Home » , , » Gol Cantik Rooney Selamatkan Manchester United

Gol Cantik Rooney Selamatkan Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , ,

Pertembungan sengit dua musuh tradisi menjadi perbualan hangat sepanjang minggu, Manchester United dan Manchester City. Sebagai pendahulu liga United ingin menjarakkan kedudukan dari pencabar terdekat. Namun misi City untuk menakluk liga harus bermula dengan kejayaan membenam jiran mereka itu. Setelah berbelanja besar dalam musim perpindahan awal & pertengahan musim pastinya pemilik kelab mengharapkan sesuatu peningkatan musim ini. Hasilnya mereka telah membuktikannya dengan mencabar dominasi Arsenal-Chelsea-Manchester United. Apa yang masih kurang ialah pengalaman pada saat genting yang membezakan pemenang malam tadi.


Manchester derby


Manchester City melakukan permulaan yang baik dan hampir menghukum pertahanan United yang kehilangan Ferdinand ekoran kecederaan yang dialami minggu lepas. Namun percubaan David Silva tersasar dari pintu gol tuan rumah. United yang menggunakan taktik 4-5-1 nyata gagal menyaingi corak permainan City yang mudah mengawal permainan di bahagin tengah. Namun pujian tinggi haru diberikan kepada Chris Smalling yang mengawal ketat penjaring terbanyak City, Carlos Tevez. Walaupun ramai yang meragui kemampuan pertahanan muda England ini, kepercayaan dan pendedahan harus diberikan tatkala United kekurangan pemain berpengalaman.


Pertahanan harapan United


Rooney yang menjadi penyerang tunggal United dilihat gagal mengetuai jentera serangan apabila dikawal ketat Kompany dan Lescott. Faktor ketinggian menjadi penghalang dengan United dilihat gemar melakukan hantaran jauh serta lintang yang tidak memihak kepada Rooney. Nani pula sering mengikut nafsu dengan melakukan percubaan terus sedangkan ada pilihan yang lebih baik dan mudah. Kemahiran membuat keputusan tepat pada waktunya membezakan Messi dengan ramai pemain yang mempunyai skill yang tinggi. Namun nasib menyebelahi United setelah Giggs melorongkan bola dan kawalan yang menarik oleh Nani yang akhirnya menyudahkan peluang terbuka untuk gol pendahuluan United.


Sepakan gunting @ Bicycle kick


Separuh masa kedua menyaksikan kemasukan Wright Phillips dan Edin Dzeko untuk memperkemaskn jentera serangan City. Dan gol penyamaan hadir apabila hantaran lintang Wright Phillips disambut Dzeko dan dibantu dengan lantunan David Silva membiarkan Van Der Sar terpaku. United membalas dengan memasukan Berbatov untuk mencari gol kemenangan. Rooney kini lebih bebas bergerak untuk mencari ruang dan pada minit ke 77 hantaran silang Nani terkena badan Zabaleta dan Rooney dengan teknik sukar melakukan sepakan gunting seterusnya menghasil gol yang cantik. Gol!! United mendahului 2-1. City yang tertekan melakukan asakan namun benteng United unggul mengawal keadaan. Rooney akan mendapat perhatian media dengan gol yang bakal dicalonkan sebagai gol terbaik musim ini.




Sedutan Perlawanan Derby United vs City


Baki perlawanan United, 7 daripadanya di tempat lawan bakal menentukan siapa juara liga musim 2010/11.. Chelsea, Liverpool dan Arsenal masih menanti kunjungan United. Sekiranya halangan ini dapat diatasi, United akan menjadi pemegang rekod 19 kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Jarak United dan City menjadi 8 mata dengan United mempunyai kelebihan 1 perlawanan.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

1 Response to " Gol Cantik Rooney Selamatkan Manchester United "

  1. Afzainizam Says:

    _____♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    ______ ♥♥♥♥♥♥♥♥SAY NO TO VALENTINES
    _______♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥DAY♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    _________♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”

    aku tak dapat tengok pasal aku kerjashif mlm... cuma nak tengok berita ajerrr nanti

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets