Jadual Keputusan Siaran Langsung Separuh Akhir Piala Capital One Cup 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

LIVERPOOL ATAU CHELSEA?


Update: Chelsea dan Tottenham ke final Capital One Cup 2015

Chelsea dan Liverpool telah diundi bersama dalam pusingan separuh akhir Piala Capital One musim 2014/2015. Format perlawanan timbal balik ini akan mengambil kira gol di tempat lawan. Pertemuan antara protege (Brendan Rodgers) dan sifu (Jose Mourinho) pastinya sengit. Rekod 3 pertemuan sebelum ini memihak kepada Chelsea dengan 3 kemenangan termasuk insiden kapten Liverpool tergelincir semasa perebutan gelaran EPL April tahun lepas.



Jose Mourinho sememangnya pakar dalam pertandingan kalah mati. Strategi dan permainan psikologi memberi kelebihan kepada pasukan Chelsea yang sudah memenangi 2 trofi Capital One di bawah kendalian beliau pada tahun 2005 dan 2007.



Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Tottenham menanti kunjungan kelab divisyen bawah Sheffield United yang mengejutkan pasukan tempat ke-3 EPL Southampton. Mampukah Tottenham mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2008?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Final Anugerah Juara Lagu AJL Ke 29 TV3 | 18 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

LAGU MANA AKAN JADI JUARA?


Keputusan Penuh AJL 29 [Klik]

Debaran Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) hanya tinggal beberapa jam saja lagi. Stadium Putra Bukit Jalil kini semakin panas. 12 buah lagu akan berentap untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu untuk tahun 2014. Nantikan siaran langsung pada jam 9.00 malam di TV3.



Persaingan sengit kali ini menampilkan genre muzik rap yang semakin mendapat tempat di kalangan pendengar dan juga penampilan otai lama dengan lagu yang lebih segar. Lagu Apa Khabar dilihat mampu melakukan kejutan mencabar lagu pilihan ramai dendangan Dayang Nurfaizah Di Pintu Syurga.



Lagu Malaikat mendapat giliran pertama dalam senarai lagu yang akan membuat persembahan malam ini. Shila Amzah dengan lagu Masih Aku Cinta menjadi penutup lagu yang bertanding. Jom tengok ramalan lagu yang akan menang malam ini di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Ramalan Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu AJL 29 | 18 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

SIAPA JUARA AJL 29?



Bagi menghangatkan debaran Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 yang bakal berlangsung malam esok, kita cuba ramalkan siapa bakal pemenang-pemenangnya. AJL ke-29 akan bersiaran pada 18 Januari 2015 (Ahad) jam 9.00 malam di Stadium Putra Bukit Jalil. Anda boleh saksikan siaran langsung di TV 3 atau di laman web Tonton.



Tahun ini tema yang dipilih ialah 'Gema dalam Muzik' yang pastinya menekankan elemen bunyi-bunyian yang menarik dan terkini. Pamoga Qu Puteh telah berbesar hati menaja perjalanan majlis dan bersama Nu Sentral.



Pemenang AJL 29 bakal menerima trofi dan wang tunai yang cukup lumayan. Tempat pertama akan menerima wang tunai RM 50,000, diikuti tempat kedua RM 35,000 dan ketiga RM 20,000. Bagi kategori vokal dan persembahan terbaik, mereka bakal menerima wang tunai berjumlah RM 12,000.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/