Home » , » Analisis Perlawanan Malaysia vs Singapura | Misi Piala Asia 2015 Bermula

Analisis Perlawanan Malaysia vs Singapura | Misi Piala Asia 2015 Bermula

Penulis: Que | Kategori: ,

Sebaik sahaja wisel penamat ditiup pada malam 28 Julai 2011, pastinya ramai peminat bola sepak tanah air kecewa apabila Malaysia terpaksa melupakan hasrat beraksi di peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014. Keputusan seri 1-1 gagal  menepati sasaran awal negara untuk menang dengan kelebihan 2 gol di hadapan penyokong sendiri.


Apek membukti bahawa beliau merupakan penjaga gol no.1 negara


Singapura yang bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan berbekalkan kemenangan 5-3 tidak hanya bertahan. Sebaliknya mereka lebih banyak menguji benteng pertahanan Malaysia yang sangat rapuh. Yang membanggakan penulis hanyalah aksi cemerlang Khairul Fahmi Che Mat serta penyerang berbisa, Safee Sali.


Keputusan Perlawanan Malaysia vs Singapura 1-1 | 28 Julai 2011
Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia





Pelbagai faktor mengiringi kekalahan Malaysia kepada musuh tradisi Singapura. Kelemahan pertahanan meranapkan impian Malaysia setelah kita berjaya mendapatkan gol pertama. Tidak pasti mengapa pertahanan kita begitu lemah mengawal penyerang Singapura dalam 2 perlawanan itu. Adakah faktor fizikal mereka lebih besar atau kita kurang mahir menggunakan taktik zonal marking. Jika tidak kerana kecekapan Apek mungkin permainan malam itu sudah tamat pada separuh masa pertama. Perangkap offsaid yang cuba dilakukan seringkali tidak menjadi dan hampir-hampir menghukum pasukan Harimau Malaya.


Khairul Fahmi beraksi cemerlang pada pertemuan Malaysia vs Singapura | 28 Julai 2011






Selain itu, mungkin ada yang menyalahkan keputusan perlawanan pertama di Singapura yang menyaksikan kita bolos 5 gol sekaligus menyukarkan misi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Apakah yang akan terjadi sekiranya Khairul Fahmi diturunkan dalam perlawanan itu? Bukan mudah sebenarnya tugas jurulatih untuk memilih pemain terbaik mereka. Lebih-lebih lagi jika prestasi pemain yang tidak konsisten yang ditunjukkan. Sir Alex Ferguson dan Mourinho juga pernah membuat kesilapan dalam perlawanan penting. Jadi tidak wajar kita menyalahkan Datuk K. Rajagobal sepenuhnya.



keputusan penuh malaysia vs singapura kelayakan piala dunia zon asia 2014,highlights video gol malaysia vs singapura 2011,analisis penuh malaysia vs singapura 28 julai 2011,formasi taktik malaysia vs singapura,punca malaysia kalah kepada singapura,faktor kekalahan malaysia vs singapura,khairul fahmi che mat beraksi cemerlang,video khairul fahmi che mat,piala asia 2015 di australia,harimau malaya dan harimau muda



Faktor seterusnya, apakah taktik pasukan Malaysia pada malam itu berhasil? Formasi yang digunakan mungkin 4-4-1-1 dengan Abdul Hadi bertindak selaku 2nd striker. Tapi kita tidak banyak mencipta peluang dari sebelah sayap kiri dan kanan. Apabila pemain kita mendapat bola, kita gemar memegang bola lama sedangkan kita patut melorongkan bola kepada pemain sayap untuk membuka ruang kepada penyerang melakukan larian ke atas. Akhirnya hantaran kita mudah dipatahkan oleh pemain Singapura dan kita kembali berada dalam situasi bertahan dan tertekan.




Faktor terakhir yang dapat dilihat adalah lakonan dan sandiwara pemain Singapura untuk melengahkan masa. Sebenarnya taktik ini digunakan oleh kebanyakan pasukan yang sedang mendahului. Tujuannya?? Menggangu tempo perlawanan supaya pasukan lawan terpaksa mencari rentak semula. Persoalannya mengapa kita menunggu begitu lama untuk mancari gol?



keputusan penuh malaysia vs singapura kelayakan piala dunia zon asia 2014,highlights video gol malaysia vs singapura 2011,analisis penuh malaysia vs singapura 28 julai 2011,formasi taktik malaysia vs singapura,punca malaysia kalah kepada singapura,faktor kekalahan malaysia vs singapura,khairul fahmi che mat beraksi cemerlang,video khairul fahmi che mat,piala asia 2015 di australia,harimau malaya dan harimau muda



Bermainlah dengan cara yang biasa kita main. Hantar bola kepada pemain yang tidak dikawal. Cari ruang di kiri dan kanan untuk melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti (ikut keadaan sama ada perlu tinggi atau rendah). Main simple jangan terlalu menunjuk skill dalam situasi tidak sesuai. Pertahanan harus tight marking lawan supaya tidak ada ruang mereka melakukan gerakan. Rampas bola di hadapan bukan menunggu di belakang pemain lawan.


Singapura hanya memerlukan 3 sentuhan untuk menyamakan kedudukan ketika menentang Malaysia. Goalkeeper freekick > Duric header > Shi Jiyai placing.. Goal!!


Apapun yang terjadi, kita semua perlu sentiasa menyokong pasukan Harimau Malaya. Bukan hanya ketika Malaysia menang sahaja. Potensi untuk pergi lebih jauh ada. Cuma perlu perkemaskan corak bertahan dan taktik permainan. Mungkin Harimau Malaya boleh belajar dari Harimau Muda dalam aspek tertentu. Jika kita gagal menyaingi 5 orang pemain import Singapura, bagaimana kita mahu berdepan pasukan seperti England, Sepanyol dan Brazil di World Cup 2018.



keputusan penuh malaysia vs singapura kelayakan piala dunia zon asia 2014,highlights video gol malaysia vs singapura 2011,analisis penuh malaysia vs singapura 28 julai 2011,formasi taktik malaysia vs singapura,punca malaysia kalah kepada singapura,faktor kekalahan malaysia vs singapura,khairul fahmi che mat beraksi cemerlang,video khairul fahmi che mat,piala asia 2015 di australia,harimau malaya dan harimau muda


Terima kasih kepada semua yang telah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam 28 Julai 2011. Anda semua adalah wira negara yang wajar dipuji!!

p/s : Entri ini ditulis atas desakan peminat Harimau Malaya, Mamat (www.ceritamamat.com) Hehe..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Analisis Perlawanan Malaysia vs Singapura | Misi Piala Asia 2015 Bermula "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets