Home » , » Portugal Negara Terakhir Layak Ke Euro 2012 | Senarai Penuh 16 Pasukan

Portugal Negara Terakhir Layak Ke Euro 2012 | Senarai Penuh 16 Pasukan

Penulis: Que | Kategori: ,

Cristiano Ronaldo menjadi pemangkin kepada pesta gol ketika perlawanan terakhir 2nd leg play off antara Portugal vs Bosnia Herzegovina awal pagi tadi. Sepakan percuma yang cantik seawal minit ke-8 disusuli rembatan jarak jauh Nani selang 16 minit meletakkan Portugal selesa didepan. Walaupun Bosnia cuba bangkit memberi saingan namun beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh 40 minit cukup sukar.

Portugal 6 - 2 Bosnia Herzegovina




Setelah Croatia, Republic Of Ireland dan Czech Republic masing-masing mengesahkan tempat ke Euro 2012, peminat beralih kepada perlawanan tumpuan di Stadium of Light, Lisbon. Portugal membariskan ramai pemain ternama seperti Pepe, Fabio Coentrao, Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Raul Meireles (Chelsea) dan Nani (Manchester United)



Dengan berakhirnya perlawanan play off ini tiada kejutan berlaku apabila semua pasukan pilihan yang diundi bertemu pasukan kedua tidak mempunyai masalah besar. Mungkin selepas ini badan Persatuan Bola Sepak Eropah boleh berbincang tentang pengasingan ini kerana perlawanan play off akan lebih menarik jika pasukan handalan diundi sesama sendiri.



Keputusan Penuh Perlawanan 2nd leg Play Off Euro 2012

Kredit uefa.com





Ia juga boleh dikatakan seperti penalti kerana gagal melayakkan diri secara automatik menerusi perlawanan peringkat kumpulan. Pasukan bukan pilihan selalunya menghadapi masalah untuk layak ke pusingan akhir kerana terpaksa bermain 8 - 10 games. Jadi apa salahnya undian play off dilakukan secara terbuka dan kita boleh tengok perlawanan yang lebih adil.



Highlight Perlawanan Play Off Euro 2012 | Portugal vs Bosnia Herzegovina


Portugal
Cristiano Ronaldo 8’, 53’ , Nani 24’, Hélder Postiga 72’, 82’, Veloso 80’ 

Bosnia
Misimovic 41’ (pen.) , Spahic 65’




Berikut senarai terakhir 16 pasukan yang layak ke peringkat undian kumpulan Euro 2012 





p/s : Undian peringkat kumpulan Euro 2012 akan dilangsungkan pada 2 Disember 2011

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Portugal Negara Terakhir Layak Ke Euro 2012 | Senarai Penuh 16 Pasukan "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets