Home » , » Manchester United Benam Bolton 5-0 | Rooney Hat-trick | Benfica menanti

Manchester United Benam Bolton 5-0 | Rooney Hat-trick | Benfica menanti

Penulis: Que | Kategori: ,

Arghhh.. Aku benci Rooney.. Kenapa time aku tak pilih ko dalam fantasy football markah ko tinggi2... Waaaaa.. Susah nak ramalkan prestasi player sekarang.. Ikut nasib r kan.. Satu lagi minggu yang sangat menggembirakan buat penyokong Manchester United seluruh dunia. Kali ini Bolton pula menjadi mangsa amukan The Red Devils yang menang bergaya 5 gol berbalas 0. Rooney meneruskan kecemerlangan di awal musim 2011/2012 dengan jaringan hat-trick sementara Chicharito menambah 2 lagi gol.



keputusan perlawanan epl 2011 bolton vs manchester united 5-0 11 september,gol rooney hattrick lawan arsenal dan bolton,gol chicharito lawan bolton,senarai pemain manchester united vs bolton,video hoghlights bolton vs manchester united,statistik gol epl 2011 2012,jadual perlawanan benfica vs manchester united uefa champions league 15 september waktu malaysia,live streaming astro espn benfica vs manchester united waktu malaysia,kedudukan terkini epl 2011 2012


Manchester United mengekalkan tempo permainan pantas dan membuka jaringan seawal minit ke-5 apabila Chicharito bijak mencari ruang meloloskan diri dari kawalan Gary Cahill untuk menolak masuk hantaran lintang Nani. Setelah aku kritik corak permainan beliau ketika menentang Arsenal tempoh hari Nani kali ini bijak melakukan umpanan dalam perlawanan itu.



Phil Jones yang terpaksa bermain di bek kanan ekoran kembalinya Rio Ferdinand dalam skuad United dilihat sangat konsisten dengan larian overlapping serta mematahkan serangan Bolton. Lebih mengejutkan apabila Jones menghasilkan hantaran lintang cantik untuk ditolak masuk oleh Rooney dan gerakan one-two dengan Nani untuk membuka ruang Rooney menambah koleksi golnya.. Separuh masa Manchester United 3-0 Bolton.


Video Highlights Perlawanan Bolton vs Manchester United | 11 September 2011


Man Utd : Hernandez (5',58') Rooney (20',25',68')



Bolton yang dikenali sebagai pasukan yang mengamalkan corak permainan fizikal keras tidak segan silu melakukan foul demi foul. Statistik menunjukkan pemain Bolton melakukan 15 kekasaran berbanding Manchester United dengan hanya 1 kekasaran. Tambah perit apabila Cleverley terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan yang dialami setelah diterjah oleh pemain Bolton, Kevin Davies. Akibatnya, beliau dikhabarkan patah kaki dan mungkin direhatkan selama 3 bulan. Malang bertimpa buat pemain muda United yang baru meningkat naik selepas Welbeck yang mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan menentang Arsenal tempoh hari.



Separuh masa kedua United menambah 2 lagi gol menerusi Hernandez dan hat-trick Rooney hasil umpanan Nani yang perlu bijak selepas ini membuat keputusan sama ada untuk melakukan hantaran atau percubaan terus. Tidak lupa juga persembahan meyakinkan oleh penjaga gol utama De Gea. Walaupun sebelum perlawanan kecoh media memperkatakan tentang kebolehan De Gea berdepan cabaran fizikal Bolton. Akhirnya beliau membuktikan mengapa Ferguson sanggup membelanjakan wang yang besar untuk khidmatnya. 



Kelebihan ketara De Gea ialah sebagai shot stopper dan mempunyai ball distribution yang sangat baik



Bukan mudah untuk seorang penjaga gol menghantar bola tepat kepada pemain yang berada di kawasan lawan. Tapi De Gea mempunyai kebolehan menghantar bola seperti yang dilakukan dalam perlawanan semalam yang hampir-hampir disudahkan Hernandez. Tahniah De Gea..



8 gol Rooney (West Brom-1, Spurs-1, Arsenal-3, Bolton-3) setakat 4 perlawanan melebihi jumlah gol 18 buah pasukan lain dalam EPL kecuali Manchester City yang menjaringkan 15 gol



Kedudukan setakat perlawanan Bolton vs Manchester United



Benfica menanti dalam perlawaanan peringkat kumpulan C awal pagi Khamis ini


Benfica vs Manchester United UEFA Champions League | 15 September 2011




Saksikan siaran langsung di ESPN (812) HD (832) , jam 02.30 am waktu Malaysia

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Manchester United Benam Bolton 5-0 | Rooney Hat-trick | Benfica menanti "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets