Home » , » Program Menu Rakyat 1 Malaysia | Kurangkan Beban Tambah Penyakit?

Program Menu Rakyat 1 Malaysia | Kurangkan Beban Tambah Penyakit?

Penulis: Que | Kategori: ,

Salam Jumaat.. Aku malas nak komen sangat pasal isu perhimpunan 9 Julai 2011. Baik aku cerita pasal bola lagi best. Pagi tadi dengar Hot FM pasal Menu 1 Malaysia. Terkejut gak harga menu sarapan pagi RM2..Lunch pulak RM4 so total RM6 je sehari kalau nak belanja makan. Tak masuk makan malam ok. Memang murah la kot. Tapi apa je menu yang murah sangat ni. Kafe Que bagi free entri je kat korang bace ;p

'Q' Bistro dah mula promosi Menu 1 Malaysia

APA MENU RAKYAT 1 MALAYSIA,PROGRAM MENU 1 MALAYSIA SIHAT?,sajian menu 1 malaysia'makanan menu 1 malaysia,roti canai 1 malaysia, rm2 sarapan rm4 makan tengahari, cheap breakfast, menu rakyat 1malaysia
Kredit : akudansesuatuz


Setelah digodek2 rupanya pakej sarapan pagi yang RM2 hanya roti canai dan teh tarik (murah ke??) makan tengahari nasi putih + sayur + telur dadar + air sirap@teh 'O' ais.(kalau salah tolong betulkan ye). Setakat ini, restoran yang terbabit dalam program itu ialah ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta restoran Melayu di bawah koperasi.


Piramid Makanan
GAMBAR PIRAMID MAKANAN,DIET SEIMBANG,piramid makanan,piramid makan seimbang,tips pemakanan sihat,amalan pemakanan sihat


Aku kurang arif pasal tips pemakanan sihat ke apa. Biase aku tengok kalau makanan berkhasiat ni boleh tahan gak harganya. Tapi ramai di kalangan kita susah nak amalkan pemakanan sihat. Kita lebih kepada makanan segera dan sedap. Hehe. Mungkin kerajaan ada sebab tersendiri untuk lancarkan program ni. Mengurangkan beban rakyat di bandar metropolitan yang kos sara hidupnya sangat tinggi. Terima kasih!!


jus oren,jus buahan,khasiat buah
 Teh Tarik vs Jus Oren


Roti canai ni dikatakan mempunyai kandungan minyak yang tinggi yang mana tidak elok dimakan selalu. Yelah kan dah goreng2 mesti ada minyak. Bosan gak kalau makan menu sama tiap hari. Kenapa tak tukar sandwich ke. Pakai roti gak. Lepas 2 air teh tarik ditukar dengan jus buahan. Banyak songeh pulak aku ni. Pada aku elok kita belanja lebih sikit tuk kesihatan. Duit boleh cari, tapi nikmat sihat kalau tuhan tarik? Hmm.. Renungkan lah. Pilihan di tangan anda ;)


mcvalue lunch mcd,mcdonald malaysia, rm5.95 lunch
 Balik2 McD jugak.. Dari RM5.95 sebelum tax ye


Kalau ada yang tak setuju boleh komen la ye. Jadilah insan yang bersyukur. Sekadar pandangan aku je.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

7 Responses to " Program Menu Rakyat 1 Malaysia | Kurangkan Beban Tambah Penyakit? "

  1. Isdawati Ismail Says:

    sesuai dengan program motivasi dkt opis hari tuh.. hargai nikmat kesihatan...

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Yatt S. Says:

    alamak. kenapa banyak blog hari ni bercerita pasal makanan ye? laparrrrr T_T.

    tapi betul tu, kena jaga makan. satgi banyak lemak, banyak penyakit.

    Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  3. Que Says:

    Kak is : iyolah..wekk

    Miss Y : sbb hari ni kan jumaat..rehat lme..so leh pegi mkn kt shoping komplex

  4. merahitujambu Says:

    tu laa orang kita..pantang nampak murah jee serbu walhal sama jee kalau betul2 telek...kurang pon 2-3 posen je..ceh..mamak mana yg murah??semua mahal!!

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  5. Que Says:

    merah : 2 la..org kite suke yg murah2 je

  6. Anonymous Says:

    Kenapa kita selalu mengambil makanan segera kerana ia mudah didapati lagi kehidupan orang bekerja makan gaji boleh kira berapa yang bawa bekal dari rumah

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  7. Que Says:

    AKubiomed : yeah betul..xpyah ssh nk bgn awl masak kn..tp mknn segera xelok dimkn slalu

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets