Home » » Chelsea Merisik Fernando Torres | Lin Dan Tundukkan Pemain No 1 Dunia

Chelsea Merisik Fernando Torres | Lin Dan Tundukkan Pemain No 1 Dunia

Penulis: Que Haidar | Kategori:

Panass, mendebarkan, pelik tapi benar.. Desas desus perpindahan Fernando Torres ke Chelsea kini semakin hangat diperkatakan.. Siapa tak kenal Torres. Penyerang kebangsaan Sepanyol dan Liverpool yang cukup digeruni oleh mana2 defender pasukan lawan.. Memiliki penyudah yang berbisa serta skill kawalan bola yang tinggi menarik minat kelab ternama dunia untuk memancing khidmat beliau. 

Kredit : Google


Terbaru dalam sesi perpindahan bulan Januari, Chelsea mula menagih khidmat beliau bagi menyelamatkan misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Ketinggalan 10 mata dibelakang Manchester United, (hebat ke team ni??) Chelsea tidak akan menyerah kalah dengan baki 15 perlawanan. Liverpool yang melalui musim sukar, memaksa Torres untuk membuat keputusan meninggalkan pasukan itu dan menyambar peluang bermain dengan pasukan yang lebih baik.



Koleksi penyudah Torres dan mengapa beliau diperlukan Chelsea ketika ini..



Terbaru Chelsea melancarkan bidaan 50 Juta Euro (RM 210 Juta) untuk mendapatkan pemain itu. Jika hasrat ini termakbul maka pasukan The Blues itu akan mempertaruhkan serangan 3 serangkai Anelka-Drogba-Torres yang bakal menggegar dan mencabar bola sepak eropah terutamanya pasukan terbaik di kala ini, Barcelona. Kebolehan Torres melakukan sesuatu diluar jangkaan bakal menguntungkan pasukan Chelsea yang kini banyak bergantung kepada Lampard dan pemain tengah untuk menghasilkan gol. Sebelum pintu perpindahan ditutup beberapa jam lagi, kita akan mengetahui sejauh mana kebenaran dan keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua kelab.


Kredit : Google


Dalam pada itu, sedikit berita mengenai keputusan perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Korea 2011 antara Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei. Tahniah dan syabas untuk kedua-dua pemain yang mempamerkan aksi menarik sepanjang kejohanan. Tak dinafikan Chong Wei kalah pada jaguh sebenar badminton dunia. Walaupun hanya berada pada ranking ke-4 dunia, Lin Dan membuktikan beliau masih pemain terbaik di arena badminton ini. Chong Wei pula banyak melakukan kesilapan mudah apabila gagal menjangka bola keluar dengan tepat sehingga memberikan mata mudah kepada Lin Dan. Mungkin ketiadaan Misbun dirasai beliau tamabahan pula di saat genting bertemu dengan musuh utama.



Sedutan perlawan akhir Lin Dan vs Chong Wei


Lin Dan nampak lebih bersemangat dengan permainan psikologinya. Bijak memberi tekanan kepada pihak lawan dengan gaya tangan serta mimik muka. Chong Wei pula nampak seperti pemain yang sangat innocent dan jujur dalam memburu kemenangan. Namun apakan daya, nasib tidak menyebelahi beliau. Lin Dan nyata lebih unggul dalam permainan 3 set. Lin Dan menang 21-19, 14-21, 21-16. Kembalilah Misbun, Chong Wei masih lagi perlukan nasihat dan bimbingan anda..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Chelsea Merisik Fernando Torres | Lin Dan Tundukkan Pemain No 1 Dunia "

  1. MieL Says:

    pembetulan...
    time nie Lin Dan berada di ranking no6

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. SpaQue Says:

    Miel: thanx ats komen yg diberikan. aku letak ranking no 4 dunia berdasarkan fakta. Boleh cek dlm sedutan video minit 1:03 dan juga link ini Ranking Badminton Dunia

    Seeding ni dlm BM kite panggil pilihan kejohanan.So lin dan diletakkan no 6..Kalau salah mintak maaf..Hanya berkongsi info

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets