Showing posts with label bola sepak. Show all posts

 

Siaran Langsung & Jadual Perlawanan UEFA Champions League 2015/2016 | Liga Juara-Juara Eropah @ Astro Live Streaming

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tinggal dau hari saja lagi sebelum bermula Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim 2015/16. Setelah undian peringkat kumpulan yang telah diadakan pada akhir bulan Ogos (lihat di sini), sebanyak 32 buah pasukan akan merebut piala UEFA Champions League yang telah dimenangi Barcelona musim lalu. Pada yang nak join Fantasy UCL boleh pegi sini.



jadual perlawanan uefa champion league 2013/14,siaran langsung astro jadual perlawanan liga juara - juara eropah uefa champions league ucl 2013 2014 waktu malaysia,live streaming astro uefa champions league 2013/2014 match,uefa fantasy 2013 website,jadual penuh siaran langsung uefa champions league 2013/2014,masa perlawanan uefa champions league ucl waktu malaysia,siaran langsung astro supersport uefa champions league live streaming



Keputusan undian nampaknya bakal menyaksikan beberapa kelab ternama Eropah bersaing dalam kumpulan maut. Pertembungan Real Madrid vs PSG, Juventus vs Manchester City, Cheslea vs Porto dan Arsenal vs Bayern Munich dijangka menjadi tumpuan hangat peminat bola sepak dunia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Malaysia vs Arab Saudi 8 September 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MARUAH TERCALAR


Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Arab Saudi

Kekalahan 0-10 kepada UAE membawa kepada peletakan jawatan Dollah Saleh yang sepatutnya dipecat lebih awal. Rekod beliau sendiri menunjukkan Malaysia masih berada ditakuk lama dengan 10 kekalahan dari 18 perlawanan. Antara kekalahan besar lain yang pernah dicatatkan di bawah kendalian beliau adalah (1-4 menentang Tajikistan), (0-6 menentang Oman) dan (0-6 menentang Palestin).


Secara jujurnya peminat Malaysia boleh menerima kekalahan jika tiada nasib ataupun pasukan lawan lebih berhak. Tetapi untuk menggunakan taktikal 2 penyerang di kala pasukan Malaysia tiada penyerang berkualiti menunjukkan jurulatih kurang bijak. Memang tiada siapa meletakkan harapan kita untuk menang lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan. Sekurangnya jangan lah sampai dibelasah teruk macam budak tadika main.



Malam ini merupakan perlawanan terakhir kita di laman sendiri. Peluang masih ada dengan syarat kita menang 4/5 baki perlawanan selepas ini. Mustahil bukan. Datuk Ong Kim Swee yang mengambil alih selaku jurulatih sementara mampu melakukan sesuatu. Kami mahu kembalikan semula maruah bola sepak kebangsaan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs UAE 3 September 2015 | Kelayakan Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MASIHKAH ADA HARAPAN


Keputusan akhir : UAE 10-0 Malaysia

Dua dari tiga perlawanan di laman sendiri hanya mampu menghasilkan satu mata sahaja. Itulah nasib malang yang dialami oleh pasukan Harimau Malaya yang terpaksa berputih mata di saat akhir ketika seri 1-1 dengan Timor Leste sebelum dibelasah 0-6 oleh Palestin, sebuah negara yang bergelut dengan ancaman serangan Israel.



Apa sudah jadi dengan pemain-pemain bola sepak kebangsaan?? Di mana maruah negara ketika bendera Malaysia tersemat di dada jersi mereka?? Sesuatu yang tidak kena melanda dalam skuad negara. Kalau diikutkan dalam perlawanan di tempat sendiri sajalah peluang kita untuk mengutip mata penuh.



Malam ini jaguh bola sepak Asia Barat, UAE akan menanti kehadiran anak buah Dollah Salleh. Berapa pula jumlah gol yang akan dibolosi kali ini? Bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan. Suhu dan suasana yang asing menyukarkan corak permainan. Jika tewas lagi, misi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia semakin sukar. Terima sahaja dengan redha.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Gempar] Manchester United Beli Jelmaan 'Thierry Henry'

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ANTHONY MARTIAL SAH MILIK UNITED



Louis Van Gaal sekali lagi mengejutkan ramai orang ketika tempoh perpindahan menghampiri ke penghujungnya. Penyerang remaja berusia 19 tahun yang kurang dikenali dibeli pada harga 36 Juta Pound (rekod paling mahal untuk pemain remaja) menjadi pemain ke-6 yang dibawa masuk musim ini ke Old Trafford. Musim lalu, kita dikejutkan dengan kehadiran Radamel Falcao yang dipinjam dari AS Monaco juga pada saat-saat akhir.



Adakah pertaruhan ini akan membuahkan hasil? Kekalahan pertama di tangan Swansea memberi amaran jelas kepada Louis Van Gaal bahawa Manchester United memerlukan seorang penyerang prolifik bagi meringankan beban kapten, Wayne Rooney. Sebelum ini mereka dikaitkan dengan nama besar seperti Zlatan, Muller, Edinson Cavani, Pedro, Bale dan Neymar. Namun komitmen bersama kelab masing-masing menghalang perpindahan tersebut.



Rekod Anthony Martial di peringkat kelab masih kurang menyerlah. Apa yang pasti, pemain muda ini mempunyai potensi yang sangat besar dan mampu menghasilkan sesuatu di luar jangkaan. Cuma halangan utama beliau ketika ini adalah untuk menyesuaikan diri di kelab besar dengan yuran perpindahan yang sangat tinggi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Pusingan Ke-3 Piala Liga Inggeris 2015/16 | 3rd Round Capital One Cup

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

ARSENAL SEKALI LAGI DAPAT UNDIAN SUKAR



Undian yang berlangsung pagi tadi lebih terarah kepada pertembungan musuh setempat antara Arsenal dan Tottenham Hotspur. Benar kata orang, dalam pusingan kalah mati anda perlukan nasib untuk mengelak dari bertemua dengan pasukan kuat di pusingan awal selain mengharapkan perlawanan di laman sendiri.



Ini bermakna dalam pertandingan Piala Capital One 2015/2016 sama ada Arsenal atau Tottenham akan tersingkir lebih awal. Tottenham merupakan pasukan naib juara kejohanan musim lalu sebelum tewas kepada pasukan juara, Chelsea 0-2. Dalam undian lain, Manchester United yang diaibkan kelab bawahan dalam pusingan ke-2, MK Dons akan melayan kunjungan Ipswich Town di Old Trafford.



Chelsea akan bertandang ke Walsall dan Manchester City diundi menentang Sunderland dalam satu lagi pertemuan kelab EPL. Liverpool pula akan menanti kehadiran kelab bawahan Carlisle. Menjadi kebiasaan kepada kelab-kelab besar untuk menamakan skuad kedua dalam perlawanan Piala Liga Inggeris kerana komitmen yang lebih tinggi diperlukan dalam kejohanan Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Perlawanan Play Off UEFA Champions League 2015/2016 | Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

UNITED PERLU LAYAK


Keputusan Pusingan 1 : Manchester United 3-1 Club Brugge
Keputusan Pusingan 2 : Club Brugge 0-4 Manchester United

Penantian satu musim amat memeritkan. Apatah lagi kelab berprestij seperti Manchester United gagal beraksi di pentas Eropah. Cukuplah sekali peminat melihat pasukan lain bermain pada malam Rabu dan Khamis. Kali terakhir United menyertai UEFA Champions League di bawah kendalian David Moyes dan berjaya melayakkan diri ke suku akhir sebelum tewas kepada Bayern Munich.



Club Brugge merupakan salah sebuah kelab Belgium yang bermain dalam liga Pro Belgium bersama musuh tradisi Anderlecht. Sejarah penglibatan mereka dalam kejohanan peringkat Eropah tidak boleh diambil mudah. Mereka pernah layak ke final UEFA Cup (kini Europa League) dan European Cup (kini Champions League) pada zaman 70-an menentang Liverpool.



Kali terakhir Club Brugge layak ke peringkat kumpulan UEFA Champion League pada musim 2005/2006 kira-kira 10 tahun yang lalu, Sebelum ini mereka hanya mampu bermain di Europa League dan musim lalu mereka berjaya sehingga ke pusingan suku akhir. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Penuh Perlawanan EPL Manchester United Musim 2015 / 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED MAMPU MENANG LIGA



Musim Liga Perdana Inggeris 2015/2016 (EPL) baru sahaja memasuki minggu pertama. Kejutan demi kejutan berlaku apabila Chelsea yang juga juara bertahan dan Arsenal masing-masing gagal mengutip mata penuh. Swansea City yang bertandang ke Stamford Bridge bangkit 2 kali dari ketinggalan sebelum mengutip 1 mata berharga.



West Ham mengejutkan Arsenal di Stadium Emirates dengan keputusan luar jangka 2-0. Petr Cech melakukan kesilapan besar membenarkan penyerang West Ham mudah menanduk masuk ke gawang yang terbuka luas. Hanya Liverpool, Manchester United dan Manchester City berjaya merakamkan kemenangan.



Apa pun masih ada baki 37 perlawanan untuk dilalui. Kelab-kelab elit harus berwaspada dengan pencabar lain. Ini kerana hanya dalam EPL kelab kerdil mampu melakukan kejutan kepada kelab yang lebih besar. Mampukan Manchester United menyaingi takhta liga musim ini?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Undian Pusingan Play Off UCL 2015/2016 : Nasib Manchester United Petang Ini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SIAPA LAWAN UNITED?


Updates : Manchester United vs Club Brugge

Nasib United dalam laluan ke peringkat kumpulan Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah akan diketahui petang ini. Kejayaan menamatkan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-4 hanya mengesahkan slot ke pusingan play-off sahaja. Kemudian mereka akan bertarung dalam 2 perlawanan timbal balik dan keputusan agregat menentukan pasukan yang layak untuk diundi dalam peringkat kumpulan UCL.



Disebabkan kutipan mata yang tinggi dalam ranking kelab Eropah, Manchester United diasingkan dari pencabar kuat yang lain. Hanya 5 kelab sahaja yang boleh diundi antaranya Monaco, Lazio, CSKA Moscow, Club Brugge atau Rapid Vienna. Undian dijangka pada jam 6.00 pm 7 Ogos 2015 dan anda boleh saksikan siaran langsung di laman web UEFA.



Dari 5 kelab itu, Lazio, Monaco dan CSKA Moscow merupakan lawan yang agak sukar untuk Manchester United. Peminat-peminat sudah tentu mengharapkan supaya United mendapat lawan yang lebih mudah untuk memberi peluang lebih cerah ke Liga Juara-Juara Eropah 2015/2016. Perlawanan timbal balik dijadualkan pada 19/20 dan 26/27 Ogos nanti.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung & Jadual Perlawanan EPL Musim 2015/2016 | Astro @ Live Streaming

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

CHELSEA BELUM SELESA

Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Perdana Inggeris

Updates : Senarai lengkap perpindahan pemain EPL musim 2015/16 [Klik]


Musim English Premier League (EPL) 2015/2016 hanya tinggal beberapa hari lagi! Ahad lepas kita telah menyaksikan kehandalan skuad Arsenal menjinakkan juara EPL musim lalu Chelsea dalam perlawanan Perisai Komuniti 2015. Adakah anak buah Mourinho mampu mempertahankan kejuaraan mereka?



Liverpool yang kembali ke Champions League musim lalu kali ini terpaksa bermain di Europa League kerana gagal dalam perebutan empat tempat teratas dan digantikan dengan skuad revolusi Louis Van Gaal, Manchester United. Arsenal berjaya mendapatkan khidmat bekas penjaga gol utama Chelsea, Petr Cech yang dijangka bakal membantu kelab itu lebih masa musim ini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Sah] Pelancaran Jersi Adidas Manchester United Musim 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

ADIDAS TAJA 10 TAHUN


Adidas telah menandatangi perjanjian kontrak 10 tahun bernilai 750 juta pound bersama Manchester United bermula 1 Ogos 2015. Reka bentuk jersi terbaru ini mengambil inspirasi 30 tahun dahulu ketika era 1980an dengan ciri-ciri seperti kolar V, 3 jalur di bahu dengan logo Adidas terkini.


Nampak ringkas tetapi menarik! Mesti ramai yang tak sabar untuk dapatkan jersi terbaru Manchester United dengan logo adidas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Community Shield Chelsea vs Arsenal 2 Ogos 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PETR CECH BAKAL HANTUI MOURINHO??


Keputusan akhir : Arsenal 1-0 Chelsea

Juara EPL, Chelsea akan menentang Juara FA Cup 2015, Arsenal dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti pada 2 Ogos 2015. Pertemuan ini akan berlangsung di Stadium Wembley. Arsenal merupakan juara bertahan Community Shield menewaskan Manchester City 3-0 dalam perlawanan terdahulu. Chelsea pula kali terakhir menang pada tahun 2009 menewaskan Manchester United dalam penentuan sepakan penalti.



Jose Mourinho melepaskan Petr Cech kepada Arsenal dan tindakan itu mungkin akan memakan diri hujung minggu ini. Arsenal sudah mengubah polisi perpindahan pemain dengan mula membawa masuk nama-nama besar untuk mencabar takhta Liga Perdana Inggeris. Chelsea pula menggantikan tempat Petr Cech dengan Asmir Begovic dan menambah Radamel Falcao sebagai pengganti Didier Drogba.



Setakat pra musim, Arsenal sudah nampak bersedia untuk permulaan musim baru dengan 4 kemenangan  ke atas Singapore XI, Everton, Lyon dan Wolfsburg manakala Chelsea masih bertarung dalam International Champions Cup 2015 dengan 2 keputusan seri menentang PSG dan Barcelona.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Keputusan Perlawanan Manchester United vs Barcelona 26 Julai 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PETANDA BAIK


Anak buah Louis Van Gaal meneruskan kecemerlangan dalam siri jelajah pra musim dengan kemenangan ke-3 ke atas juara Eropah Barcelona 3-1. Gol-gol United dijaringkan kapten, Wayne Rooney pada separuh masa pertama sebelum barisan pemain muda menambah jaringan pada separuh masa kedua menerusi Jesse Lingard dan Adnan Janujaz.



Walaupun ini sekadar perlawanan pemanas badan, ini cukup penting untuk Manchester United menguji kekuatan pasukan setelah tercicir dari kejohanan Eropah musim lalu. Persediaan awal menentang kelab ternama memberi gambaran dan memudahkan mereka memperbaiki kelemahan sebelum beraksi di play off UEFA Champions League.



United selepas ini akan menentang Paris Saint Germain dari Perancis dalam perlawanan terakhir International Champions Cup 2015. Jika menang mereka berpeluang besar mengulangi kejayaan 2014 dengan membawa pulang trofi jelajah pra musim.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ENGLAND DALAM BAHAYA



England akan mengetahui nasib mereka dalam undian kumpulan kelayakan Piala Dunia 2018 malam ini. Pencapaian mereka dalam Kelayakan EURO 2016 dengan 6 kemenangan berturut-turut melonjakkan mereka ke ranking 10 teratas. Ini bermakna dalam Zon Eropah, England akan berada dalam balang 1 bersama juara dunia Germany, Belgium, Holland, Romania, Wales, Portugal, Spain dan Croatia.



Walaupun begitu, England masih belum selamat kerana Italy dan France berada di dalam balang 2 dan boleh diundi bersama dalam 1 kumpulan. Dalam balang 3, Sweden akan menjadi pencabar paling kuat manakala Ireland antara saingan yang menanti dalam balang 4. 



Setiap negara akan diundi dalam kumpulan 6 dan 5 pasukan bergantung kepada penentuan penyiaran siaran langsung. Bagi mereka yang berminat untuk melihat secara langsung undian malam ini boleh berbuat demikian seperti butiran maklumat di bawah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Manchester United vs Barcelona International Champions Cup 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

RAPATKAN JURANG


Keputusan akhir : Manchester United 3-1 Barcelona

Perlawanan pemanas badan Kejohanan International Champions Cup 2015 yang kini memasuki fasa pertengahan nampaknya semakin rancak. Esok pagi peminat kelab Manchester United dan Barcelona akan berpeluang menyaksikan perlawanan berprofil tinggi pra musim kali ini. Barcelona dengan kejayaan merangkul 'Treble' musim 2014/2015 bakal diuji oleh anak buah Louis Van Gaal yang meneruskan rombakan skuad United.



United sebelum ini telah merakamkan 2 kemenangan ke atas Club America (Mexico) 1-0 dan San Jose Earthquakes (USA) 3-1. Kesemua pemain baru telah mempamerkan aksi bersama skuad utama dengan Morgan Schneiderlin dan Memphis Depay masing-masing telah menjaringkan 1 gol. 



Berita terkini yang kami terima Bastian Schweinteiger tidak akan diturunkan pada aksi awal pagi esok kerana kecederaan manakala David De Gea yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dijangka diturunkan buat kali pertama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs Liverpool 24 Julai 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

WASPADA LIVERPOOL 

liverpool vs malaysia malam ini astro, malaysia lawan liverpool 2015 astro

Keputusan akhir : Liverpool 1-1 Malaysia XI

Liverpool harus berwaspada dengan taktik pasukan Malaysia malam ini jika mereka tidak mahu menerima kekalahan pertama dalam siri jelajah pra-musim 2015. Walaupun pasukan senior kebangsaan kerap kali dibelasah sebelum ini, kelab Inggeris itu tidak boleh memandang rendah kehebatan Harimau Malaya yang berbekalkan semangat Hari Raya dan bantuan 'Awang Imports'.



FAM juga bijak memilih lawan yang memberi impak besar kepada pembangunan bola sepak tanah air. Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka bakal dipenuhi dengan majoriti penyokong-penyokong Harimau Malaya dari seluruh negara. Perubahan ini menunjukkan petanda positif untuk sukan bola sepak Malaysia.



Semalam dalam perlawanan tertutup, Liverpool FC mengajar Felda United cara bermain bola sepak sebenar dengan keputusan 7-0. Penyerang terbaru mereka, Danny Ings mencatatkan hatrick pertama bersama Liverpool. Kali terakhir Liverpool datang ke Malaysia pada tahun 2011 dengan kemenangan 6-3 ke atas skuad Datuk K. Rajagobal ketika itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan International Champions Cup 2015 | Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITED SIAP SEDIA

champions cup 2015 waktu malaysia




Manchester United merupakan salah satu kelab gergasi yang telah mengesahkan penyertaan dalam aksi pemanas badan International Champions Cup (ICC) 2015. Dalam edisi lepas, Manchester United dinobatkan selaku juara menewaskan musuh tradisi Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir. Kali ini format pertandingan di ubah kepada 3 bahagian lokasi.



10 kelab akan bermain di zon Amerika Utara, 3 kelab di China dan Australia dengan Real Madrid menyertai kejohanan di kedua-dua zon Asia. Manchester United, Chelsea, Barcelona dan PSG antara kelab yang menyertai zon Amerika Utara.



Manchester City, Real Madrid dan Roma akan bermain di Australia manakala Inter Milan, AC Milan dan Real Madrid sekali lagi bakal berentap di China. Perlawanan berprofil tinggi ini sangat berkesan untuk melihat sejauh mana persediaan setiap kelab sebelum bermulanya musim baru bola sepak bulan depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Manchester United ke USA Tour Perlawanan Pra Musim 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

MUKA BARU BAKAL BERAKSI



Skuad Manchester United akan memulakan sesi latihan sempena perlawanan pra musim US Tour 2015 minggu ini. 4 muka baru Depay, Darmian, Schweinsteiger dan Schneiderlin sudah menyertai skuad dan bakal beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Club America pada 18 Julai nanti. Pengurus pasukan, Louis Van Gaal telah menamakan 26 pemain bagi menghadapi 4 perlawanan di International Champions Cup yang dimenangi United musim lalu.



Angel Di Maria dan Marcos Rojo yang terlibat dengan komitmen Copa America 2015 direhatkan sehingga skuad pulang ke England. Victor Valdes dan Rafael keduanya tidak dibawa bersama dan masih menjadi misteri. 



Manchester United akan menentang Club America (18 Julai), San Jose Earthquakes (22 Julai), Barcelona (26 Julai) dan Paris Saint German (30 Julai). Peminat United sudah tentu tidak sabar untuk menyaksikan kelibat Memphis Depay, Matteo Darmian, Bastian Schweinsteiger dan Morgan Schneiderlin dalam barisan utama nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Sah] Bastian Schweinsteiger, Morgan Schneiderlin, Matteo Darmian Milik Manchester United 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

BAHANG EPL SEMAKIN TERASA



Berita gembira untuk semua peminat kelab Manchester United!! 3 lagi pemain baru bakal mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris bersama United. Selepas pembelian awal Memphis Depay di penghujung musim lalu, Louis Van Gaal membawa masuk Matteo Darmian, Bastian Schweinsteiger dan Morgan Scheneiderlin ke Old Trafford untuk memperkuatkan skuad sedia ada.



Kali ini semua pembelian berjaya dimuktamadkan sebelum mereka berlepas ke Amerika Syarikat untuk siri jelajah perlawanan pemanas badan dan International Champions Cup 2015. Akhirnya United bakal mempunyai gandingan barisan tengah antara yang terkuat dalam EPL selepas pemergian Roy Keane dan Paul Scholes. Pengalaman Bastian dan komitmen Schneiderlin membolehkan United mengawal bola dan bertahan lebih baik.



Matteo Darmian akan menggantikan tempat Rafael dan Valencia yang terpaksa beraksi di bek kanan hampir keseluruhan musim lepas. Kemampuan Darmian untuk bertahan dan menyerang akan mengembalikan kegemilangan lagenda Gary Neville. Tahniah United kerana bersiap awal untuk musim yang penuh mencabar nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Malaysia vs Liverpool 24 Julai 2015 Friendly

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

HARGA BERMULA RM 58

HARGA TIKET MALAYSIA VS LIVERPOOL 2015 ONLINE


Kelab bola sepak EPL, Liverpool bakal hadir ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan terakhir Asia Tour dengan pasukan pilihan Harimau Malaya pada 24 Julai depan. Pertembungan 'sengit' ini akan berlangsung pada jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Anak buah Dollah Salleh yang dikecam hebat ketika tewas 0-6 kepada Palestin dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019 tempoh hari bakal berdepan tugas berat untuk menahan asakan pemain-pemain hebat seperti Sturridge, Adam Lallana, Henderson, Firminho dan ramai lagi.



Peminat bola sepak tempatan dan kelab Liverpool FC boleh mendapatkan tiket awal secara atas talian di www.tickethotline.com.my sekarang! Harga tiket bermula dari RM 58 hingga RM 428. Perlawanan Malaysia vs Liverpool sekadar perlawanan persahabatan dan tiada kesan pada ranking pasukan negara. FAM memang terbaik!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Pilihan Malaysia vs Liverpool 24 Julai 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

GILIRAN LIVERPOOL UJI HARIMAU MALAYA


LIVE : Malaysia XI vs Liverpool FC 24.7.2015 [Klik]

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai pasukan pilihan Malaysia yang akan menentang kelab elit Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada 24 Julai 2015. Seperti sebelum ini ketika menentang Tottenham, 5 pemain import akan diturunkan untuk memperkuatkan barisan kebangsaan. Maklumlah pasukan negara baru saja dibelasah 0-6 oleh Palestin  tempoh hari.



Liverpool dalam siri jelajah Asia untuk perlawanan pemanas badan sebelum bermula kempen Liga Perdana Inggeris bulan depan. Malaysia merupakan destinasi terakhir sebelum mereka pulang ke England.



Peminat Liverpool di negara ini boleh mendapatkan tiket perlawanan di laman web ticketpro. Beberapa muka baru yang dibawa masuk turut sama menyertai siri jelajah itu nanti. Mampukah Malaysia dengan bantuan awang import mengekang asakan anak buah Brendan Rodgers??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/