Home » , , , » Manchester United 2 - Norwich 0 | Antara Rekod dan Pemain Gantian

Manchester United 2 - Norwich 0 | Antara Rekod dan Pemain Gantian

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Akhirnya 3 mata menjadi milik Manchester United selepas aksi kurang memberangsangkan semalam. Rekod 19 kemenangan berturut-turut di Old Trafford mungkin tidak menggambarkan persembahan semasa United. Ketiadaan Ashley Young mengganggu rentak serangan. Prestasi Rooney dan Hernandez selepas pulih dari kecederaan tidak begitu menyakinkan. Sehingga kemasukan Giggs dan Welbeck barulah United nampak bertenaga dan lebih berbahaya.


keputusan manchester united vs norwich city 1 oktober 2011,persembahan manchester united vs norwich city,taktik pertukaran pemain gantian,jadual perlawanan epl liverpool vs manchester united 15 oktober 2011,live streaming astro manchester united vs liverpool 15 oktober 2011,highlights penuh perlawanan manchester united vs norwich



Pengurus pasukan berhak menentukan siapa yang akan bermain dalam satu-satu perlawanan. Park Ji Sung dan Lindegaard antara pemain yang diberi peluang untuk mempamerkan kemampuan mereka. Awal permainan pertahanan United nampak agak neves. Pengalaman dan leadership Vidic amat dirasai terutamanya ketika berdepan penyerang tinggi lampai.



Aku masih dengan pendirian bahawa Manchester United tiada pemain tengah yang berkualiti seperti Scholes, Sneijder atau Iniesta yang boleh merancang dan mengawal bola dengan baik. Cleverley pulak injured. Hantaran pendek di kawasan Norwich sangat mengecewakan. Kekuatan United pada ketika ini hanya terletak di bahagian sayap dan counter attack. Evra memang diakui hebat di bahagian kiri dengan overlappingnya. Tapi anda boleh kira berapa kali crossing yang dilakukan beliau betul-betul tepat pada pemain United.



keputusan manchester united vs norwich city 1 oktober 2011,persembahan manchester united vs norwich city,taktik pertukaran pemain gantian,jadual perlawanan epl liverpool vs manchester united 15 oktober 2011,live streaming astro manchester united vs liverpool 15 oktober 2011,highlights penuh perlawanan manchester united vs norwich



Chicharito lebih kepada menjadi pelengkap kesebelasan utama. Lebih banyak ofsaid dari shot on target rasanya. Link up dengan pemain lain masih kurang berkesan. Rooney pula lebih suka mencuba sesuatu yang diluar jangka. Kadang-kadang kita perlu main simple untuk tidak menghampakan rakan lain. Norwich mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tapi kualiti penyudah yang mengecewakan memberi keyakinan kepada pertahanan United.



Apa yang nak ditekankan dalam entri kali ini ialah bagaimana sesuatu pertukaran itu mampu mengubah corak permainan sesebuah pasukan. Sebelum perlawanan Manchester United vs Norwich, derby match antara Everton vs Liverpool juga memberi mesej yang sama. Lihat bagaimana Liverpool yang memiliki kelebihan seorang pemain menghadapi kesukaran untuk mencari gol. Semuanya berubah bila Bellamy dan Gerrard dimasukkan. Ia bergantung kepada keperluan pasukan pada ketika itu. Lebih penting setiap pemain di bangku simpanan study game supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan nanti. 



Keputusan Perlawanan Manchester United vs Norwich City | EPL Match 1 Oktober 2011




Sir Alex juga membuktikan beliau juga mampu mengubah taktik pasukannya dengan membawa masuk Welbeck dan Giggs menggantikan Hernandez dan Nani yang kurang menjadi pada malam itu. Giggs dan Welbeck merupakan gandingan penyerang ketika Manchester United menentang FC Basel. Kedua pemain gantian ini memainkan peranan dalam kedua-dua gol Manchester United. Giggs dengan sepakan sudut yang akhirnya ditanduk Anderson manakala Welbeck dengan gerakan one-two bersama Park untuk gol kedua.



Keseluruhannya Manchester United perlu muhasabah diri dan analisis kelemahan sebelum bertemu Liverpool di Anfield 13 hari dari sekarang. Ferguson perlu memikirkan sama ada ingin menggandingkan Rooney dan Welbeck atau terus bereksperimen dan mengharapkan tuah. Hernandez lebih sesuai digunakan sebagai super sub dengan kepantasan yang dimiliki.



keputusan manchester united vs norwich city 1 oktober 2011,persembahan manchester united vs norwich city,taktik pertukaran pemain gantian,jadual perlawanan epl liverpool vs manchester united 15 oktober 2011,live streaming astro manchester united vs liverpool 15 oktober 2011,highlights penuh perlawanan manchester united vs norwich


Siaran Langsung 

Perlawanan EPL Liverpool vs Manchester United

7.45 pm waktu Malaysia , 15 Oktober 2011(Sabtu)

Live @ Astro ESPN (812) HD (832)



Perlawanan EPL akan berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada kelayakan Euro 2012. England akan menentang Montenegro nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Manchester United 2 - Norwich 0 | Antara Rekod dan Pemain Gantian "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets