Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Senarai kelab yang layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2013/14

Senarai kelab yang layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2013/14

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

FORMAT UCL BERBEZA




UEFA Champions League adalah pertandingan paling berprestij di benua Eropah. Hanya pasukan terbaik di kalangan liga domestik terpilih sahaja yang mampu menyertai kejohanan ini. Menjadi impian setiap kelab yang terlibat untuk mara ke pusingan terakhir dan seterusnya dijulang sebagai juara.



Setelah berakhir 5 siri perlawanan peringkat kumpulan, sebanyak 8 pasukan sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati atau 16 terakhir. Bermula dengan Bayern Munich, Manchester City dan Atletico Madrid yang mengesahkan tempat lebih awal. Minggu ini, Barcelona, Chelsea, Real Madrid, PSG dan Manchester United turut mara.



Banyak perbincangan di laman Facebook tentang kenapa pasukan Chelsea layak sedangkan masih ada baki 1 perlawanan dengan jurang mata yang agak rapat. Sebenarnya, perkiraan dalam bola sepak ini berkait rapat dengan matematik dan kebarangkalian.



Sebelum kita teruskan perbincangan, aku akan senaraikan pasukan yang berpeluang untuk layak mengikut kumpulan.





Kumpulan A : Manchester United (layak) | Shakhtar & Leverkusen (masih berpeluang)


Kumpulan B : Real Madrid (juara kumpulan) | Juventus & Galatasaray (masih berpeluang)


Kumpulan C : PSG (juara kumpulan) | Olympiakos & Benfica (masih berpeluang)


Kumpulan D : Bayern Munich & Manchester City (layak)


Kumpulan E : Chelsea (layak) | Basel & Schalke (masih berpeluang)


Kumpulan F : Arsenal, Dortmund & Napoli (masih berpeluang)


Kumpulan G : Atletico Madrid (juara kumpulan) | Zenit & Porto (masih berpeluang)


Kumpulan H : Barcelona (layak) | AC Milan & Ajax (masih berpeluang)


Nota : Juara kumpulan layak dan memiliki kelebihan mengelak juara kumpulan lain dalam undian pusingan kalah mati.




Dalam entri ini, aku hanya akan ulas kenapa Chelsea sudah layak sahaja. Mungkin kalau ada masa aku akan buat sedikit analisis kumpulan F yang dikatakan sebagai kumpulan maut kerana dengan 12 mata belum pasti pasukan itu akan layak. Pelik bukan? Tapi dalam format UCL memang tak mustahil. 





Carta kedudukan kumpulan E UCL 2013/14


Ini adalah carta kedudukan kumpulan E. Yang menjadi isu beza mata tempat pertama dan ketiga hanyalah 2 mata. Secara logiknya jika Chelsea kalah perlawanan seterusnya tetapi Basel dan Schalke menang, maka Chelsea tersingkir. TETAPI! Anda kena semak jadual perlawanan terakhir peringkat kumpulan. 


Chelsea vs Steaua Bucharest

Schalke 04 vs FC Basel



Kesimpulannya, perlawanan antara Schalke 04 dan Basel akan menyebabkan salah satu atau kedua pasukan itu tercicir mata. Kerana itu lah kebarangkalian Chelsea untuk layak sudah ada walaupun mereka akan kalah dalam perlawanan dengan pasukan tercorot, Steaua. Sebagai pengurus pasukan, Mourinho sudah pasti inginkan kemenangan untuk memastikan mereka menjadi juara kumpulan.



Di bawah ini ada beberapa situasi yang boleh terjadi selepas perlawanan terakhir (kebarangkalian).



Situasi pertama : Chelsea & FC Basel menang atau seri

Chelsea akan jadi juara kumpulan (10/12 mata) dan FC Basel sebagai naib juara (9/11 mata).



Situasi kedua : Chelsea seri atau kalah | FC Basel menang

FC Basel akan jadi juara kumpulan (11 mata) dan Chelsea sebagai naib juara (9/10 mata)



Situasi ketiga : Chelsea kalah | Schalke 04 menang

Schalke 04 akan jadi juara kumpulan (10 mata) dan Chelsea sebagai naib juara (9 mata)



Situasi keempat : Chelsea menang | Schalke 04 menang

Chelsea akan jadi juara kumpulan (12 mata) dan Schalke 04 sebagai naib juara (10 mata)



Situasi kelima : Chelsea seri | Schalke 04 menang

Chelsea akan jadi juara kumpulan (10 mata) dan Schalke 04 sebagai naib juara (10 mata)

Di sini agak rumit untuk diterangkan. Dalam format UEFA sekiranya 2 pasukan berkongsi mata, perkara pertama yang akan dinilai ialah rekod pertemuan kedua pasukan terlibat dan BUKAN perbezaan jaringan macam liga biasa.


Dalam kes ini rekod pertemuan Chelsea vs Schalke 04 memihak kepada Chelsea

1st match : Schalke 04 0 - 3 Chelsea
2nd match : Chelsea 3 - 0 Schalke 04



Jadi kalau kalah pun Chelsea tetap akan layak. Oklah, harap kekeliruan sudah pun terungkai. Jika ada pertanyaan atau kurang faham boleh komen di bawah ini. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Senarai kelab yang layak ke pusingan kalah mati UEFA Champions League 2013/14 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets