Home » , , , , , » Robin Van Persie Sah Berpindah Ke Manchester United | Perpindahan EPL 2012/2013

Robin Van Persie Sah Berpindah Ke Manchester United | Perpindahan EPL 2012/2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

BREAKING NEWS!!

"Penyerang sensasi Belanda & Arsenal Robin Van Persie disahkan berhijrah ke Manchester United sebelum bulan Syawal menjelma"


Demikianlah bunyi tajuk-tajuk akhbar di London sejurus khabar angin yang bertiup kencang akhirnya menjadi kenyataan.


Harga 24 Juta Pound bersamaan RM 199 Juta dipersetujui oleh kelab Arsenal dan Manchester United. Van Persie dijangka menyertai rakan-rakan hujung minggu ini selepas lulus ujian kecergasan.


Gambar Van Persie memakai Jersi Manchester United

robin van persie pindah ke united,van persie pindah ke manchester united,harga van persie ke united,spekulasi perpindahan van persie ke manchester,gambar van persie manchester united,imej van persie pakai jersey jersi manchester united,tarikh perpindahan van persie,robin van persie sah ke manchester united man utd,perpindahan van persie man utd




Spekulasi mengenai keengganan Van Persie untuk menyambung kontrak di Arsenal sudah menjadi bual mulut peminat bola sepak sebelum bermula Euro 2012 lagi.


Arsene Wenger yang menyedari kemungkinan kehilangan penyerang berbisa itu dengan pantas menyambar pemain Jerman, Lukas Podolski dan Olivier Giroud dari Perancis


Harga tinggi yang ditawarkan dan masa yang singkat menyebabkan Arsenal bersedia melepaskan Robin Van Persie yang mengikuti jejak langkah Fabregas dan Nasri yang telah berjaya memenangi trofi bersama kelab masing-masing.


Persaingan menjadi lebih sengit di Old Trafford dengan penyerang sedia ada seperti Rooney, Wellbeck, Chicharito & Berbatov. Mungkin Van Persie bakal menjadi gandingan hebat bersama Wayne Rooney dengan kelebihan kaki kiri beliau.


Robin Van Persie Sah ke Manchester United
robin van persie pindah ke united,van persie pindah ke manchester united,harga van persie ke united,spekulasi perpindahan van persie ke manchester,gambar van persie manchester united,imej van persie pakai jersey jersi manchester united,tarikh perpindahan van persie
Gandingan mantap musim 2012/2013



Van Persie berjaya menjaringkan 30 gol dalam musim EPL 2011/2012 dan Rooney pula tidak jauh dibelakang dengan 27 gol. Mampukah gandingan ini merampas semula takhta EPL dari Manchester City??


P/s : Jangan jadi macam Torres masa mula2 masuk Chelsea sudahlah ye.


Jadual EPL Musim 2012/2013 Live @ Astro
 
 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Robin Van Persie Sah Berpindah Ke Manchester United | Perpindahan EPL 2012/2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets