior.



Pasukan negara jiran, Singapura pula akan menghantar pemain mereka yang menjadi juara Liga Super Malaysia pada musim lalu. Mampukah skuad Harimau Muda memulakan kempen Pesta Bola Merdeka 2013 dengan kemenangan? Kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri dan negeri kelahiran Tuan Presiden FAM pasti memberi semangat kepada mereka.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

HARGA TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013 TURUN SERENDAH RM 22 | EARLY BIRD ONLINE SAHAJA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

HARGA TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013 | TICKETPRO


HARGA TIKET DISKAUN PERCUMA PESTA BOLA MERDEKA 2013, DI MANA NAK BELI TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013, BELI ONLINE TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013, TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013 MURAH



Setelah meneliti keluhan peminat, hasil perbincangan wakil FAM dan penganjur telah berjaya menemui jalan penyelesaian yang diharap menguntungkan semua pihak. Peminat bola sepak tempatan boleh mula membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan Pesta Bola Merdeka 2013 di laman web rasmi TicketPro Malaysia di www.ticketpro.com.my.



Majlis Pelancaran Kejohanan Pesta Bola Merdeka 2013 baru sahaja berlangsung di Hotel Hyatt Kuantan. Ingin diingatkan di sini bahawa diskaun harga tiket hanya terbuka kepada pembeli awal sahaja (early bird). Semua pembelian early bird mesti dibuat sebelum atau pada 5 September 2013. Selepas itu harga akan kembali kepada asal. Harap maklum.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Penuh Perlawanan PESTA BOLA MERDEKA 2013 | Live @ Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

HARIMAU MUDA & ONG KIM SWEE

pestabola merdeka 2013, jadual pesta bola merdeka 2013,PESTA BOLA MERDEKA 2013, PASUKAN MALAYSIA SINGAPORE THAILAND MYANMAR, LOKASI BILA PESTA BOLA MERDEKA 2013


Pesta Bola Merdeka 2013 merupakan edisi ke-41 dan akan berlangsung pada 7 hingga 14 September 2013 bertempat di Kuantan, Pahang. Kejohanan 4 penjuru ini melibatkan tuan rumah, Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar. Difahamkan Malaysia akan diwakili skuad bawah-23 tahun sebelum mereka ke Myanmar untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA.



Lokasi kali ini sedikit berbeza dari kebiasaanya yang diadakan di Kuala Lumpur bagi membolehkan peminat di pantai timur menyaksikan dengan lebih dekat wira negara beraksi menentang jagoan Asia Tenggara. Mengikut ranking FIFA, Malaysia berada pada kedudukan ke-3 dari 4 pasukan di belakang Thailand dan Singapura.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/