Home » , » Meninjau Kekuatan Arsenal vs Malaysia XI | Arsenal Training Session 12 Julai 2011

Meninjau Kekuatan Arsenal vs Malaysia XI | Arsenal Training Session 12 Julai 2011

Penulis: Que | Kategori: ,

Salam 1 blog! Semalam aku berpeluang menyaksikan sesi latihan pemanas badan pasukan gergasi Eropah, Arsenal yang bakal menentang Malaysia malam ini jam 8.45 pm. Mula2 takde dalam plan pun sebab pass tak dapat. Sekali rezeki datang bergolek plak untuk update masuk blog ni..Hehe. Sebagai fan Man Utd dan EPL aku tak kesah la kan. Alang2 Sir Alex lantik aku jadi scout kat sini. Redah je la jam yang tak hengat punye. 1 jam setengah baru aku sampai Stadium Nasional Bukit Jalil. Ingatkan training session ni tak ramai sangat. 

Malaysia vs Arsenal | Arsenal Training Session 12 Julai 2011



Buat pasukan Malaysia, melalui pemerhatian aku pasukan Arsenal ni memang hebat. Namun mungkin faktor keletihan dan cuaca menyukarkan mereka untuk beraksi pada tahap yang sebenar. Tugasan berat menanti bek kiri dan kanan pasukan negara kerana kelincahan Theo Walcott dan Arshavin semalam memberi gambaran mereka akan menjadi masalah buat Malaysia.





Semua orang tau Arsenal main possession fooball dan counter attack. Seeloknya Malaysia bermain formasi 4-5-1 pada awal permainan untuk membaca serta menyukarkan gerakan Arsenal di bahagian tengah. Kewibawaan Shafiq dan Amar ditagih pada malam ini untuk mengawal permainan serta tidak melakukan kesilapan kerana ia akan menghukum barisan pertahanan negara.




Perlu diberi perhatian juga kepada Nasri, Van Persie & Wilshere yang mampu membuat percubaan dari jarak jauh. Kelebihan fizikal mungkin akan digunakan sepenuhnya oleh pasukan Arsenal apabila mereka mendapat sepakan percuma atau sepakan sudut. Keupayaan Vermaeleen dan Koscielny untuk menanduk bola boleh menimbulkan suasana kelam kabut dalam kawasan penalti pasukan Malaysia.




Sedikit tips buat pasukan kebangsaan, cuba menyerang di sebelah kiri Arsenal kerana bahagian 2 nampak ada kelemahan selepas Clichy berpindah ke Man City. Posisi beliau diambil Kieran Gibbs dan sama ada S. Kunanlan @ Amirul Hadi boleh uji kekuatan mereka.



Saya Que melaporkan dari Stadium Nasional Bukit Jalil untuk Blog Kafe Que. Sekian terima kasih. 

Majulah sukan untuk negara!!


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Meninjau Kekuatan Arsenal vs Malaysia XI | Arsenal Training Session 12 Julai 2011 "

  1. De Mois Says:

    Terbaik bro..ni fergie suruh scout yea. ada sangkut mana2 player malaysia tak?

    Menarik di SuaraSendiri
    Teori lucu jelajah EPL ke

    Malaysia

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:

    de mois : aku pernah cdgkan khairul fahmi dlu..tp die kate still mude lg n xkonsisten..

    klu midfield aku minat gary steven robat. gaya die control game mmg sesuai jd def mid kat man u ;p

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets