Showing posts with label liverpool. Show all posts

 

Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris 2014 | Pusingan 5 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BUKU BERTEMU RUAS


Keputusan penuh undian Piala FA 2014 Pusingan 5 [Klik]

Hujung minggu ini anda akan disajikan dengan pertarungan sengit empat sesama sendiri kelab top four EPL 2013/2014. Manchester City yang tewas di final musim lepas akan menerima kunjungan kelab yang dipimpin 'The Special One'. Dalam pertemuan liga sebelum ini, City tewas 0-1 kepada Chelsea di Etihad sekaligus meleburkan rekod kemenangan berturut-turut di laman sendiri.



Arsenal yang baru saja dibelasah teruk 5-1 minggu lalu akan menentang Liverpool semula kali ini di Emirates. Mampukah mereka menghidupkan peluang trofi yang logik untuk dimenangi musim ini? Atau Liverpool bakal merobek benteng pertahanan mereka sekali lagi dalam tempoh 7 hari.



Untuk menang sesebuah trofi pasukan itu perlu menentang pasukan handalan tak kira sama ada di pusingan awal atau akhir. Cuma bila di peringkat awal akan ada kesan kepada susunan jadual liga dan juga perlawanan Eropah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Terkini : Senarai Lengkap Perpindahan Pemain EPL Bulan Januari 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MANCHESTER UNITED PECAH REKOD



Manchester United akhirnya berjaya membawa masuk pemain berstatus bintang biarpun terpaksa memecah rekod pembelian kelab dalam bulan Januari lalu. Juan Mata, bekas pemain Chelsea yang juga pemenang World Cup 2010 bersama Spain menjadi pemain termahal dalam sejarah United dengan harga 37.1 Juta Pound. Rekod terdahulu di sini.



Chelsea juga berjaya membawa masuk bekas pemain Nemanja Matic dari Benfica (21 Juta Pound) dan Mohamed Salah dari FC Basel (11 Juta Pound) manakala Kurt Zouma (12.5 Juta Pound) dipinjamkan semula kepada kelab asalnya.



Arsenal gagal dalam percubaan mereka membeli 'Van Persie Junior' Julian Draxler dari Schalke 04 tetapi menggantikannya dengan Kim Kallstrom secara pinjaman dari Spartak Moscow. Kecederaan Aaron Ramsey dan Theo Walcott memaksa Arsene Wenger mencari pemain tengah baru.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Perlawanan Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 5

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

4 KELAB BERTEMBUNG



Undian pusingan ke-5 Piala FA Inggeris 2013/2014 menyaksikan dua pertembungan hebat antara 4 kelab elit yang masih bertahan. Finalis musim lalu, Manchester City akan menentang pasukan Chelsea manakala Arsenal akan melayan Liverpool di Stadium Emirates.



Perlawanan ini akan diadakan pada 15 dan 16 Februari 2014. Arsenal dan Manchester City bakal menghadapi ujian getir kerana perlawanan Piala FA Inggeris dijadualkan hanya beberapa hari sebelum perlawanan UCL menentang Bayern Munich dan Barcelona.



Arsenal yang kali terakhir memenangi trofi pada tahun 2005 mengharapkan tuah Piala FA untuk menamatkan kemarau selama 8 tahun. Mampukah mereka mengharungi jadual padat bulan depan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Piala FA Inggeris 2014 Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MANCHESTER UNITED TAK LEPAS


Keputusan Piala FA Inggeris 2013/14 Pusingan 3 [Klik]


Masalah di kem Manchester United semakin parah. Sejak ketiadaan Sir Alex Ferguson semangat dan prestasi pasukan semakin merudum. Paling menyedihkan bila satu demi satu rekod tanpa kalah dipecahkan di kubu keramat Old Trafford. Apa sudah jadi David Moyes? Nampaknya beliau merupakan insan yang paling malang kerana terpaksa menggantikan SAF yang sudah lebih 20 tahun membimbing kelab Manchester United menjulang pelbagai trofi.



Swansea City menjadi pasukan terbaru mencatatkan kemenangan pertama mereka di Old Trafford dan menyingkirkan juara Piala FA Inggeris 11 kali itu. Kekalahan 1-2 itu sekaligus menamatkan saingan United untuk merebut trofi Piala FA



Antara kejutan besar lain ialah kekalahan Newcastle United kepada kelab Stevenage (Divisyen 2). Nampaknya kelab EPL lain perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan dari kelab bawahan ini. Dalam undian pusingan 4 tempoh hari hanya satu perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan dari EPL iaitu Chelsea vs Stoke.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Perlawanan Piala FA Inggeris Musim 2013/2014 | Pusingan Ke-3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ARSENAL MARA, CITY KENA IKAT




Arsenal menamatkan saingan Spurs dalam saingan Piala FA Inggeris 2013/2014 seawal pusingan ke-3 dengan kemenangan 2-0. Santi Cazorla dan Tomas Rosicky muncul wira The Gunners yang kini dilanda masalah kecederaan di bahagian serangan.



Dalam perlawanan lain, Manchester City dipaksa bermain dalam perlawanan ulangan apabila sekadar seri 1-1 menentang pasukan divisyen bawahan. Ini bermakna mereka akan melayan kunjungan Blackburn di Stadium Etihad pula dalam masa 2 minggu lagi.



Kejutan Ole Gunnar Solskjaer ke EPL yang menjadi pengurus baru pasukan Vincent Tan membuahkan hasil apabila Cardiff City membenam Newcastle United di laman mereka 2-1. Nampaknya bekas pemain Manchester United itu berjaya memenangi perlawanan pertama beliau di England.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siapa kata Manchester United kelab bawahan? Mana haters bersembunyi?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

KELAB ANTI UNITED BERKABUNG




Manchester United memberi tamparan hebat kepada Arsenal dalam pemburuan trofi EPL musim ini. Gol tunggal jaringan Van Persie menghadiahkan 3 mata berharga kepada United untuk kembali mendaki takhta liga. Maka ramailah antara peminat yang anti dengan kelab termasyhur England ini resah dan tak senang duduk.



Mana tidaknya. Ketika berbangga dengan kedudukan pasukan mereka yang kononnya mampu menjadi juara EPL, mereka mudah lupa siapa juara EPL musim 2012/13. Juara tetap juara, tetapi pendahulu tidak semestinya akan kekal di atas.



Untuk pengetahuan peminat bola sekalian, ada 5 kelab sudah merasai tempat pertama EPL, Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Itu menunjukkan kedudukan masih boleh berubah di awal musim. Jadi tidak perlu mendabik dada dan menggelarkan kelab lain sebagai kelab bawahan melainkan anda baru sahaja mengikuti perkembangan EPL musim ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

EPL : Permulaan Baik Arsenal Tottenham & Liverpool | Juara Baru?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

JUARA EPL MUSIM 2013/14 BERTUKAR TANGAN


ARSENAL JUARA EPL 2013, THE INVINCIBLE 2003-2004



Masih ingatkah anda pada gambar di atas? Lupa sebab dah terlalu lama? Pada yang tertanya-tanya (peminat baru EPL mungkin) inilah pasukan 'The Invincibles' Arsenal ketika musim 2003/2004 yang menamatkan 38 perlawanan EPL tanpa kalah. Sejak itu, pencapaian mereka dalam EPL sedikit merosot dan kemarau trofi berlarutan hingga tahun ke-8.



Musim ini setakat 6 perlawanan, Arsenal kembali mendahului carta EPL dengan 15 mata (5 kemenangan berturut-turut). Ternyata keputusan Wenger untuk memecah tradisi pembelian pemain dengan membawa masuk Mesut Ozil (42.5 Juta Pound) membuahkan hasil. Walaupun masih menanti gol pertamanya bersama Arsenal, tetapi kualiti yang ada pada Ozil cukup untuk memberikan nafas baru di bahagian serangan. Dengan 4 assist setakat ini, 3 daripadanya menerusi set pieces.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Piala Capital One 2013/14 | Pusingan Ke-3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TIADA KEJUTAN BERLAKU


KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA CAPITAL ONE CUP 2013/14 MAN UTV VS LIVERPOOL 26 SEPTEMBER 2013



Sebanyak 11 perlawanan berlangsung pagi tadi dan seperti dijangka kesemua pasukan pilihan mara ke puisngan seterusnya. Kepada anda yang ketinggalan perlawanan Piala Capital One Pusingan ke-3 jangan bersedih. Follow Facebook dan Twitter untuk dapatkan info awal mengenai perlawanan bola sepak Inggeris.


Manchester City dan Tottenham yang berbelanja besar dalam musim perpindahan musim ini tiada masalah menewaskan lawan masing-masing dengan jaringan 5-0 dan 4-0. Manchester City menebus kekecewaan kalah kepada Wigan dalam Final Piala FA musim lalu manakala Jovetic mencatatkan nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu.



Chelsea yang mendapat undian mudah juga menang di Swindon Town. Sementara itu, pasukan kebanggaan Malaysia, Cardiff City bagaimanapun tewas kepada West Ham sekaligus terkeluar dari saingan Piala Capital One 2013/14.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Lengkap Perpindahan Pemain EPL 2013/2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PERPINDAHAN PEMAIN LIGA PERDANA INGGERIS 2013/14


PERPINDAHAN PEMAIN EPL 2013 2014, PERPINDAHANLENGKAP EPL 2013 2014



Arsenal


In

Yaya Sanogo (Auxerre) Free
Mathieu Flamini (AC Milan) Free
Emiliano Viviano (Palermo) Loan
Mesut Ozil (Real Madrid) Undisclosed






Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Pusingan Ke-3 Piala Capital One 2013/14 | 3rd Round Capital One Cup

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

CHELSEA DAPAT LALUAN MUDAH


LIVE MAN UTD VS LIVERPOOL LEAGUE CUP 2013 2014 ASTRO



Manchester United diundi bertemu Liverpool dalam perlawanan pusingan ke-3 Piala Capital One awal pagi tadi. Perlawanan yang berlangsung di Old Trafford dijangkakan pada 24/25 September 2013 (akan dikemaskini). Luis Suarez yang sedang menjalani baki penggantungan perlawanan mungkin akan membuat penampilan pertama musim ini.



Dalam undian lain, Chelsea nampaknya sekali lagi mendapat laluan mudah apabila diundi bertemu Swindon (Divisyen 2). Manchester City pula harus berdepan dengan Wigan Athletic (Divisyen 1) yang pernah menggagalkan usaha mereka untuk memenangi Piala FA Inggeris (rujuk entri ini)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Top 5 : Keputusan Terbaik Yang Pernah Dibuat Dalam Sukan Bola Sepak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SIR ALEX FERGUSON UNGGULI CARTA




Ketinggalan 1-0 oleh jaringan Basler seawal minit ke-6, United hampir-hampir menerima kekalahan dalam Final UEFA Champions League 1998/1999. Masa perlawanan masih berbaki 3 minit (masa tambahan). Sepakan penjuru Beckham disambar Teddy Sheringham. Stadium Nou Camp bergema dengan sorakan penyokong Manchester United. Gol!! United berjaya mengikat Bayern dengan kedudukan 1-1.


Selang 2 minit, United mendapat 1 lagi sepakan penjuru. Keadaan menjadi semakin mendebarkan. Beckham sekali lagi menghantar bola dan kali ini Ole Gunner Solskjaer pula meranapkan impian Bayern Munich. Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung & Jadual Perlawanan EPL Musim 2013/2014 | Astro @ Live Streaming

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

JADUAL TOP FOUR EPL MUSIM 2013/2014

jadual epl 2013/14, keputusan liga epl 2013/14,jadual liga perdana inggeris 2013 / 2014,jadual epl 2013 waktu malaysia,jadual epl 2013,jadual perlawanan epl,jadual live epl 2013 2014 astro,keputusan terkini epl 2013 2014
Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Perdana Inggeris

Updates : Senarai lengkap perpindahan pemain EPL musim 2013/14 [Klik]


Musim English Premier League (EPL) 2013/2014 pasti hebat! Mulanya kita dikejutkan dengan kehadiran pengurus baru 3 kelab teratas EPL iaitu Manchester United, Manchester City dan Chelsea. Pemburuan juara EPL sudah pasti terbuka luas kepada 5 pasukan termasuk Arsenal dan Tottenham. Melihat kepada susunan jadual antara big four, Manchester United bakal berdepan cabaran paling sukar.



Kehadiran Mourinho dan Manuel Pelleggrini akan mengubah senario bola sepak England. Mungkin Chelsea musim depan mempunyai kelebihan. Manchester City dan United (Moyes) di bawah pengurus baru perlu mendapatkan rentak secepat mungkin jika mahu menghalang kehebatan The Special One.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JADUAL EPL FOOTBALL MALAYSIA CUP 2013 - MALAYSIAN LEGEND

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MAMPUKAH MALAYSIA MENANDINGI PEMAIN LAGENDA EPL

senarai pemain malaysian legend
kredit wiselonline.com

Hujung minggu ini Malaysia akan dikunjungi beberapa lagenda pemain bola sepak EPL di Kejohanan EPL Football Malaysia Cup 2013. Anda masih ingat Dennis Wise (Chelsea) Dietmar Hamann (Liverpool) & Andrew Cole (Manchester United)? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan mereka beraksi menentang Malaysian Lagends.


Format pertandingan sedikit berbeza. Ia membabitkan perlawanan enam sebelah, tiada lontaran ke dalam atau sepakan penjuru. Setiap perlawanan hanya dimainkan selama 16 minit, lapan minit untuk setiap babak. Empat pasukan akan bermain secara pusingan dalam satu kumpulan, dan dua pasukan teratas akan mara ke perlawanan akhir.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Beza Kedudukan Manchester United Dengan Team 'Kuat' Lain

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

3 MATA LAGI BUAT UNITED



Ini semua poyo...!! Mengambil petikan JOHAN dalam Final Maharaja Lawak Mega 2012. Manchester United pasukan paling nasib baik musim ini. Beza 15 mata terlalu banyak kot. Tak kan lah team lain semua lemah sangat sampai kena tinggal jauh di belakang. Ini mesti sebab Sir Alex Ferguson rasuah pengadil dan FA Inggeris. Hahaha. Sepatutnya Southampton yang layak duduk No.1!


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Undian Europa League 2012/2013 | Pusingan Last 16

Penulis: Que | Kategori: , , ,

UEFA EUROPA LEAGUE 2012/2013 | 16 PASUKAN TERAKHIR

keputusan piala europa 8/3/2013,KEPUTUSAN UNDIAN PERLAWANAN EUROPA LEAGUE PUSINGAN 16 2013


EUROPA LEAGUE merupakan kejohanan ke-2 terbesar di Eropah selepas UEFA Champions League. 3 kelab England masih kekal hingga ke peringkat 16 pasukan terakhir.


Pasukan yang menang piala domestik akan layak ke Europa League jika mereka tidak layak ke kelayakan UEFA Champions League. Pasukan yang mendapat tempat ke-3 dalam peringkat kumpulan UEFA Champions League secara automatik akan layak ke pusingan 32 terakhir Europa League.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/