24
Jun
2011
Home
»
bola sepak
,
sukan
»
Keputusan Penuh Perlawanan Kelayakan Olimpik Pusingan Kedua | Malaysia 2 - 1 Lubnan
Keputusan Penuh Perlawanan Kelayakan Olimpik Pusingan Kedua | Malaysia 2 - 1 Lubnan
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , sukan
Pertamanya, sekalung tahniah untuk wira-wira negara. Baik dari pemain, pengurusan, jurulatih hingga kepada penyokong. Semua memainkan peranan yg penting dlm misi besar Malaysia semalam. Usaha selama lebih 3 tahun kini menampakkan hasil. Skuad Olimpik 2012 kini maju setapak lagi. Malaysia 2 - 1 Lubnan. Tahniah sekali lagi kerana melayakkan diri ke peringkat kumpulan.
Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini
Kredit : Astro Arena
Aku sebagai peminat bola sepak kebangsaan bangga giler dgn persembahan anak buah Ong Kim Swee. Terharu melihat corak permainan yg sebelum ini hanya dpt dilihat oleh pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea, Iran & China. Penyudah untuk gol pertama oleh Irfan Fazail pada min ke-9 berada pada kelas tersendiri. Sepakan volley yg ckup deras gagal diselamatkan oleh penjaga gawang pasukan Lubnan. Aku pun belum tentu leh save :)
Namun jika dilihat dari corak permainan masih ada ruang yg perlu diberi perhatian. Terutamanya hantaran pendek yg dilihat sering kali mudah dipatahkan oleh pemain Lubnan. Bahaya cukup bahaya disebabkan taktik Lubnan yg mempunyai pemain berskill tinggi serta fizikal yg besar gemar bermain hantaran jauh. Skuad Harimau Muda menghadapi masalah untuk merampas kembali bola sehingga hampir2 menghukum barisan pertahanan negara.
Kredit : Wikipedia
Mujur nasib menyebelahi kita. Sehinggalah pada minit ke-41, Gary Steven Robbat (penerima kad merah pd min ke-50) melorongkan bola cantik atau dlm english term dipanggil "defence spliiting pass" tepat pada larian bijak Wan Zack Haikal untuk mudah menolak masuk gol ke-2 Malaysia. Kredit aku harus berikan kepada Gurusamy & Gary Steven yg begitu bijak mengawal bahagian tengah. Mematahkan serangan lawan dan melorongkan bola dalam kawasan bahaya Lubnan.
Mungkin sedikit kekalutan yg berlaku apabila Malaysia terpaksa menamatkan perlawanan dgn 10 orang pemain. Sebelum itu, jelas Malaysia mengawal permainan dgn baik. Benteng negara yg dibarisi Muslim dan Fadhli serta Khairul Fahmi selaku penjaga gol mengawal kemas setiap asakan pemain Lubnan. Pemain Lubnan yg menarik perhatian aku adalah Mohamad Haidar. Beliau byk mengucar kacirkan pertahanan negara dan hampir menjaringkan gol cantik di sebelah kanan pintu gol Malaysia.
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Affize Faisal Mamat (Wan Zaharulnizam Zakaria), Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Irfan Fazail (Izzaq Faris Ramlan), K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Syahrul Azwari Ibrahim (Abdul Shukur Jusoh).
LUBNAN: Mohamad Dakramanji, Jad Noureddine (Rabih Ataya), Omar Ouaida, Nour Mansour, Chadi Atie (Mustapha Chahine), Haytham Faour, Abdallah Taleb, Mohamad Haidar, Kassem Leila, Ali Bazzi (Hassan Chaito), Mahmoud Kojok.
PENGADIL: Toma Maasaki (JEPUN)
MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Affize Faisal Mamat (Wan Zaharulnizam Zakaria), Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Irfan Fazail (Izzaq Faris Ramlan), K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Syahrul Azwari Ibrahim (Abdul Shukur Jusoh).
LUBNAN: Mohamad Dakramanji, Jad Noureddine (Rabih Ataya), Omar Ouaida, Nour Mansour, Chadi Atie (Mustapha Chahine), Haytham Faour, Abdallah Taleb, Mohamad Haidar, Kassem Leila, Ali Bazzi (Hassan Chaito), Mahmoud Kojok.
PENGADIL: Toma Maasaki (JEPUN)
Keputusan Penuh Perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik
Kredit : Wikipedia
Halangan Malaysia selepas ini? Jom kita lihat.
Pasukan yg layak ke peringkat seterusnya:
1) Qatar
2) Iraq
3) Bahrain
4) Australia
5) Jepun
6) Syria
7) UAE
8) Korea Selatan
9) Uzbezkistan
10) Arab Saudi
11) Oman
12) Malaysia
Dapatkan SAMSUNG GALAXY S2 di sini
12 pasukan yg layak akan dibahagikan kepada 3 kumpulan (4 negara setiap kumpulan)Undian akan berlangsung di AFC House pada 7 Julai 2011Perlawanan akan berlasung sekitar bulan September (lepas raya la ni ;p)
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..