Home » , , » EPL : Manchester United Dapat 3 Mata | Chelsea Gelabah

EPL : Manchester United Dapat 3 Mata | Chelsea Gelabah

Penulis: Que | Kategori: , ,

Salam peminat bola sekalian.

Dah puas tengok perlawanan semalam? Ya Manchester United menang 3-2 di Stamford Bridge.

Memang agak sukar diterima peminat Chelsea apabila 2 kad merah dilayangkan kepada Ivanovic dan Torres dalam masa 5 minit.


analisis perlawanan chelsea vs manchester united,piala liga carling capital one


Kalau peminat Chelsea merungut pengadil berat sebelah, well itulah hakikat perlawanan bola sepak. Kadang-kadang keputusan memang tak menyebelahi pasukan kita.

Yang peliknya kalau dorang menang atas bantuan pengadil tak pulak bising nak bangkang. Elok pulak bersorak tak ingat dunia.



Manchester United bermula dengan baik dan mendapat 2 gol awal melalui David Luiz (own goal) dan Van Persie (gol ke-9) dalam masa 11 minit.


Chelsea kemudian bangkit dan mendapat rentak dengan gol sepakan percuma Juan mata 2 minit sebelum tamat permainan separuh masa. Gol tersebut berpunca dari kekasaran Rooney terhadap Hazard di kawasan berbahaya.


Separuh masa kedua, Chelsea kembali menyerang benteng United dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-53. Sehinggalah Ivanovic diperintah keluar padang selepas menjatuhkan Ashley Young yang sedang meluru ke arah pintu gol Chelsea. Foul : Goal opportunity = Straight Red Card


Highlight Perlawanan Chelsea vs Manchester United | English Premier League




Jika sebelum ini Manchester United sering kurang bernasib baik di Stamford Bridge, kali ini tuah berpihak kepada United. Jadi peminat Chelsea kena akur dengan keputusan pengadil perlawanan dan bukan menyalahkan Manchester United kerana membeli ref dan sebagainya.


Gol kemenangan Chicharito memang nampak offsaid selepas melihat kepada ulang tayang. Tapi untuk penjaga garisan melihat dalam waktu sebenar adalah sukar kerana dilindungi oleh Peter Cech dan pertahanan Chelsea yang lain. Pujian harus diberikan kepada Chicharito yang pantas menyambar peluang dan menyerahkan kepada pengadil untuk membuat keputusan.
 





Demikianlah permulaan minggu mencabar bagi Manchester United. Pada 1 November 2012 di stadium yang sama Manchester United sekali lagi akan bertemu dengan Chelsea untuk perlawanan pusingan ke-4 Piala Liga @ Capital One sebelum melayan Arsenal di Old Trafford pada 3 November 2012.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " EPL : Manchester United Dapat 3 Mata | Chelsea Gelabah "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets