Showing posts with label lebuh raya. Show all posts

Senarai Diskaun Rebat Tol Lebuhraya Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JOM BALIK KAMPUNG 

Sempena cuti Tahun Baru Cina 2016, beberapa syarikat konsesi bermurah hati memberi diskaun tol 10% dan rebat 30% mengikut lebuhraya terpilih. Kepada yang kebetulan menggunakan jalan tersebut pada hari Isnin akan menikmati diskaun.

Kebanyakkannya sudah pulang ke kampung dan disebabkan itu syarikat konsesi ini berani mengenakan diskaun. Kadar rebat dan diskaun boleh disemak dalam jadual di bawah.

Highway Terlibat
Kadar Diskaun
Masa
KESAS
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
LDP
60 sen
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
SPRINT
20 sen
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
DUKE
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
LPT 1 (ETC)
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
Karak (ETC)
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
SDEB
10%
8 Feb 2016 (6.00 am) – 9 Feb 2016 (6.00 am)
MEX
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
Grand Saga
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
Highway Terlibat
Kadar Rebat
Masa
PLUS
30%
4, 11 & 15 Februari 2016

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Senarai Diskaun dan Rebat Tol 18 Lebuhraya Tahun Baru Cina 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DISKAUN 5 - 37.5 %

Jadual Balik Kampung PLUS Tahun Baru Cina [Klik]

Berikut adalah senarai lebuhraya dan kadar diskaun atau rebat tol sepanjang perayaan Tahun Baru Cina 2015:

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

Rebat 30 % bagi perjalanan melebihi 100 km kepada pengguna kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada 16 dan 23 Februari 2015.

Rebat 20 % bagi perjalanan melebihi 100 km kepada pengguna kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada 17. 18, 21 dan 22 Februari 2015.

Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)

Diskaun kadar rata 60 sen untuk semua kenderaan yang membayar secara tunai dan elektronik pada 19 Februari 2015.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Syarat Baru Diskaun Rebat Tol PLUS Tahun Baru Cina 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

REBAT HINGGA 30 % DENGAN SYARAT

REBAT TOL LPT PLUS TAHUN BARU CINA 2015, CARA TEBUS REBAT PLUS RAYA CINA 2015

Senarai 18 Lebuhraya Beri Diskaun & Rebat Sempena Raya Cina 2015 [Klik]

Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina 2015 minggu depan pengguna lebuhraya PLUS akan menikmati rebat tol 20% hingga 30% bagi kenderaan kelas pertama bermula 16 sehingga 23 Februari 2015

Rebat sebanyak 20% akan diberikan bagi perjalanan pada hari puncak iaitu 17, 18, 21, dan 22 Februari dan ia melibatkan pengguna kenderaan Kelas 1 yang mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS.
PLUS turut memberikan rebat 30% kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari bukan puncak, iaitu pada 16 dan 23 Februari.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/plus-beri-rebat-tol-sehingga-30-sempena-tahun-baru-cina#sthash.gKjI9yhb.dpuf

Rebat 20% akan diberikan kepada pengguna yang melalui lebuhraya PLUS pada hari puncak 17, 18, 21 dan 22 Februari. Manakala rebat 30% akan diberikan pada hari bukan puncak 16 dan 23 Februari 2015.

Walau bagaimanapun, rebat hanya sah bagi pengguna yang membayar tol secara elektronik dengan jarak melebihi 100 km sahaja dan mereka yang mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Diskaun & Rebat Tol Sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

 TOL PERCUMA AIDILFITRI

Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS Perayaan AidilFitri 2014 [Klik]

Sebanyak 23 syarikat konsesi lebuh raya menawarkan tol percuma, diskaun dan rebat tol kepada pengguna jalan raya di seluruh negara sempena Aidilfitri tahun ini. Maju Expresway Sdn Bhd (MEX) akan menawarkan tol percuma kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan Lebuhraya MEX pada Hari Raya Aidilfitri.
  
18 lebuh raya lain pula menawarkan diskaun tol pada kadar 5 hingga 37.5 peratus bagi pengguna kenderaan kelas satu bemula 27 hingga 30 Julai. Bagi menggalakkan pengguna menggunakan Touch N Go dan Smart Tag, PLUS menawarkan 30 % rebat tol kepada pengguna yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC). Rebat tol hanya sah pada 23, 24, 30 dan 31 Julai ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Senarai Lokasi Speed Trap Cuti Tahun Baru Cina 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ELAKKAN DARI  KENA SAMAN

Sepanjang musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi bersepadu dengan menggunakan pendekatan penguatkuasaan, kejuruteraan dan pendidikan bertujuan mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya. Mereka akan dibantu seramai 1,270 ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) sepanjang kempen tahun ini.

Skuad sukarelawan itu membantu 254 pasukan anggota JPJ mengambil gambar dan merekodkan nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas. Kenderaan barangan dilarang memasuki jalan raya pada 29 dan 30 Januari iaitu dua hari sebelum Tahun Baru Cina, dan 8 dan 9 Februari, dua hari selepas perayaan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan.

Selain itu, penurunan had laju bagi jalan persekutuan dan jalan negeri sebanyak 10km/j akan berkuatkuasa sehingga 7 Februari ini. Bersiap sedialah anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Diskaun Rebat Tol Tahun Baru Cina 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DISKAUN & REBAT 5 % - 37.5 %

REBAT TOL LPT PLUS TAHUN BARU CINA 2014

Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina 2014 esok pengguna lebuhraya akan menikmati diskaun dan rebat tol 5% hingga 37.5% di beberapa plaza tol terpilih. 18 lebuhraya akan memberikan diskaun tertentu pada kenderaan kelas pertama bermula 29 Januari sehingga 4 Februari 2014

Antara lebuhraya yang terlibat adalah :

SMART, AKLEH, GUTHRIE, LKSA, DUKE, SKVE, KLK, LPT1, NPE, MEX, NNKSB, Besraya, SDE, LDP, SPRINT, LEKAS and BORR.

Rebat 20 % | PLUS

PLUS pula akan memberikan rebat 20% kepada pengguna kelas pertama yang menggunakan SmartTAG dan Touch n Go untuk 5 lebuhraya dari 29 Januari hingga 4 Februari 2014. Lebuhraya tersebut ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), PDH, ELITE, KLBK dan LINKEDUA.

Bagi lebuhraya di Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar terkecuali dari tawaran rebat ini.
 
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Waze dan Google Maps Bergabung Meletup

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

AKSES TRAFIK DARI DESKTOP

WAZE GOOGLE MAPS MALAYSIA

Selepas Google membeli aplikasi Waze, banyak pembaharuan integrasi yang telah mereka lakukan. Terkini laporan insiden seperti kemalangan, pembinaan, dan penutupan jalan dalam Waze sudah boleh dilihat dalam Google Maps. Secara tak langsung, pengguna desktop boleh melihat menerusi laman Google Maps sahaja tanpa perlu membuka aplikasi Waze di telefon pintar.

Setakat ini, info yang dipetik dari laman Amanz.my hanya 46 negara sahaja yang sudah boleh menikmati kemudahan tersebut. Malaysia? Belum pasti lagi. Sebelum ini Google Maps hanya memaparkan keadaan trafik secara langsung apabila kita mengaktifkan 'traffic layer'. Tetapi mekanisme laporan masih perlu dilakukan menerusi Waze kerana Google Maps belum sampai ke tahap itu lagi.

Bijak betul Google ni buat bisnes. Berita ni bakal menggembirakan pengguna tegar Google Maps Malaysia. Tunggu.. Kalau nak cuba aplikasi Waze boleh lihat entri ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS | Cuti Deepavali dan Awal Muharram 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

REBAT TOL BERMULA 31 OKT 2013

REBAT TOL 20% AWAL MUHARAM 2013
kredit : TheMalaysianInsider

Menjelang cuti perayaan Deepavali (2 November 2013) dan Awal Muharram (5 November 2013) pihak plus sekali lagi mengeluarkan jadual waktu perjalanan bagi mengelakkan kesesakan trafik. Cadangan ini khas untuk pengguna Lebuhraya Utara-Selatan.

Pengguna sistem elektronik Lebuhraya PLUS akan menikmati rebat tol sebanyak 20%  pada hari ini (31 Oktober 2013) dan 10% pada 2 dan 7 November 2013. Kempen ini menggalakkan mereka untuk beralih kepada sistem yang lebih pantas dan menjimatkan.

Selamat bercuti kepada semua pembaca setia Blog Kafe Que. Berhati - hati di jalan raya dan  ingatlah orang yang tersayang. Rujuk jadual di bawah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Rebat Tol 20 Peratus Untuk Semua Lebuhraya PLUS Sempena Hari MERDEKA 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

KEMPEN SISTEM PEMBAYARAN ELEKTRONIK

KADAR REBAT TOL PLUS MERDEKA 2013, BERAPA REBAT TOL HARI MERDEKA 2013

Updates : Tol percuma di LDP dari 12.01 am hingga 11.59 pm (31 Ogos 2013)

Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 yang bakal tiba, pihak PLUS dengan bermurah hati memberikan rebat tol untuk semua lebuhraya kendalian PLUS kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang. Rebat sebanyak 20 peratus ini hanya akan dinikmati pada tanggal 31 Ogos 2013 dan pengguna yang menggunakan sistem elektronik seperti kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG.

Ini adalah salah satu langkah PLUS untuk memeriahkan sambutan Hari Merdeka 2013 dan juga sebagai strategi menggalakkan pengguna lebuhraya menggunakan sistem elektronik yang lebih cepat dan tepat. Rebat boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka 16 September hingga 15 Disember ini.

LOGO TEMA HARI MERDEKA 2013
 
Tips : Gunakan Touch & Go untuk menjimatkan masa mencari duit tol yang tepat atau menunggu baki duit dari jurutol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Senarai Lokasi & Kawasan SPEEDTRAP Sepanjang Hari Raya 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JIMATKAN DUIT ANDA

lokasi speedtrap sempena hari raya 2013, kawasan speedtrap hari raya aidilfitri 2013, berapa had laju di jalan raya 2013, cara nak detect speedtrap dengan mudah

Sepanjang musim perayaan Aidilfitri 2013, pihak polis melancarkan Ops Selamat yang bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dan kes pecah rumah. Bagi yang bakal pulang ke kampung sila pastikan keadaan rumah anda berkunci dan diawasi CCTV.  Sila patuhi had laju Jalan Persekutuan dan Negeri yang diturunkan kepada 80km/j.

Aku ada terbaca komen dan perbincangan pasal kenapa perlu had laju diturunkan. Melambatkan perjalanan lagi adalah. Sebenarnya peraturan tu dibuat bersebab. Yang paling mudah supaya nampak pihak berkenaan melakukan kerja. Yang keduanya dapat mengurangkan kadar kemalangan maut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Kadar Diskaun & Rebat Tol Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DISKAUN 5 % HINGGA 37.5 %

DISKAUN DAN REBAT TOL CUTI AIDILFITRI 2013, SENARAI LEBUH RAYA YANG BAGI DISKAUN,diskaun tol hari raya 2013,diskaun lebuhraya 2013

Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 yang bakal menjelang tak sampai seminggu lagi, sebanyak 22 lebuh raya di seluruh negara bakal memberikan diskaun dan rebat kepada pengguna yang ingin pulang ke kampung. Dikhabarkan diskaun dari 5 % hingga 37.5 %. Dari jumlah itu, 17 lebuh raya akan memberikan diskaun bermula 7 hingga 9 Ogos 2013.

Dapatkan Sampul Raya Percuma Di Sini [Klik]

Bagi 5 lagi lebuh raya kendalian PLUS, pengguna KELAS 1 (kenderaan ringan) yang membayar secara elektronik akan ditawarkan rebat 20 % pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos nanti. Kalau dengar pasal diskaun semua akan berebut untuk balik kampung pada hari-hari tersebut. Rancang pemanduan anda. Jangan kerana diskaun yang tak seberapa nyawa pula melayang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Tips bagaimana nak tau bila anda patut tukar ke lorong kiri

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

Dah lama rasa tak post pasal tabiat orang Malaysia masa bawak kereta. Entri lama pasal Tabiat pemandu jalan raya Part 1 dan Part 2. Boleh la baca untuk perkongsian pengalaman. Hari-hari aku menghabiskan masa 3 jam atas jalan raya. Maklumlah duduk kat KL ni. Sesak der..

Teorinya mudah aje. Semakin jauh anda tinggal dari tempat kerja semakin banyak kilometer dan jarak jalan yang anda anda akan lalu juga bertambah. Kebarangkalian untuk berlaku kemalangan dan kerosakan kereta pasti tinggi. Kalau lambat keluar seminit maka nada akan sampai lewat 3 minit. Begitulah perkiraannya untuk minit ke-5 dan seterusnya. Darab sahaja.

sumber : anekdot

Isu penggunaan lorong yang betul memang dah lama. Mungkin silibus sekolah memandu masih kurang berkesan. Sikap pemandu yang pentingkan diri sendiri (SELFISH) semakin merebak. Dalam bandar yang serba kalut dan pantas ni semua nak cepat tanpa memikirkan adab dan nilai murni ketika memandu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
LOKASI TERKINI KAMERA AES SELURUH NEGARA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

LOKASI KAMERA AES NEGERI PERLIS | KEDAH | PULAU PINANG | PERAK | KELANTAN | SARAWAK | SABAH | LABUAN | SELANGOR | KUALA LUMPUR | NEGERI SEMBILAN | MELAKA | JOHOR | PAHANG |TERENGGANU 

Nampaknya kerajaan begitu komited dan terdesak untuk mendidik pengguna jalan raya serta mengurangkan jumlah kemalangan di negara kita.

Pemasangan terkini kamera AES di seluruh negara : 561 buah untuk perangkap had laju dan 270 buah untuk lampu isyarat menjadikan jumlah keseluruhan KAMERA AES 831 buah.

Download AES Detector Untuk Android di sini

LOKASI KAMERA AES SELURUH NEGARA SPEED TRAP TRAFFIC LIGHT,PERANGKAP HAD LAJU

Adakah ini semua akan berhasil atau sekadar menambahkan koleksi saman pengguna jalan raya??

 Bagaimana dengan silibus sekolah memandu dan sikap semula jadi sesetengah pemandu Malaysia yang mula berubah menjadi kurang ajar setelah memegang stereng kereta??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Lokasi 14 Kamera AES | Negeri Selangor Perak Kuala Lumpur & Putrajaya

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

Kamera AES (Automated Enforcement System) adalah sistem baru perangkap had laju di Malaysia.

AES telah mula berkuatkuasa pada 12 Ogos 2012

JPJ telah mengumumkan sebanyak 14 lokasi kamera AES di 4 buah negeri ( Selangor, Perak, Kuala Lumpur & Putrajaya )

lokasi 14 lokasi kamera aes jpj,bagaimana kamera aes berfungsi,gambar kamera aes mengikut jenis,jenis-jenis kamera aes,koordinat lokasi kamera aes,had laju kamera aes jpj 2012,contoh imej kamera aes jpj,jkjr,pdrm,jkr,polis trafik

Bagaimana AES berfungsi?

AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Android : Waze Untuk Pengguna Jalan Raya dan Trafik | Free Download

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

Salam semua, 

Kali ini terasa nak share pasal aplikasi pulak. Since aku pengguna tegar Android maka bermula hari ini aku akan share aplikasi yang best yang penah digunakan.

WAZE Outsmarting Traffic Together

cara pakai waze,cara download waze di tablet,waze android,aplikasi gps untuk tablet,aplikasi waze tutorial,waze demo gps voice,tutorial cara nak guna waze
Aplikasi GPS untuk smartphone @ tablet anda

Setelah menggunakan aplikasi WAZE selama 2 bulan, aku dapati aplikasi ini sangat membantu semasa kita menggunakan jalan raya setiap hari.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Sikap Pemandu Malaysia | Stereng Kereta Bukan 1 Isyarat

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

Hi semua, seperti dijanjikan blog KafeQue bakal disajikan dengan topik-topik hangat dan informatif..Back to the topik.. Perkara ni mungkin hari-hari kita dengar.. Kemalangan sana sini.. Pemergian orang tersayang.. Puncanya?? SIKAP pemandu Malaysia..

sikap pemandu di malaysia,bila masa nak bagi lampu isyarat signal,kesalahan di jalan raya,tak bagi signal sebelum belok tukar lorong
Kredit : Google

Saban tahun bilangan kereta akan bertambah disebabkan penambahan bilangan pemandunya..Kesesakan di bandar-bandar utama menjadi asam garam penduduk kota.. Tak hairanlah kalau ada yang sanggup keluar rumah seawal jam 6 pagi untuk elak trafik jam.. Terperangkap dlm trafik jam memang stress.. Lambat memang dah tentu.. Kaki nak tekan brek lama-lama pun leh krem..Hehe.. Mata kena fokus pada jalan dan kereta lain.. Kang terlanggar jadi 1 hal lain pulak kan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 
Hutang Saman Trafik Dah Langsai

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

Akhirnya aku dah bayar saman trafik yang sengaja ditangguhkan.. Sementara dorang buat diskaun ni elok la pegi bayar ye. Sekarang dah ada myeg, senang je (tp aku lupa password terpaksa guna akaun orang).. Aku ada 2 saman j sepanjang 5 tahun berkereta ni (ok la kot hehe).. Tapi aku malas nak bayar sebab rasa tak berbaloi langsung..
Semak saman anda melalui SMS
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728 (DAPAT)

cara nak bayar saman polis trafik,cara semak saman melalui sms myeg,kadar bayaran saman terbaru,kenapa orang susah nak bayar saman,lokasi panas perangkap had laju speed trap

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/