Home » , » Vidic Dan Jones Boleh Jadi Gandingan Terbaik | Jangan Bolos Lagi

Vidic Dan Jones Boleh Jadi Gandingan Terbaik | Jangan Bolos Lagi

Penulis: Que | Kategori: ,

Welcome back Vidic!! Perlawanan dengan Everton Sabtu lalu merupakan perlawanan EPL kedua (selepas pembukaan menentang West Brom) buat bekas pertahanan Serbia, Nemanja Vidic. Kecederaan dalam perlawanan awal musim itu memaksa beliau berehat selama lebih 8 minggu. Mujur pemain muda, Phil Jones dapat memikul tugas dengan baik ketika menentang Tottenham, Arsenal, dan Chelsea.


Sememangnya kehilangan Vidic amat dirasai. Pengalaman dan kelebihan fizikal beliau nyata memberi impak kepada keputusan menentang Everton yang berkesudahan United menang 1-0 di tempat lawan. Vidic bijak mengawal barisan pertahanan dan tenang menangani bola tinggi dalam kotak penalti.



Sebenarnya konsep untuk tak nak kalah sangat mudah. Dalam entri sebelum ni pun aku ada cakap. JANGAN BOLOS!! For sure pasukan anda tidak akan kalah. Paling-paling pun seri je. Dan kebanyakan pasukan yang hebat diukur dari kehebatan bertahan dan menyerang. Suara penting untuk kita saling mengingati rakan di bahagian pertahanan. Agak sukar kerana pemain pertahanan terpaksa bertentangan dengan penyerang lawan yang sedang berlari laju.



Manchester United dah bolos 12 kali dalam 10 perlawanan EPL. Paling teruk ketika dibelasah Manchester City dengan 6 gol. Inilah  akibat jika tiada leader yang boleh mengawal keadaan. Tapi jika pertahanan kuat, dengan hanya 1 gol pun sudah memadai untuk kita menang sesuatu perlawanan.






Menyentuh pasal Jones pulak. Beliau ada ciri-ciri fizikal seperti Vidic. Tak mustahil suatu hari nanti mereka boleh bergandingan sebagai pertahanan paling digeruni dalam EPL. Rio Ferdinand agak merosot kebelakangan ini. Smalling pun bagus. Tapi aku lebih suka Jones sebab dia lebih laju dan boleh kawal bola dengan baik. Mungkin dari segi pengalaman Jones masih kurang dan boleh perbaiki.




Diharapkan dengan kembalinya Vidic dalam kesebelasan utama, Sir Alex dapat mencari gandingan terbaik Vidic untuk mengejar pendahulu liga ketika ini, Manchester City. Kejayaan sesuatu pasukan bermula dari penjaga gol dan pertahanan yang kuat.





Saksikan Perlawanan UEFA Champions League | Group C

Manchester United vs Otelul Galati

3 November 2011 | 3.45 am waktu Malaysia

Live @ Astro ESPN (812) HD (832)



p/s : Vidic tak boleh main sebab kena kad merah 2 minggu lepas. Bolehlah die rehat untuk lawan Sunderland weekend nanti.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Vidic Dan Jones Boleh Jadi Gandingan Terbaik | Jangan Bolos Lagi "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets