Showing posts with label kelayakan piala asia. Show all posts

 

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2014 | Bulan September

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ITALY DAN BELANDA LAYAK


PASUKAN YANG LAYAK KE WORLD CUP 2014 ARGENTINA BRAZIL ITALY BELANDA HOLLAND



Lima lagi pasukan telah menempah tiket ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2014 di Brazil menjadikan jumlah setakat ini kepada 10 buah negara. Italy dan Netherlands menjadi wakil awal dari Zon Eropah setelah menjuarai kumpulan masing-masing awal pagi tadi walaupun berbaki 2 perlawanan.



Dari Zon Amerika Utara, negara Amerika Syarikat dan Costa Rica menjadi 2 pasukan terawal mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014. Terbaru negara kelahiran  Lionel Messi, Argentina turut layak menjadi wakil pertama dari Zon Amerika Selatan. Rujuk entri senarai terkini negara yang layak ke Piala Dunia 2014.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Ong Kim Swee Patut Ambil Alih Tugas Rajagobal | Soccerkid Main Lagi Bagus

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ONG KIM SWEE VS DATUK K.RAJAGOBAL

ONG KIM SWEE VS DATUK K.RAJAGOBAL, SIAPA JURULATIH YANG LEBIH BAIK


Minggu ini sahaja kita dapat lihat di dada akhbar tempatan yang mengkritik persembahan pasukan kebangsaan di Jepun. Di laman Facebook ramai individu yang menghentam skuad Harimau Malaya yang tewas dalam semua siri perlawanan persahabatan. Paling memalukan kita tewas kepada pasukan berstatus kelab yang hanya berada di tangga ke-11 dalam liga divisyen 2.



Ke mana hala tuju pasukan Malaysia? Adakah kita hanya bermain bola atau mahu memperbaiki kelemahan dan mencari formula terbaik sebelum kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula? Patutkah Datuk K.R melepaskan saja jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Malaysia? Atau kita perlu beri peluang sambil melihat berapa gol pula yang akan dilepaskan ketika bertemu kelab gergasi Eropah, Barcelona.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/