Home » , , , , , , , , , , , , » Ong Kim Swee Patut Ambil Alih Tugas Rajagobal | Soccerkid Main Lagi Bagus

Ong Kim Swee Patut Ambil Alih Tugas Rajagobal | Soccerkid Main Lagi Bagus

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ONG KIM SWEE VS DATUK K.RAJAGOBAL

ONG KIM SWEE VS DATUK K.RAJAGOBAL, SIAPA JURULATIH YANG LEBIH BAIK


Minggu ini sahaja kita dapat lihat di dada akhbar tempatan yang mengkritik persembahan pasukan kebangsaan di Jepun. Di laman Facebook ramai individu yang menghentam skuad Harimau Malaya yang tewas dalam semua siri perlawanan persahabatan. Paling memalukan kita tewas kepada pasukan berstatus kelab yang hanya berada di tangga ke-11 dalam liga divisyen 2.



Ke mana hala tuju pasukan Malaysia? Adakah kita hanya bermain bola atau mahu memperbaiki kelemahan dan mencari formula terbaik sebelum kempen kelayakan Piala Asia 2015 bermula? Patutkah Datuk K.R melepaskan saja jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Malaysia? Atau kita perlu beri peluang sambil melihat berapa gol pula yang akan dilepaskan ketika bertemu kelab gergasi Eropah, Barcelona.



Rasanya jika melihat pada prestasi semasa, Neymar dan Messi mampu mencatat hattrick. Fabregas, Iniesta dan Xavi akan mengawal mudah kawasan tengah. Barisan pertahanan dan penjaga gol Barcelona mungkin hanya minum air disebabkan suhu yang agak tinggi.



Sebagai peminat apa yang mampu kita lakukan hanyalah mengharap supaya tiada rekod baru jaringan yang terhasil malam  itu. Kalah sudah pasti. Yang penting corak permainan pasukan negara perlulah setimpal dengan dengan sokongan ribuan peminat. Kalau setakat tengok pemain kebangsaan diperkotak-katikkan baik tak payah. 



KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA HARIMAU MALAYA 2013



Kita mempunyai skuad remaja yang bagus. Dilatih oleh seorang yang pernah membimbing skuad remaja Bayern Munich, Ong Kim Swee. Rasanya sudah tiba masanya FAM melihat kekalahan demi kekalahan sebagai kegagalan Datuk K.Rajagobal mengatur strategi dan pemain. Setiap jurulatih ada masa naik dan turun mereka. Sampai bila kita mahu tunggu? 8 perlawanan persahabatan hanya 1 kemenangan berjaya diraih.



Sejak kejayaan Piala AFF Suzuki 2010, Malaysia gagal mempamerkan konsistensi di peringkat antarabangsa. Sama ada ini ada kaitan dengan insentif yang berlebihan atau Liga-M yang tidak kompetitif anda tentukan sendiri. Pembangunan pemain seolah terhenti dan semakin merosot. Ke mana perginya sengat Safee Sali dan Safiq Rahim yang begitu digeruni suatu ketika dahulu. Kini mereka umpama pelengkap kepada pasukan kebangsaan sahaja.



Jurulatih yang hebat perlu tahu kesebelasan terbaik bagi setiap perlawanan dan menentukan taktik atau strategi berdepan lawan berbeza. Karisma seperti Jose Mourinho, Jurgen Klopp dan Sir Alex Ferguson mampu membuat keputusan tepat pada waktunya. Jika sesuatu pelan tidak berhasil, kita perlu tukar kepada pelan yang lain. Ini antara kekurangan pasukan kebangsaan ketika ini.


BOLOS 12 , JARINGAN 0



Kalau nak dibandingkan dengan Soccerkids Malaysia, Harimau Malaya patut malu dengan permainan yang ditunjukkan. Mereka sepatutnya menjadi contoh dan pembakar semangat pemain muda untuk terus sukses di peringkat yang lebih tinggi. Hasil tuaian di Jepun menyaksikan pasukan Malaysia bolos sebanyak 12 kali dan gagal menjaringkan sebarang gol. Itu hakikatnya yang perlu kita telan.



Sama-sama kita nantikan keputusan Mesyuarat Tertinggi FAM hari ni. Berubah atau terima padah!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Ong Kim Swee Patut Ambil Alih Tugas Rajagobal | Soccerkid Main Lagi Bagus "

  1. Shahrul Yusof Says:

    Buat masa ni, pada saya biarlah Rajabebal ni hold dulu sampai Piala Asia. Kalau melingkup (rasanya memang akan melingkup), baru kasi tukar. Bukan dia je kasi tukar, dengan Presiden, sampailah ke semua pentadibir-pentadbir FAM kasi tukar. Kasi rombak semua sekali.

    Kalau OKS pegang sekarang pun, rasanya dia pun tak boleh buat apa untuk Harimau Malaya dalam masa yang singkat ni.

    Tambahan pulak, selagi si Safiq Rahim tu dok main tengah macam cilaka, selagi tu HM main macam bangang.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    @Sylarius Yusof pandangan yg baik.

    maybe masa dah suntuk untuk persediaan Piala Asia. Kita tunggu dan lihat je.

    Pasal Presiden tu kalau nak cakap macam kejam. Tp hanya masalah kesihatan saja yang boleh memaksa beliau berundur.

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets