Showing posts with label copa america 2011. Show all posts

 

[Edisi Copa America 2011] Argentina 1 - Bolivia 1 | Messi Masih Mencari Sentuhan

Penulis: Que | Kategori: , ,

Salam kaki lepak Kafe Que. Buat peminat bola sepak, hari ini merupakan pembukaan kepada Kejohanan Copa America Argentina 2011.. Pada jam 8.45 am waktu tempatan, pasukan tuan rumah Argentina gagal memdapatkan 3 mata berharga apabila sekadar mampu seri 1 - 1 dengan Bolivia dalam perlawanan Kumpulan A. Kejutan sering terjadi dalam perlawanan pembukaan dan Argentina nyaris menerima aib besar sekiranya tewas. Sebagai pasukan pilihan, Argentina perlu bermula lebih yakin dalam misi merampas piala Copa America dari musuh tradisi Brazil yang menewaskan mereka dalam 2 final sebelum ini.

Jadual Copa America 2011 waktu Malaysia di Astro Supersport [Klik SINI]

Keputusan copa america 1 julai 2011 argentina 1 - bolivia 1, jadual perlawanan copa america 2011 waktu malaysia, video perlawanan argentina vs bolivia
Pemain Argentina kecewa selepas wisel penamat [Argentina 1 - 1 Bolivia]


Argentina yang menurunkan kesebelasan terkuat mereka dibarisi pemain ternama seperti Carlos Tevez, Lionel Messi, Estaban Cambiasso, Javier Macherano, Javier Zanetti & Gabriel Milito gagal mencari gol di awal permainan. Pada separuh masa kedua, bermula dari sepakan penjuru, Bolivia dihadiahkan gol mudah (min 47') apabila bola terkena kaki pertahanan Argentina dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Sergio Romero. Bola kelihatan hanya sedikit sahaja melepasi garisan gol dan pengadil dibantu penjaga garisan memberikan gol pertama Kejohanan Copa America 2011 kepada Edivaldo Rojas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/