Showing posts with label terkini. Show all posts

 

Keputusan Live Streaming Bola Malaysia vs Syria 12 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PERSIAPAN PIALA AFF SUZUKI 2014


Keputusan akhir : Malaysia 0-3 Syria

Masa semakin suntuk untuk Dollah Salleh merencana strategi terbaik sebelum ke Piala AFF Suzuki 2014. Dari 3 perlawanan persahabatan antarabangsa, Malaysia hanya mampu menang dengan Kemboja yang jauh di bawah dalam ranking bola sepak FIFA. Kali ini misinya hampir serupa dengan memilih negara yang sedang bergolak di Asia Barat.



Jika dilihat dari corak permainan, Malaysia tidak pernah berubah. Kita gemar bermain hantaran jauh di samping penguasaan bola yang sangat lemah. Ini memaksa bahagian pertahanan bekerja lebih keras dan sentiasa berada dalam keadaan tertekan. Pencarian penyerang berbisa tidak dibantu dengan kehadiran pemain import yang mendominasi liga tempatan seperti yang berlaku pada perlawanan Final Piala Malaysia tempoh hari.



Mengikut ranking terkini FIFA, Malaysia berada di tangga ke-156 dunia manakala Syria di kedudukan 151. Perbezaan ini tidak terlalu besar dan pasukan Harimau Malaya harus menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk melakar kejayaan dan meningkat moral menjelang Piala AFF Suzuki 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Bola Sepak Malaysia vs Kemboja 20 September 2014 Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERSEDIAAN KE PIALA AFF SUZUKI 2014


Keputusan terkini : Malaysia 4-1 Kemboja


Setelah dua kekalahan berturut-turut skuad kendalian Dollah Salleh, mereka beralih kepada negara Kemboja yag dilihat sebagai pasukan picisan untuk melakar kemenangan sulung. Skuad Harimau Malaya tunduk kepada Tajikistan 1-4 dan terbaru Indonesia dengan jaringan 0-2.



Jika dilihat dari corak permainan, pasukan kebangsaan Malaysia tidak pernah berubah. Kita gemar bermain hantaran jauh dan penguasaan bola yang sangat lemah. Ini memaksa bahagian pertahanan bekerja lebih keras dan sentiasa berada dalam keadaan tertekan.



Berbeza dengan skuad junior yang lebih nampak keserasian dan corak permainan yang lebih kemas. Mengikut ranking terkini FIFA, Malaysia berada di tangga ke-154 dunia (Asia ke-28) manakala Kemboja di kedudukan 199 (kedua tercorot di Asia). Tiada alasan buat Malaysia kali ini. Mungkin terlalu awal untuk menyalahkan jurulatih baru tetapi corak dan taktik masih di takuk lama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Sukan Asia Incheon 2014 | Lee Chong Wei Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA DAPAT LALUAN SUKAR



Pasukan badminton negara bakal berdepan cabaran getir dari China untuk kategori berpasukan lelaki dan wanita. Selepas bola sepak memulakan sesi perlawanan lebih awal di peringkat kumpulan, kini acara badminton akan membuka tirai pada 20 September - 4 Oktober 2014.



Dalam sesi undian bulan lepas pasukan lelaki mendapat bye pada pusingan pertama tetapi bakal berdepan dengan China sekiranya mara ke separuh akhir. Bagi kategori wanita pula kita mendapat bye dalam pusingan awal dan akan berdepan dengan China di suku akhir.




Kita lebih meletakkan harapan untuk pasukan lelaki untuk mara ke akhir dan tidak mustahil juga pasukan wanita akan melakukan kejutan. China diperkuatkan dengan kehadiran bekas jaguh dunia dan musuh lama Lee Chong Wei, Lin Dan. Beliau dijangka menjadi perseorangan kedua menentang Chong Wei Feng.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Tajikistan 8 Ogos 2014 | Perlawanan Persahabatan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

DEBARAN DOLLAH


Keputusan akhir : Malaysia 1-4 Tajikistan

Perlawanan pertama Dollah Salleh selaku ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya pastinya ditunggu-tunggu peminat bola sepak tanah air. Ke manakah hala tuju pasukan kebangsaan selepas ini? Kita sibuk menyokong negara lain di Piala Dunia 2014 yang lalu. Kadang-kadang terdetik jugak di hati, 'Bilalah Malaysia boleh berentap di pentas tertinggi lagi?'



Walaupun Tajikistan bukan nama besar bola sepak Asia, tapi mereka menduduki tangga yang lebih tinggi dari Malaysia. Boleh rujuk entri ini. Mungkin 'jurulatih' sebelum Datuk Ong Kim Swee tidak mementingkan ranking. Tapi sebenarnya ranking itu penting! Kenapa Holland boleh diundi sekumpulan dengan Spain? England pula diletakkan dalam kumpulan maut. Semua itu disebabkan ranking lah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Indonesia 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN



Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja menggunguli Terbuka Jepun Ahad lalu akan cuba mempertahankan status juara bertahan Kejohanan Badminton Djarum Terbuka Indonesia 2014. Kejohanan ini telah bermula pada 17 Jun lalu dan akan berakhir pada 22 Jun di Stadium Istora, Jakarta.



Sebelum ini Lee Chong Wei sudah 5 kali menjuarai Terbuka Indonesia (2007,2009,2010,2011,2013). Sudah pasti pemain nombor satu dunia itu tiada masalah dengan tekanan dari penyokong tempatan. Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu Kenichi Tago atau Simon Santoso sekiranya berjaya mara ke pusingan separuh akhir.



Selain Datuk Lee Chong Wei, harapan negara juga tertumpu kepada Chong Wei Feng dan beregu Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong untuk mara ke pusingan seterusnya. Dalam kesibukan demam bola sepak Piala Dunia 2014, jangan ketinggalan untuk dapatkan infomasi terkini tentang  badminton Malaysia di blog ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Dunia 2014 Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

BRAZIL LEPASI HALANGAN PERTAMA



Tuan rumah merangkap juara 5 kali, Brazil bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Croatia 3-1. Seperti dijangka, ayam tambatan Brazil Neymar Jr muncul wira dengan 2 gol. Tahniah kepada mereka yang memilih Neymar sebagai pemain dalam FIFA World Cup Fantasy. 14 mata tu.



Kemenangan sangat penting untuk Brazil kerana juara kumpulan akan mendapat kelebihan dalam undian di pusingan kedua nanti. Croatia mendahului seawal minit ke-11 melalui jaringan sendiri pertahanan Brazil, Marcelo. Jaringan itu umpama amaran kepada pasukan Brazil yang nampak sedikit leka di awal permainan.



Bermain di hadapan penyokong sendiri dan menjadi pasukan pertama beraksi mungkin memberi tekanan. Kita masih menanti pasukan bukan pilihan yang mana bakal melakukan kejutan dalam kempen Piala Dunia 2014 ini. Berikut adalah keputusan penuh setiap perlawanan yang akan dikemaskini dari masa ke masa.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2014 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN

18 hingga 25 Mei 2014, India


Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor satu dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Singapura Sukan SEA 21 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

BURU PINGAT GANGSA

MALAYSIA VS SINGAPURA TEMPAT KE 3/4 SUKAN SEA 2013, LIVE TEMPAT PINGAT GANGSA MALAYSIA VS SINGAPORE

Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Singapura

Harapan untuk melihat pasukan Harimau Muda melengkap hatrick pingat emas Sukan SEA berkecai apabila tendangan penaliti terakhir pemain Indonesia masuk menerjah gawang menewaskan Idzham Tarmizi. Begitulah agaknya kesedihan yang dirasakan oleh pemain Indonesia sewaktu kalah dalam final Sukan SEA 2011. Mungkin ada kelemahan yang kita boleh perbaiki untuk masa akan datang.



Peminat tidak boleh menyalahkan pemain Malaysia 100% kerana dari awal-awal lagi kita sudah diuji dengan kehilangan beberapa tonggak utama yang sudah berlatih selama 2 tahun bersama skuad emas ini. Sususan jadual perlawanan juga tidak memihak kepada kita dengan kesemua perlawanan peringkat kumpulan dipaksa bermain pada waktu 4.00 petang.



Hanya mereka yang berpengalaman sahaja yang tahu betapa penatnya beraksi di dalam cuaca panas. Indonesia pula agak beruntung kerana mendapat kelebihan rehat satu hari berbanding pasukan Malaysia. Jadi faktor begini perlu dinilai sebelum kita meletakkan kesilapan di bahu mereka. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 19 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SELANGKAH SAJA LAGI

LIVE SUKAN SEA MALAYSIA HARIMAU VS GARUDA INDON

Kedudukan semasa : Malaysia (3) 1-1 (4) Indonesia

Malaysia akhirnya menepati ramalan layak ke pusingan separuh akhir walaupun dipaksa bertahan dalam perlawanan menentang Vietnam. Kita gagal menyaingi kepantasan permainan yang ditunjukkan pemain mereka yang begitu inginkan kemenangan. Akhirnya gol lewat perlawanan sekali lagi membantu dan menyusun pertemuan dengan Indonesia.



Gandingan dua penyerang nampaknya kurang berhasil dalam perlawanan besar. Datuk Ong Kim Swee perlu menurunkan Nazmi Faiz di bahagian tengah untuk mengawal tempo permainan. Antara Thamil dan Rozaimi perlu bersaingan untuk mengisi posisi serangan. Saavindran dan Ashri Chucu bermain cemerlang dan boleh dikekalkan.



Formasi 4-5-1 nampak lebih sesuai dengan Malaysia kerana kita bermain secara posession football. Indonesia yang berjaya menewaskan Myanmar tidak boleh dipandang mudah. Mereka juga finalis bola sepak Sukan SEA 2011 sebelum tewas sepakan penalti kepada Harimau Muda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Vietnam Sukan SEA 17 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

JANGAN KALAH!

SUKAN SEA MALAYSIA HARIMAU MUDA VS VIETNAM B23 17 DIS 2013, JADUAL MALAYSIA VS VIETNAM SUKAN SEA 2013

Keputusan akhir : Malaysia 2-1 Vietnam

Petang ini adalah penentu sama ada Malaysia akan layak ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2013 atau pulang dengan tangan kosong. Peluang awal terlepas apabila kita hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura tempoh hari. Malaysia tidak boleh kalah dalam perlawanan menentang Vietnam jika mahu layak seterusnya menjadi juara kumpulan.



Ya benar. Kalau Malaysia seri sekalipun kita akan menjadi juara kumpulan. Kenapa? Nanti kita akan lihat. Jika layak ke pusingan separuh akhir, Malaysia akan bertemu Indonesia yang tidak disangka-sangka menewaskan tuan rumah yang penuh kontroversi, Myanmar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.



Walaupun berkongsi mata, tetapi format Sukan SEA mengambil kira pertemuan kedua pasukan yang terlibat. Apabila Indonesia berjaya mengalahkan Myanmar secara automatik perbezaan jaringan tidak dikira. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Singapura Sukan SEA 15 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

LAYAK ATAU TUNGGU DULU


Kedudukan akhir : Malaysia 1-1 Singapore

Menang petang ini Malaysia akan layak ke pusingan Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2013. Malaysia sudah mengumpul 6 mata dari 2 perlawanan setakat ini manakala Singapura dengan 7 mata dari 3 perlawanan. Perlawanan terakhir kedua pasukan ketika Pesta Bola Merdeka 2013. Dalam perlawanan itu Harimau Muda menang 1-0.



Datuk Ong Kim Swee menegaskan kepada para pemain supaya fokus sepenuhnya dalam perlawanan nanti dan menggunakan kelebihan kecergasan kita berbanding pasukan Singapura yang akan menamatkan saingan peringkat kumpulan hari ini.



Jika Malaysia menang, kita akan mendahului kumpulan A dengan 9 mata dan Singapura di tempat kedua dengan 7 mata. Sebelum ini Singapura menang ke atas Vietnam 1-0 dan Brunei 2-0 tetapi seri dengan Laos 1-1. Malaysia pula menang kedua-dua perlawanan dengan Brunei (2-0) dan Laos (4-1).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Laos Sukan SEA 2013 | 13 Disember Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

BURU 3 MATA

ASTRO LIVE MALAYSIA VS LAOS 2013

Keputusan akhir : Malaysia 4 - 1 Laos

Setelah berhempas pulas untuk menang dalam perlawanan pembukaan menentang Brunei, Malaysia perlu meningkatkan dan perbaiki kelemahan yang sangat ketara dalam perlawanan tersebut. Mungkin masalah mencari rentak menjadi punca pertahanan negara mudah dibolosi berkali-kali. 



Adakah Malaysia memandang rendah keupayaan Brunei yang dibelasah teruk oleh Vietnam? Pemain Harimau Muda banyak membuat kesilapan dalam penguasaan bola dan Brunei menggunakan pemain pantas mereka untuk melakukan counter attack. Mujurlah penyudah mereka kurang tajam. Terselamatlah kubu Malaysia daripada dibocori malam kelmarin.



Datuk Ong Kim Swee perlu menggandingkan Thamil dan Rozaimi di bahagian serangan. Izzaq Faris tidak banyak membantu dalam perlawanan menentang Brunei. Sepatutnya beliau menggunakan kelebihan fizikal yang tinggi untuk menanduk hantaran berbahaya dalam kotak penalti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia B23 vs Brunei B23 Sukan SEA 2013 | 10 Disember Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MISI BERMULA

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS BRUNEI 10 DISEMBER SUKAN SEA MYANMAR, SUKAN SEA BRUNEI VS MALAYSIA LIVE ASTRO

Keputusan akhir : Malaysia 2 - 0 Brunei

Perlawanan pembukaan Harimau Muda menentang pasukan Brunei B23 petang ini. Brunei sebelum ini dibelasah teruk oleh Vietnam dengan kekalahan 7-0. Malaysia harus mengambil peluang ini kerana Singapura seri dalam perlawanan menentang Laos. Mampukah anak buah Ong Kim Swee mengutip 3 mata?



Perlawanan pertama sememangnya agak sukar kerana pemain perlu menyesuaikan diri dengan padang secepat mungkin. Kemenangan besar Vietnam tidak boleh dijadikan ukuran kerana Brunei sudah lama tidak beraksi di pentas antarabangsa. Apa yang boleh kita lakukan ialah mencari gol seawal mungkin kerana ini akan menaikkan semangat para pemain.



Datuk Ong Kim Swee boleh meletakkan gandingan penyerang mantap Harimau Muda, Thamil Arasu dan Rozaimi untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Jangan bolos dan cuba jaringkan gol sebanyak mungkin kerana ini dapat memberikan bonus sewaktu penentuan juara kumpulan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Perlawanan Lee Chong Wei vs Chen Long | Terbuka Denmark 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

FINAL LEE CHONG WEI VS CHEN LONG 20.10.2013




Mampukah Lee Chong Wei menamatkan badi dua kekalahan berturut-turut kepada Chen Long dalam perlawanan akhir? Saksikan secara langsung di Astro Arena (801) dan Astro Supersport 4 (817) malam ini pada jam 11.00 pm waktu Malaysia.


Keputusan Terkini


Malaysia Skor China
     Lee Chong Wei    VS    Chen Long  
22 Set 1 24
19 set 2 21




Keputusan Akhir Badminton Terbuka Denmark 2013 akan dikemaskini sebaik perlawanan tamat.

GO Malaysia!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 1 | 19 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

CHELSEA TERSUNGKUR DI LAMAN SENDIRI


KEPUTUSAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE 19 SEPT 2013, KEPUTUSAN HIGHLIGHT PERLAWANAN UCL 2013/14, KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN UCL, KEPUTUSAN TERKINI LIGA JUARA-JUARA 2013


Jose Mourinho melalui minggu sukar apabila Chelsea menerima kekalahan dalam perlawanan pertama UCL 2013/14 di laman sendiri. Rekod 10 tahun tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge dalam peringkat kumpulan berakhir semalam apabila FC Basel bangkit untuk menang 2-1.


Dalam kumpulan F, Arsenal mencatatkan rekod 10 kemenangan berturut-turut di tempat lawan dengan gol Theo Walcott dan Ramsey menewaskan tuan rumah, Marseille. Napoli di bawah kendalian Benitez juga mengutip 3 mata untuk mendahului kumpulan apabila menewaskan Dortmund yang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.



Hattrick Messi dalam perlawanan menentang Ajax meletakkan beliau hanya 9 gol dibelakang Raul yang memegang rekod penjaring terbanyak UEFA Champions League dengan 71 gol setatakat ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 1 | 18 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID MENANG BESAR


keputusan ucl terkini 2013 2014, GOL ROONEY VS BAYERN LEVERKUSEN, JADUAL KEPUTUSAN PERLAWANAN MANCHESTER UNITED UCL 2013, REAL MADRID VS GALATSARAY UCL 2013, keputusan ucl 18 september 2013


Real Madrid memberi amaran awal kepada pencabar kumpulan B dengan kemenangan besar ke atas Galatasaray di tempat lawan. Ronaldo mencatatkan hattrick di separuh masa kedua dan Bale membuat penampilan pertama UCL bersama Real Madrid pada minit ke-64.



Dalam kumpulan A, Manchester United menepati ramalan menewaskan kelab Jerman, Bayern Leverkusen dengan jaringan 4-2. Dua gol Rooney mencatatkan rekod 200 gol peribadi bersama kelab Manchester United.



Cavani yang berhijrah ke PSG tidak menunggu lama untuk membuka jaringan di pentas UCL dengan gol pada minit ke-19 membantu pasukannya meraih 3 mata penting di Greece.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Final Pesta Bola Merdeka 14 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PASUKAN MANA BAKAL JUARA PESTA BOLA MERDEKA 2013


KEPUTUSAN AKHIR TERKINI PESTABOLA MERDEKA 2013, FINAL PESTA BOLA MERDEKA 2013 MALAYSIA VS MYANMAR 14 SEPT 2013, LAPORAN TERKINI KEPUTUSAN PESTA BOLA MERDEKA AKHIR FINAL



Malaysia dan Myanmar akan membuat perhitungan terakhir malam ini bagi menentukan siapa juara sebenar Pesta Bola Merdeka 2013 edisi ke-41. Malaysia sebagai tuan rumah berjaya mengharungi perlawanan peringkat kumpulan dengan rekod bersih 3 kemenangan berturut-turut. Mampukah pasukan Harimau Muda mengekalkan rentak dan menjulang nama negara di pentas Asean??



Dalam satu lagi pertemuan hari ini, Thailand akan melayan Singapura untuk perlawanan penentuan tempat ke-3 & 4Thailand berputih mata untuk layak ke  final Pesta Bola Merdeka apabila tewas kepada Malaysia dalam perlawanan terakhir kumpulan. Singapura pula memegang rekod tanpa sebarang gol dalam edisi kali ini. Adakah angka '0' itu berjaya dipecahkan petang ini? Sama-sama kita tunggu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/