Home » , » Good Luck Safee Sali ke Cardiff City | Logo MAS bakal berlegar di padang QPR awal pagi esok

Good Luck Safee Sali ke Cardiff City | Logo MAS bakal berlegar di padang QPR awal pagi esok

Penulis: Que | Kategori: ,

Tahniah kepada Safee Sali yang telah diberi peluang menjalani ujian bersama kelab Cardiff City.. Sebagai salah seorang penyerang utama negara, Safee memiliki susuk tubuh yang sesuai di samping skill kawalan bola yang menarik dan kemampuan beliau menanduk bola tinggi. Pengalaman bermain di Pelita Jaya akan membantu Safee dalam tempoh ujian selama 2 minggu nanti.


kredit : google


Dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Cardiff City kini berada pada tangga ke-6 English League Championship (liga ke-2 tertinggi selepas EPL). Cabaran Safee pada ketika ini ialah untuk membiasakan diri keadaan dengan cuaca yang sedikit berbeza jika dibandingkan di rantau Asia Tenggara. Corak permainan di England lebih pantas dan lebih banyak menggunakan fizikal. Sama-samalah kita doakan agar Safee berjaya diterima bermain di Cardiff City nanti.



Mutu pemain bola sepak negara yang meningkat sejak kebelakangan ini berjaya menarik perhatian kelab bola sepak luar negara. Suatu pencapaian yang cukup membanggakan. Beberapa pemain Harimau Muda juga mula dilamar kelab Slovakia.




 Cuba lihat bagaimana kehebatan Safee melakukan larian dan penyudah berbisa ketika menentang Liverpool. Jarang kita lihat penyerang tempatan yang mampu menjaringkan gol seperti ini. Tepat ke bucu gawang.



Dalam pada itu, syarikat Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia telah bersetuju menaja jersi kelab bola sepak Queens Park Rangers (QPR) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013. Wah3!! 2 company Malaysia bergabung di EPL.. Tak mustahil kalau lepas ni lebih ramai pemain kita beraksi di liga Inggeris yang semakin diminati ramai.





MAS akan taja jersi home QPR manakala Air Asia akan taja jersi away dan jersi ke-3 QPR. Model pun boleh tahan lawa.. Hehe



Siapa nak tengok logo MAS berlegar di padang EPL awal pagi esok boleh tengok kat Astro ESPN (812) HD (832) pukul 3.00 pagi.

QPR vs Newcastle United

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Good Luck Safee Sali ke Cardiff City | Logo MAS bakal berlegar di padang QPR awal pagi esok "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets