23
Jul
2011
Home
»
bola sepak
,
sukan
»
Live Malaysia vs Singapura Kelayakan Piala Dunia 2014 | Analisis EPL Asia Tour 2011
Live Malaysia vs Singapura Kelayakan Piala Dunia 2014 | Analisis EPL Asia Tour 2011
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , sukan
Malam ini pasukan Malaysia akan bertandang ke Stadium Jalan Besar Singapura bagi meneruskan perjuangan dalam kelayakan Piala Dunia 2014 untuk perlawanan pertama (23 Julai 2011) sebelum perlawanan kedua (28 Julai 2011) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedua pasukan telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi lawan masing-masing.
Live Streaming @ Kafe Que | Astro Arena & TV2 | 7.30 pm 23 Julai 2011
Update : Singapura 5-3 Malaysia | Kelayakan Piala Dunia 2014
kredit : http://portalsukan.com
Pasukan Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Arsenal dan 3-6 kepada Liverpool dalam siri EPL Asia Tour 2011 baru-baru ini. Singapura pula menewaskan Taiwan (lawan Malaysia dalam pusingan pertama tempoh hari) dengan 3-2. Permainan psikologi telah dimulakan apabila pasukan Taiwan melabel Singapura lebih sukar berbanding Malaysia.
Kita perlu melihat dari sudut positif. Barisan pertahanan dan serangan kita memang ada sedikit masalah. Aku ada buat sedikit analisis berdasarkan perlawanan melibatkan Harimau Malaya menentang Arsenal dan Liverpool. Jom kita tengok di mana kekuatan dan kekurangan Malaysia sebelum berdepan Singapura di tempat lawan.
Analisis Bola Sepak @ Kafe Que | Malaysia vs Arsenal : EPL Asia Tour | 13 Julai 2011
Dah tengok? Aku bukan nak cari kesalahan Malaysia.. Kalau korang suh aku main memang aku pancit dan tak reti pun. Apa yang aku paparkan ni hanya untuk dikongsi sebagai panduan semua. Tak dinafikan Arsenal memang hebat dengan ramai pemain antarabangsa. Namun.. Dengan taktik yang betul serta komitmen yang lebih tinggi mungkin kita tidak dibelasah hingga 4 gol. Penah aku tekankan dalam entri sebelum (klik) waktu aku scout Arsenal punya training. Malaysia perlu cuba main formasi 4-5-1. Hmm..Tapi malam tu still Datuk K.Rajagobal pakai 4-4-2 (formasi yang sama masa lawan Taiwan yang nyaris menyingkirkan Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia)
Contoh formasi 4-5-1 yang boleh bertukar menjadi 4-3-3 ikut keadaan
kredit : wikipedia
Suka aku kongsikan di sini. Formasi yang tepat boleh membantu sesuatu pasukan melakukan gerakan serta mengawal permainan dengan lebih baik. Aku tak kesah kalau Malaysia ada 2 orang striker yang hebat macam Drogba-Anelka atau Rooney-Chicharito.. Masing-masing boleh contribute dalam gerakan satu sama lain. Malaysia hanya ada Safee Sali & Shahrul Idlan yang betul-betul ada teknik serta larian yang boleh mengelirukan pertahanan lawan. Kalau salah sorang injured takkan kita perlu main 4-4-2 jugak?? Come on.. Real Madrid, Barcelona, Arsenal, Chelsea pun jarang main 4-4-2. Renungkanlah ye.
Analisis Bola Sepak @ Kafe Que | Malaysia vs Liverpool : EPL Asia Tour | 16 Julai 2011
Sori dalam video ni xde gol last Dirk Kuyt.Tak perasan pulak..Maaf ye ;)
Dan dalam perlawanan menentang Liverpool kita bolos 6 pulak..Lagi banyak..Apa yang membanggakan aku ialah kita berjaya merobek pertahanan Liverpool dan menjaringkan 3 gol. 2 gol oleh Safiq (freekick) dan gol kedua Safee memang cukup cantik. Aku suke la dorang ni!! Dah2 jangan emosi sangat. Masalah besar sekarang barisan pertahanan Malaysia yang sangat rapuh. Kalau korang dah tengok video atas tu.. Banyak gol berpunca dari belah kiri. Man marking sangat lemah dan ini perlu dielakkan ketika bertemu Singapura malam ini.
p/s : Malaysia kena cari gol tempat lawan at least 1 pun jadi la. Defend jangan beri terlalu banyak ruang macam lawan Arsenal & Liverpool (kot ye pun hormat tetamu)
Gambar yang menarik : Aku dapat kat sini
Untuk game Malaysia vs Chelsea FC.. Aku cuma nak ucapkan tahniah pada barisan Harimau Muda (ada gak yang xleh beza Harimau Malaya@Harimau Muda) kerana berjaya mengekang asakan Chelsea terutamanya Torres tu. Peluang kita yang last 2 memang sayang. Thru ball cantik giler ar.. Alih-alih gol kontroversi gak yang Chelsea dapat. Takpe la bukan 1st time pun dorang menang camtu (bese r referee wat mistakes gak).
Jangan lupa saksikan perlawanan (1st leg) pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014
Singapura vs Malaysia
23 Julai 2011 , 7.30 malam
Siaran Langsung @ Astro Arena & TV2
Live Streaming @ Kafe Que Skrin PC & Laptop Anda
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
July 26, 2011 at 12:21 AM
defend malaysia cam tak fokus
tak seperti mana masa main AFF cup dulu