Perlawanan Pusingan Suku Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011 | Malaysia Tinggal 2 Wakil
Penulis: Que | Kategori: isu semasa , sukan
Salam semua. Kejohanan Badminton Dunia 2011 yang memasuki hari ke-5 menyaksikan Malaysia hanya tinggal 2 wakil sahaja dalam pusingan suku akhir petang ini. Datuk Lee Chong Wei berpeluang melangkah ke separuh akhir jika berjaya melepasi halangan dari lawannya yang mengejutkan Cheng Long di pusingan pertama. Kevin Cordon yang berasal dari negara Guatemala merupakan pemain bukan pilihan yang kini harus diberi perhatian.
kredit : google
Beregu emas negara, Koo Kien Keat / Tan Boon Heong pilihan ke-4 kejohanan bakal berdepan saingan sengit dari pasangan dari Korea Selatan yang juga pilihan ke-5 kejohanan, Ko Sung Hyun / Yoo Yeon Seong. Persembahan yang lebih konsisten ditagih Rexy Mainaky jika mereka mahu kembali ke tahap terbaik.
kredit : google
Saksikan perlawanan sensasi Pusingan Suku Akhir Kejohanan Badminton Dunia England 2011
12 Ogos 2011, 6.00 pm waktu Malaysia
12 Ogos 2011, 6.30 pm waktu Malaysia (selepas game di atas)
---------------------------------------------------------------
Siaran langsung Kejohanan Badminton Dunia 2011
Astro Supersport (811) & Astro Supersport HD 2 (833)
@
Visual Live Score di sini
Sama-sama kita menyokong wakil Malaysia dalam perlawanan itu nanti. Malaysia BOLEH!!
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..