NO COMMENTS
Analisis : Peluang Terakhir Malaysia di Piala AFF Suzuki 2014 | Harimau Malaya Tenat
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , dollah salleh , harimau malaya , kedudukan terkini , malaysia , piala aff suzuki 2014 , rekod , sukan
MENANG ATAU BUNGKUS
Kekalahan kepada pasukan Thailand Rabu lalu menjadikan laluan semakin berliku untuk skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014. Walaupun mendahului 2 kali, namun kehilangan tumpuan di saat akhir memberikan kemenangan seterusnya melayakkan Thailand ke separuh akhir.
Malaysia tiada pilihan lain esok melainkan menang ke atas Singapura yang berjaya menewaskan Myanmar 4-2. Ketika Thailand dijangka menjadi juara kumpulan B, Malaysia mungkin akan bertemu dengan pasukan Filipina yang dibarisi ramai pemain Eropah yang diberi taraf kerakyatan. Indonesia menerima kekalahan besar 0-4 tempoh hari.
Secara keseluruhan, corak permainan Malaysia nampak ada peningkatan. Ketajaman penyudah Amri Yahyah wajar dipuji. Beliau hampir-hampir sahaja menambah gol kedua peribadi dengan percubaan jarak jauh yang sudah menewaskan penjaga gol Thailand namun terkena palang. Calon gol terbaik kejohanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq