Home » , , , , , , , , , » EPL : United Lebih Tahu Cara Untuk Menang Perlawanan Bola Sepak

EPL : United Lebih Tahu Cara Untuk Menang Perlawanan Bola Sepak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED DAHULUI LIGA DENGAN 15 MATA

gambar lawak manchester united vs manchester city



Hanya tinggal 9 baki perlawanan liga dan Manchester United semakin melebarkan kedudukan dengan pencabar terdekat Manchester City kepada 15 mata. Siapa sangka City akan kalah kalah di Goodison Park? Persembahan Everton kurang konsisten sejak akhir-akhir ini. Mereka tewas mudah 0-3 kepada Wigan dalam pusingan suku akhir Piala FA minggu lepas.


Tapi dalam bola sepak ramai yang gagal mengambil kira faktor beraksi di tempat lawan serta motivasi pasukan yang menentang kelab lebih ternama. Walaupun beraksi dengan 10 pemain dalam masa 30 minit, Everton nampak unggul dari segenap aspek dan menghukum pertahanan City yang beraksi tanpa kapten mereka Kompany & Yaya Toure.




Setiap pasukan mempunyai pemain utama mereka. Hal yang sama menimpa United musim lalu apabila kecederaan demi kecederaan menimpa bahagian pertahanan dan tengah pasukan. Yang boleh dibanggakan United masih memberi tentangan hingga ke minit terakhir EPL.


"Fakta : Menang pertama kali lebih mudah dari mempertahankan kejuaraan"



Kelebihan United musim ini, mereka lebih tahu cara bagaimana untuk menang perlawanan dan mengutip mata maksimum. Walaupun beraksi di bawah tahap sebenar awal pagi tadi, mereka berjaya membawa pulang 3 mata penuh sekaligus menambah derita Manchester City yang terpaksa berputih mata di Goodison Park.






Banyak peminat City mengharapkan keajaiban lalu berualng kembali. Meh sini aku terangkan kenapa United akan menang gelaran EPL ke-20 musim ini.



1) Pintu gol United belum bocor dalam 5 perlawanan EPL terakhir 

2) Pemain United yang masih cedera hanyalah Jones & Nani

3) United akan bertemu City di Old Trafford pada 6 April 2013 dan jarak mungkin akan bertambah lagi jika United menang

4) Pertahanan City nampak goyah tanpa Kompany

5) City tanpa Aguero & Yaya Toure nampak seperti pasukan biasa

6) Tekanan pada City untuk menang semua dan United masih boleh seri dan kalah jika mereka mahu



Jadi, setelah meneliti semua faktor di atas agak-agaknya pasukan mana yang layak untuk menang EPL musim ini? Lu fikirlah sendiri.


Untuk Lihat Kedudukan Terkini EPL [Klik]


KEPUTUSAN EPL WEEK 30

MANCHESTER UNITED 1-0 READING



EVERTON 2-0 MANCHESTER CITY



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : United Lebih Tahu Cara Untuk Menang Perlawanan Bola Sepak "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets