Home » , » Bersalam di pagi raya di mana silapnya | Mahram vs Haram

Bersalam di pagi raya di mana silapnya | Mahram vs Haram

Penulis: Que | Kategori: ,

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog Kafe Que yang beragama Islam.. Persiapan macam mane?? Zakat dah bayar?? Duit raya dah masuk sampul?? Kalau belum masih ada masa lagi. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sepanjang perkenalan. Maklumlah manusia ni tak boleh lari dari buat salah. Nak bagi duit raya kat semua tak dapat la kan sebab ramai sangat plus semua dah besar-besar. Jadi sempena Syawal yang bakal menjelma Kafe Que menyediakan sedikit pedoman untuk kalian semua.

"Iklan paling cool bulan ini"

video ustaz muhammad irwan,mahram vs haram ustaz irwan,suara takbir cover version,maksud mahram dan muhrim,definisi mahram mengikut islam,larangan bersalam dengan bukan mahram,siapa mahram kita,ciri mahram,syarat mahram,hukum bersalam di pagi raya



Anda tau siapa mahram anda? Kadang kala orang tersilap dengan istilah muhrim. Dua-dua ini mempunyai maksud yang jauh berbeza. Mahram ialah orang yang mempunyai pertalian darah dan diharamkan berkahwin dengannya sama ada haram sementara atau buat selama-lamanya. Muhrim pula merujuk kepada orang yang memakai ihram sewaktu menunaikan umrah atau haji.


Dalam keghairahan kita menyambut hari raya, memang tak dinafikan kita akan menziarahi sanak saudara yang dah lama tak jumpe. Tahukah kita bahawa tidak semua di kalangan saudara mara itu adalah mahram kita yang boleh kita bersalam. Entri ini bukan untuk mencari salah siapa cuma eloklah kita belajar dan faham apa maksud mahram itu kerana ia melibatkan banyak hukum yang lain. Insyaallah.


Mahram vs Haram Part 1 - Ustaz Muhammad Irwan



Jadi bila kita sudah tahu dengan siapa kita boleh bersalam atau tidak maka kuranglah dosa di pagi raya. Tapi kalau orang yang tak faham mereka akan kata, "Ish sombongnye budak ni.Tak reti nak bersalam dah ngan orang tua".. Adapun begitu sekiranya ada yang menghulurkan tangan (orang tua) untuk bersalam, sambutlah dan segeralah bertaubat selepas itu. Demi menjaga hubungan.


Mahram vs Haram Part 2 - Ustaz Muhammad Irwan






"Ada satu golongan sepupu yang kita boleh bersalam (berlainan jantina) iaitu sepupu yang berlapik"


Video penuh berkenaan Mahram vs Haram ini agak panjang. Dan fokus entri kali ini untuk bersalam di pagi raya. Sekiranya ada yang berminat untuk mendalami isu ini boleh tinggal komen untuk diberikan link download.


Suara Takbir - Cover Version




Lagu ni dirakamkan bersama rakan sepejabat sempena hari raya. Layankan je..Hehe

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Bersalam di pagi raya di mana silapnya | Mahram vs Haram "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets