Home » , , » Piala AFF SUZUKI 2012 : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan | Hala Tuju Pasukan Malaysia

Piala AFF SUZUKI 2012 : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan | Hala Tuju Pasukan Malaysia

Penulis: Que Haidar | Kategori: , ,

AFF SUZUKI CUP 2012 | CO-HOST MALAYSIA & THAILAND 

KEPUTUSAN UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN A B PIALA AFF SUZUKI CUP 2012,KUMPULAN MALAYSIA AFF SUZUKI CUP 2012,RANKING MALAYSIA AFF SUZUKI CUP 2012,RAMALAN AWAL AFF SUZUKI CUP 2012,KELEBIHAN MALAYSIA PIALA SUZUKI AFF 2012,


Piala AFF SUZUKI 2012 bakal menjelma kurang 2 minggu dari sekarang. Debaran semakin terasa. Lapan (8) negara telah melayakkan diri ke peringkat kumpulan. Malaysia selaku Juara bertahan dipilih menjadi tuan rumah kejohanan bersama negara Thailand.


Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Stadium Rajamangala, Bangkok merupakan 2 venue utama bagi perlawanan setiap kumpulan. Jom kita lihat dimanakah pasukan negara tercinta kita diundi bersama.



Keputusan Undian Peringkat Kumpulan | Piala AFF SUZUKI 2012


Final Round: 24 November - 22 December 2012


Nampaknya Malaysia dan Indonesia masih tidak dapat dipisahkan. Serumpun katanya. Singapura pun dah kenal ramai pemain kita sebab pasukan Lions IIX bermain dalam Liga Super Malaysia. Pasukan Laos mungkin paling lemah dalam kumpulan B. Tapi dalam kejohanan seperti ini kejutan boleh berlaku.


Jika kita teliti ranking bola sepak FIFA bagi Asia Tenggara sehingga tarikh hari ini,  Vietnam mendahului di ranking pertama (138 - dunia @ 19 - Asia). Diikuti pasukan Filipina (2nd), Thailand (3rd), Myanmar (4th), MALAYSIA (5th), Singapura (5th), Indonesia (7th) dan Laos (8th).


Ranking Bola Sepak Asia Tenggara | FIFA

Sah sehingga 12 November 2012


Jika ditanya tentang peluang pasukan Malaysia, aku agak yakin kita mampu layak ke FINAL sekali lagi. Atas alasan apa?


1. Kita bermain di gelanggang sendiri

Main home kita akan ramai penyokong dan kita sudah serasi dengan padang Stadium Bukit Jalil. So alasan nak cakap padang sintetik dan psikologi penyokong lawan dah kurang.


2. Coach K.Rajagobal

Well, mungkin ramai kurang berpuas hati dengan persermbahan pasukan Malaysia dalam beberapa perlawanan persahabatan. Kalah semua! Tapi percayalah. Datuk K.Rajagobal adalah jurulatih terbaik yang kita ada pada masa sekarang. Jika kita turunkan kesebelasan utama pasti keputusan tidak akan sama.


3. Ranking kita terbaik dalam Kumpulan B

Kalau anda rasa ranking ke-163 dunia sudah teruk. Cuba lihat ranking negara Singapura, Indonesia dan Laos. Malaysia masih berada di atas at least :) Tak perlu risau. Negara lain tentu akan gerun berhadapan dengan Juara AFF SUZUKI 2010!


4. Penjaga gol terbaik

Khairul Fahmi Che Mat menjadi penyelamat benteng terakhir negara dalam kempen AFF Suzuki 2010 dan Sukan Sea 2011. Prestasinya berada pada tahap terbaik musim ini dengan membantu Kelantan mendapat kejuaraan Treble.


5. Pengalaman menjadi sang juara

Kebanyakan pemain AFF Suzuki 2012 pernah bermain di pentas antarabangsa dan sudah serasi bersama. Bertarung pula dengan pemain kelab gergasi EPL seperti Arsenal, Liverpool, Manchester City dan Chelsea. Beraksi di bawah tekanan yang hebat sebelum ini memberi kelebihan kepada pasukan Malaysia.






Peminat Harimau Malaya janganlah terlalu gusar. Datuk K.rajagobal lebih mengenali kecergasan pemain beliau. Mungkin ada waktunya eksperimen beliau gagal. Bagi mencari ramuan terbaik perlu ada keserasian dan tidak salah untuk mencuba. Semoga HARIMAU MALAYA terus unggul di arena bola sepak ASIA sekaligus mempertahan PIALA AFF SUZUKI 2012.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Piala AFF SUZUKI 2012 : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan | Hala Tuju Pasukan Malaysia "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads Close
Liverpool vs Middlesbrough
02.45 am, 24 Sept 2014

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup

Blogger Widgets