Datuk Ong Kim Swee ?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ONG KIM SWEE DESERVED IT


DATUK ONG KIM SWEE, GELARAN DATUK KEPADA ONG KIM SWEE



Ong Kim Swee, jurulatih skuad Harimau Muda negara bakal dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk Ahad ini. Ianya bersempena sambutan ulang tahun ke-75 Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.



Anugerah ini diberi atas sumbangan beliau menaikkan nama Melaka dan Malaysia dalam sukan bola sepak. Kejayaan terbaru beliau semasa membimbing pasukan bawah 23 tahun negara menjuarai Pesta Bola Merdeka 2013.



Sepanjang kariernya, bekas pemain kebangsaan itu pernah menabur bakti bersama Melaka, Sarawak dan Sabah. Sumbangannya paling diingati adalah memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 di Indonesia dengan menewaskan tuan rumah di final.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs UAE | Perlawanan Persahabatan 9 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

EKSPERIMEN TERAKHIR RAJAGOBAL


JADUAL SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS UAE 9 OKTOBER 2013, PUKUL BERAPA MALAYSIA VS UAE 2013, LIVE STREAMING MALAYSIA VS UAE 9 OKTOBER 2013

Keputusan Akhir : UAE 3-1 Malaysia (Safiq Rahim)

Malaysia bakal menguji kehebatan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Shenzen malam ini. Perlawanan ini pada asalnya dirancang sebagai perlawanan berstatus A tetapi akhirnya ditukar kepada perlawanan persahabatan biasa. Ini bermakna kekalahan atau kemenangan tidak akan memberi sebarang mata kepada ranking FIFA.



Pemilihan UAE mungkin kerana lawan seterusnya dalam kelayakan Piala Asia 2015 - Bahrain juga berasal dari negara Asia Barat. Dari segi fizikal dan juga corak permainan hampir sama. Tetapi UAE berada pada ranking ke-7 Asia manakala Bahrain di tempat ke-17.



Malaysia perlu meningkatkan prestasi kerana UAE mempunyai rekod cemerlang ketika ini dengan 13 perlawanan tanpa kalah. Manakala pasukan Harimau Malaysia yang kalah 9 dari 11 perlawanan bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jom tempah ibadah korban 2013 secara online | Serendah RM 250

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PANTAS DAN BOLEH DIPERCAYAI

kredit eQurban[klik]


Anda berminat untuk melaksanakan ibadah korban pada tahun 2013? Mampu beli smartphone beribu-ribu tetapi tak mampu nak korban seekor lembu? Harga lembu di Malaysia sangat mahal? Kini anda tiada lagi alasan! Laman eQurban[klik] menawarkan harga yang lebih murah untuk mereka yang berhajat.



1 bahagian lembu berharga RM 250 bersamaan dengan 69 sen sehari. Duit boleh cari. Lebih banyak kita bersedekah lebih banyak rezeki yang kita dapat. Tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Boleh jadi dalam bentuk kesihatan, kemudahan untuk mendapatkan sesuatu, terselamat dari kemalangan. Semua kuasa Allah.



Masih ragu-ragu? Layari laman web eQurban[klik] untuk maklumat lanjut dan aktiviti yang mereka lakukan. Di sana anda boleh lihat senarai peserta ibadah korban 2013. Tarikh tutup 8 Oktober 2013 jam 11.00 malam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/