Showing posts with label lagu. Show all posts

 

Persembahan Live Caliph Buskers Hot FM Mojo KRU Pasar Seni Central Market 23 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

FENOMENA CALIPH BUSKERS




Live Show Caliph Buskers vs Hot FM [Klik]

Nama kumpulan Caliph Buskers tiba-tiba menjadi trending selepas penampilan mengejut di pertandingan AJL 29 tempoh hari. Benar kata pepatan "Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Tak Siapa Tahu". Pertaruhan Mojo ternyata berbaloi apabila mereka menang kategori persembahan terbaik dengan trofi dan wang tunai RM 12,000. Selepas ni rezeki Caliph Buskers bakal mencurah-curah InsyaAllah.



Bagi pendengar setia Hot FM, anda mungkin sudah tahu tentang cabaran Caliph Buskers kepada AM Krew Hot Fm untuk menuntut baki 5 bintang yang disimpan sehingga mereka berjaya melakukan persembahan busking di Central Market (Pasar Seni) pada hari ini 23 Januari 2015 (Jumaat) pada pukul 8.30 – 10.00 malam.



Kepada mereka yang ingin menyaksikan persembahan live Caliph Buskers, Hot FM, Mojo dan KRU boleh beramai-ramai ke Central Market malam ini. Kalau tak nak tempuh jem dan pening cari parking, anda boleh menaiki LRT dan berhenti di Stesen Pasar Seni

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Ramalan Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu AJL 29 | 18 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

SIAPA JUARA AJL 29?



Bagi menghangatkan debaran Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 yang bakal berlangsung malam esok, kita cuba ramalkan siapa bakal pemenang-pemenangnya. AJL ke-29 akan bersiaran pada 18 Januari 2015 (Ahad) jam 9.00 malam di Stadium Putra Bukit Jalil. Anda boleh saksikan siaran langsung di TV 3 atau di laman web Tonton.



Tahun ini tema yang dipilih ialah 'Gema dalam Muzik' yang pastinya menekankan elemen bunyi-bunyian yang menarik dan terkini. Pamoga Qu Puteh telah berbesar hati menaja perjalanan majlis dan bersama Nu Sentral.



Pemenang AJL 29 bakal menerima trofi dan wang tunai yang cukup lumayan. Tempat pertama akan menerima wang tunai RM 50,000, diikuti tempat kedua RM 35,000 dan ketiga RM 20,000. Bagi kategori vokal dan persembahan terbaik, mereka bakal menerima wang tunai berjumlah RM 12,000.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - MINGGU 5 : JOZAN STEADY | JAMBU GEMPAK | SAYWHO LUAR BIASA?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PERSEMBAHAN TERBAIK MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 - MINGGU KE 5

KEDUDUKAN UNDIAN KUMPULAN PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 5,CARTA UNDIAN TERKINI,VIDEO PERSEMBAHAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 5 JOZAN JAMBU SHIRO R2 BOBOI,TEMA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 MINGGU 5,maharaja lawak mega 2012 jambu minggu ke 5,MLM 2012 minggu 5


Updates : Video Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 6 [Klik]

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 5 kembali dengan tema digemari ramai - Muzikal Komedi. Setelah 3 kumpulan tersingkir minggu lalu (Balas,Pi Mai & Dadidu) kini tinggal 8 kumpulan bertarung untuk kekal di pentas Maharaja Lawak Mega 2012.


Keseluruhan persembahan agak baik kerana elemen muzik sangat membantu peserta untuk berlawak. Mereka boleh tukar lirik dan membuat aksi sambil bernyanyi. Jom kita lihat antara kumpulan yang paling menonjol di Minggu 5 Maharaja Lawak Mega 2012.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Selamat Hari Malaysia | Kemerdekaan Ke-54 "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

Penulis: Que | Kategori: ,

Salam Hari Malaysia kepada semua. Lately agak busy dengan majlis jamuan hari raya sampai takde mase nak update blog. Siap kena wat show pulak tu. Teringat zaman kegemilangan dulu2.. Hehe.. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan Malaysia yang terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (1963). Hanya perpaduan antara semua kaum yang boleh mengekalkan keharmonian negara tercinta ini.





Tahun ini Hari Malaysia disambut bersama Hari Kemerdekaan negara ke-54 yang bertemakan "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Hargailah negara kita. Jangan jadi orang yang buta sejarah yang tak kenal siapa pejuang siapa pemberontak. Sekian.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Soalan Klise di Hari Raya | Bila lagi ni?

Penulis: Que | Kategori: , ,

Salam Aidil Fitri buat pembaca sekalian.Setelah lama bercuti raya, kini Kafe Que kembali beroperasi. Selamat kembali bertugas kepada yang bekerja.. Selamat kembali meneruskan pengajian kepada yang masih menuntut. Mesti seronok kan cuti panjang menziarah sanak saudara, makan ketupat rendang. Yang still dapat duit raya lagi syok, tapi yang kena bagi duit raya pun best kot.. Korang beraye mane?? Aku sempat pi Kuantan, Segamat dan Muar. Raya ke-2 memang sesak gile la. Sangkut atas jalan berejam-jam.. Sabor je lahh!!


"Tiket PERCUMA Konsert Suara Kami"

soalan klise di pagi hari raya, bila nak kawin ni,lirik lagu tiga kata kru video,makna cinta
Duit raya nilai berganda


Biasa la bile tak jumpe macam-macam la cerita. Dan soalan klise setiap kali nak beransur mesti sama. Tak paham betullah.. "Ni bila lagi nak rasa nasi minyak??" Eh beli je la kat kedai kan.. Bukan aku tak nak kawin, tapi aku tak tau nak kawin ngan sape.. Masalah kan..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Ramadhan Datang Lagi | Software Al-Quran Dengan Tafsir

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua pengunjung Kafe Que yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak rahmat dalam hidup kita. Untuk pengetahuan, Kafe Que tetap akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan ini ;) Perbanyakkan ibadah terutamanya berzikir dan mengaji di waktu lapang. Kerjakanlah solat sunat tarawih (rujuk fadhilat di sini) pada malam harinya. 

amalan di bulan ramadhan,fadhilat solat sunat tarawih,lagu ramadhan brothers dengan lirik,software al-quran dengan tafsir download,lafaz niat puasa dan berbuka,kadar zakat fitrah tahun 2011,waktu berbuka puasa seluruh malaysia,bazar ramadhan,tips di bulan puasa,pahala di bulan puasa,mengaji software al quran.poster manchester united puasa


Bazar Ramadhan antara aktiviti yang menarik sepanjang bulan ini. Kita puasa ni memanglah lapar, dahaga, penat sume ada. Bila dah nampak juadah mulalah rambang mata. Beli itu, beli ini, sume kita nak. Jangan ikut sangat nafsu tu (membazir amalan syaitan). Sebenarnya bila dah berbuka dengan sebiji kurma dan segelas air pun dah cukup. Punyalah hebat nikmat berbuka tu bukan. InsyaAllah (jadi ustaz plak dah)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Yang Remeh Dan Yang Temeh Berlegar Disekelilingmu | Pak Pandir Moden

Penulis: Que | Kategori: , ,

Hidup umpama roda.. Kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah.. Kita mudah untuk menyalahkan orang lain tapi kita tak perasan kesilapan diri kita.. Setiap yang berlaku pasti ade sebab dan hikmahnya.. Dan kita tak kan dapat memuaskan hati semua orang.. Kalau kita rasa kita hebat, ada yang lagi hebat.. Kalau kita rasa kita kaya, ada yang lebih kaya.. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan sentiasa berusaha memperbaiki diri kita.. Jangan asyik jaga tepi kain orang, tak perasan kain sendiri terbelah sampai ke peha dah.. 


Lagu : Yang Remeh Temeh - Pak Pandir




Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tak Kan Layu Melayu | Pak Pandir - Ye Ke

Penulis: Que | Kategori: ,

Salam 1 blog!! Lama sungguh tak update blog ni.. Sibuk sangat lepas tukar unit ngan bilik baru ni.. Dah stabil sket baru ade mase nak menulis.. Macam isu nak kongsi tapi sebab kekangan masa niat tu terpaksa ditangguhkan.. Ada yang suka tunjuk hebat, ada yang nak naik pangkat cepat, ada yang suka mengumpat hal membe.. Ada yang suka berleter sudahnya keje tak siap2 jugak.. Sampai bila Melayu nak maju ni?? Dengki tak habis.. Selesa sangat dengan kemudahan yang diberikan.. Sampai kita lupa tentang bangsa lain yang dah lama tinggalkan kita..





Ye Ke - Pak Pandir (Cintalogi 1999)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

1 Malaysia 1 Ummah - Salam Maal Hijrah 1432H

Penulis: Que | Kategori: , , ,

Dikesempatan ini Que ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Maal Hijrah' kepada seluruh umat Islam.. Semoga kita terus cemerlang dan gemilang bersama Islam.. Apa azam tahun baru ni?? Harap-harap semuanya yang terbaek untuk dunia dan akhirat.. Chewah, dah macam Imam Muda lak ni..Tahun depan la try.. Haha.. Tema sambutan tahun ni "1 Malaysia 1 Ummah" dan akan disambut di PICC pada 7 Disember 2010 bersamaam 1 Muharram 1432H.. Hayatilah pengertian hijrah sebenar..


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Kat sini Que sertakan lagu Bicara Hijrah oleh Rabbani..Kalau lagu tema Maal Hijrah yang 1 Muharram detik permulaan dah biasa sangat.. Kita tukar selera ala2 light & easy gitu.. Jom layan..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/