Home » , , , » UCL : Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan Kalah Mati

UCL : Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Penulis: Que | Kategori: , , ,

12 mata dari 4 perlawanan sudah cukup untuk memastikan Manchester United layak ke pusingan kalah mati (last 16). Sekaligus memadamkan episod hitam tersingkir awal pada musim lalu. Ada yang berkata yang Manchester United diundi dalam kumpulan senang.(CFR Cluj, Braga dan Galatasaray). Sebenarnya dalam kejohanan UCL tiada yang mudah.

Keputusan Perlawanan UEFA Champions League | FC Braga vs Manchester United

jadual perlawanan uefa champions league,senarai pasukan yang layak ke pusingan kalah mati UEFA 2012 2013,manchester united layak ke pusingan 16 terakhir UCL


Bertemu dengan lawan yang tidak pernah dihadapi sebelum ini apa-apa boleh berlaku. Hanya fokus dan menyudahkan peluang terhidang dapat memberi kemenangan 3 mata. Pemain muda United nampak lebih bersedia dan matang kali ini.


Seperti biasa, SAF akan rotate player untuk perlawanan liga hujung minggu ini. Sekali lagi line-up gamble menjadi kegemarannya. Valencia menggantikan Rafael di bek kanan. Welbeck, Giggs, Chicharito, Smalling dan Nani antara pemain yang mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Keputusan perlawanan Braga 1 - 3 Manchester United.


Mungkin ada hikmah lampu limpah yang terpadam 10 minit. Memberi sedikit masa bagi pasukan United mengatur strategi dan memasukkan Robin Van Persie, Ferdinand dan Rafael untuk menyuntik semangat pasukan United yang agak kurang kreativiti. Gol Van Persie hasil kesilapan penjaga gol Braga mengubah permainan. 10 minit terakhir dikuasai United dan berjaya menambah dua lagi gol menerusi Rooney dan Chocharito.


Sah menjadi juara Kumpulan H, baki 2 perlawanan akan digunakan sebagai ruang pemain muda menimba pengalaman di peringkat eropah. Ini akan memberi kelebihan buat United untuk fokus dalam kejuaraan EPL pula. Perlawanan midweek agak mencabar dan pesaing EPL yang lain seperti Chelsea dan Manchester City bakal berdepan cabaran sukar untuk melayakkan diri.


Isu kecergasan, pergantungan dan kecederaan akan memainkan peranan dalam perebutan juara EPL musim ini. SAF merupakan pengurus berpengalaman dalam mengekalkan kecergasan dan rotation pemain. Chelsea bermula dengan baik dan mereka menurunkan pemain utama dalam setiap perlawanan. Kita tunggu selepas Januari sama ada mereka masih mampu memberi persembahan yang konsisten.




Manchester City wakil England yang diundi dalam kumpulan maut bersama Real Madrid (Juara La Liga), Dortmund (Juara Bundesliga) dan Ajax (Juara Dutch Eredivisie) hanya mampu mengutip 2 mata dari 4 perlawanan. Kini menduduki kedudukan tercorot seolah-olah menggambarkan kekuatan EPL di bawah liga Spain, Germany dan Holland.


Mungkin ini strategi Mancini yang mahu mempertahankan kejuaraan EPL setelah menang tipis musim lalu. Manchester City sudah terkeluar dari Piala Liga dan mungkin akan tersingkir awal dalam Champions League. Tumpuan lebih boleh diberikan kepada EPL dan FA Cup sahaja.




Pasukan Celtic mencatat sejarah tersendiri apabila menewaskan gergasi Eropah, Barcelona di laman sendiri. 2 minggu lalu mereka hampir-hampir sahaja mencuri 1 mata di Camp Nou tetapi gol tuan rumah di minit akhir perlawanan memberi kemenangan kepada Barcelona. Ini menunjukkan yang pasukan yang layak ke UCL bukan sebarang pasukan dan mereka masih mampu mengejutkan pasukan handalan jika tidak diberi perhatian.


Arsenal yang sudah hilang arah masih bergelut untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Tewas kepada Manchester United minggu lalu dengan persembahan hambar, mereka mensia-siakan kelebihan 2 gol dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan 1 mata.


Juara kumpulan akan diundi bertemu pasukan naib juara yang mana pasukan senegera tidak akan bertemu sesama sendiri dalam peringkat 16 pasukan terakhir.


Highlight Perlawanan UCL Peringkat Kumpulan | FC Braga vs Manchester United



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " UCL : Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan Kalah Mati "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets