Home » , , » Manchester United Pamer Aksi Sang Juara | Blackpool 2 - 3 Man Utd

Manchester United Pamer Aksi Sang Juara | Blackpool 2 - 3 Man Utd

Penulis: Que | Kategori: , ,

Manchester United bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menang 3-2 sebaik tamat masa perlawanan. United yang bermain kurang 1 perlawanan sebelum ini melayan pasukan Blackpool di Bloomfield Road, England. Perlawanan yang sangat mendebarkan buat penyokong Manchester United seluruh dunia kerana pencapaian luar biasa pasukan lawan pada musim ini.


Kredit : Soccernet

Alex Ferguson melakukan rombakan daripada skuad United yang membenam Birmingham Sabtu lalu dengan memasukkan Fletcher menggantikan Carrick yang tercedera, Scholes dan Gibson menggantikan Anderson dan Giggs yang beraksi cemerlang tempoh hari. Dengan formasi 4-5-1, Rooney dan Nani bermain di bahagian sayap untuk membantu Berbatov sebagai penyerang tunggal.


Kredit : Soccernet

Akibatnya, pasukan United gagal menemui rentak pada pertengahan babak pertama sekaligus membenarkan Blackpool mendominasi gerakan di bahagian tengah. Blackpool menjaringkan gol pertama melalui sepakan suduk kapten pasukan Charlie Adam dan tandukan bekas pemain United, Cathcart meletakkan Blackpool di hadapan pada minit ke -15. Tersentak dengan gol tuan rumah, United cuba mengatur gerak untuk menyamakan kedudukan. Namun kebuntuan idea serta taktik yang mudah dibaca tidak membuah sebarang hasil. Sebaliknya, Blackpool pula menambah jaringan pada minit ke - 43 juga berpunca dari sepakan sudut.

Taktik yang digunakan oleh Blackpool sewaktu sepakan sudut adalah dengan menarik perhatian 2 pemain pertahanan United, Vidic dan Smalling untuk tidak berada pada kawasan '6 yard box' dan menghantar bola pada kawasan itu untuk disudahkan oleh rakan sepasukan. Kedua-dua gol berpunca dari taktik bijak ini.


Kredit : Google

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-0. Ferguson yang tersedar akan kesilapan taktik yang digunakan segera memasukkan pemain veteran Giggs untuk menggantikan Gibson yang sangat mengecewakan. Dengan formasi 4-4-2 (terbaik United) asakan demi asakan dilancarkan ke kubu Blackpool untuk mencari gol. Pada minit ke - 66 Rooney dikeluarkan untuk memberi laluan kepada penyerang Mexico 'Chicharito'. Ferguson kini menagih khidmatnya untuk menyelamatkan maruah serta rekod tanpa kalah pasukan United. 

Tips : Gunakan formasi dan pemain terbaik yang anda miliki jika perlawanan itu sangat penting. Setelah selesa mendahului anda boleh rehatkan pemain itu untuk mengelakkan kecederaan atau mengekalkan kecergasan beliau. Dalam kes United, Ferguson merombak bahagian tengah United dengan Giggs(yang dikeluarkan awal dalam perlawanan sebelumnya) dan Anderson berada di bangku simpanan walhal mereka bermain dengan begitu cemerlang ketika membelasah Birmingham. 


Kredit : Soccernet

Penyudahnya, Berbatov berjaya menjaringkan gol pertama United pada min ke -72 hasil hantaran lintang Fletcher. Selang 2 minit Giggs bijak mencari 'Chicharito' yang melepaskan diri dari perangkap offsaid untuk menjaringkan gol penyamaan. United mengekalkan momentum dan terus menyerang dan Berbatov sekali lagi menjadi wira dengan gol kemenangan pada minit ke - 88. Masa tambahan 10 minit (perlawanan dihentikan ekoran kecederan teruk yang dialami Rafael) memberi ruang kepada Blackpool untuk mencari gol penyamaan. Namun, kekentalan benteng pertahanan United berjaya mengekang asakan pasukan lawan. Keputusan penuh Blackpool 2 - Manchester United 3




Glory, Glory Man Utd!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

4 Responses to " Manchester United Pamer Aksi Sang Juara | Blackpool 2 - 3 Man Utd "

  1. amin Says:

    dah agak dah man u mesti menang..
    cemas seketika jer..

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. hans Says:

    semalam kedai mamak dekat rumah aku riuh gila
    hahahaha

    Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  3. mie Says:

    uih!!!
    nyaris seri..
    ehheehee

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  4. Que Says:

    r-mean : xleh blah la line up mlm 2..aku hangin sgt..xsuke bile alex gamble away from home

    hans: harus la..superb comeback 2..klu klh sume senyap..hehe

    mie : aku cuak..simple gle gol blackpool

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets