Home » , , , , , , » Spain Juara Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah 21 Tahun 2013

Spain Juara Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah 21 Tahun 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

DOMINASI SEPANYOL BERTERUSAN




Hebat! Memang hebat. Pemain remaja Sepanyol mudah mempertahankan gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah 21 2013. Awal pagi tadi mereka menewaskan pasukan Bawah 21 Italy dengan jaringan 4-2. Pemain Barcelona Thiago Alcantara mencatatkan hatrik pada separuh masa pertama sebelum Isco menambah 1 lagi gol. Gol Italy pula dijaringkan oleh Ciro dan penyerang Liverpool, Borini.


Sebelum perlawanan akhir, pasukan Spain tidak pernah bolos dalam 4 perlawanan dengan penjaga gol Manchester United, De Gea lebih banyak menjadi penonton disebabkan penguasaan bola tiki taka mereka. Penyerang Real Madrid Alvaro Morata dinobatkan sebagai pemenang kasut emas dengan 4 gol.


Kemenangan ini menunjukkan barisan pelapis pasukan Spain begitu kuat dan berpeluang mendominasi bola sepak dunia untuk 10 tahun akan datang. England perlu melihat kembali pelan pembangunan pemain remaja jika mahu memulihkan maruah bola sepak mereka.


Jika di Spain mereka adakan perlawanan liga untuk pemain remaja di peringkat kelab. Contohnya kelab Real Madrid mempunyai pasukan Castilla yang mewakili pasukan simpanan mereka. Pasukan Castilla ini akan beraksi di liga divisyen yang lebih rendah dari pasukan utama untuk memberi pengalaman yang lebih. Ini mungkin faktor kenapa negera Sepanyol begitu dominan dalam pembangunan pemain muda.





Antara pemain Bawah 21 Spain yang mewakili kelab utama dunia

  • David De Gea - Manchester United (GK)
  • Martin Mantoya - Barcelona (DF)
  • Nacho Fernandez - Real Madrid (DF)
  • Rodrigo Moreno - Benfica (FW)
  • Thiago Alcantara - Barcelona (MF)
  • Cristian Tello - Barcelona (FW)
  • Alvaro Morata - Real Madrid (FW)
  • Isco - Malaga (MF)
  • Iker Muniain - Atletico Madrid (MF)
  • Koke - Atletico Madrid (MF)



Laluan Spain Ke Final Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah 21 2013


Group B

Spain 1 - 0 Russia

Spain 1 - 0 Germany

Spain 3 - 0 Netherlands


Semi Finals

Spain 3 - 0 Norway


Final

Spain 4 - 2 Italy

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Spain Juara Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah 21 Tahun 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets