Showing posts with label badminton. Show all posts

 

Thailand Juara Badminton Piala Axiata 2014 | Malaysia Ke-4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

PENENTUAN YANG SENGIT



Naib juara tahun lalu, Thailand melakar sejarah tersendiri dalam kejohanan badminton Piala Axiata 2014 malam ini. Mereka menewaskan Indonesia dengan kelebihan mata set biarpun perlawanan terikat dengan keputusan 2-2. Format yang sedikit berbeza mungkin mengelirukan anda. Tapi kita akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut dalam entri lain.



Malaysia yang juga juara bertahan terpaksa berpuas hati di tempat ke-4 apabila tewas dengan kiraan mata set setelah perlawanan dengan Asia All Star berkesudahan 2-2. Sesuatu harus dilakukan oleh BAM kerana prestasi pasukan negara dilihat agak ketinggalan berbanding pasukan Thailand dan Indonesia ketika ini.



Belum lagi bercerita tentang kekuatan China, Jepun dan India yang semakin jauh di depan. Ketiadaan Lee Chong Wei nyata memberi impak kepada skuad negara. Sampai bila kita perlu bergantung kepada seorang pemain sahaja? Tahniah Thailand yang membawa pulang hadiah lumayan USD 400,000.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir Badminton Axiata Cup 6 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MISI BALAS DENDAM


Keputusan akhir : Malaysia 2-2 Indonesia
Indonesia layak ke final dengan kelebihan set keseluruhan

Malaysia telah diundi bertemu pasukan pilihan Indonesia dalam acara separuh akhir Piala Axiata 2014 semalam. Dalam satu lagi pertemuan, Thailand akan menentang pasukan pilihan Asia untuk menentukan slot ke final esok. Sebelum ini Malaysia mudah diratah Indonesia di pusingan awal dengan skor 0-4.



Perlawanan petang ini sudah pasti menjadi peluang terbaik pasukan negara untuk menyingkirkan Indonesia dari perlawanan akhir. Malaysia tampak goyah dengan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei yang digantung dari menyertai sebarang kejohanan. Bermain di Stadium Badminton Cheras bakal memberi kelebihan kepada mereka.



Pihak pengurusan harus bijak memilih perseorangan lelaki yang akan mewakili pasukan negara. Chong Wei Feng atau Liew Daren perlu menang dalam kategori ini kerana Indonesia lebih kuat dalam acara beregu. Perseorangan wanita juga perlu cuba mencuri mata untuk membei harapan yang lebih cerah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Semi Final & Final Piala Axiata 2014 Di Stadium Badminton Cheras Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR


Jadual Piala Axiata 2014 Kuala Lumpur [Klik]

Malaysia akhirnya melangkah ke separuh akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 6-7 Disember apabila mengesahkan kedudukan ke-4 dalam carta liga Piala Axiata 2014 . Indonesia yang menjadi tuan rumah pusingan awal gah di tangga pertama dengan 24 mata. Pasukan Pilihan Asia di tempat ke-2 (19 mata) dan Thailand di tempat ke-3 (19 mata).



Pasukan Pilihan Asia memiliki kelebihan dari bilangan mata dalam set ke atas Thailand. Hari ini undian pusingan separuh akhir akan dijalankan di mana pasukan juara dan naib juara akan diasingkan dari pasukan di tempat ke-3 & ke-4. Ini bermakna Malaysia akan menentang sama ada Indonesia atau Pilihan Asia.



Bagi mereka yang ingin menonton secara langsung di Stadium Badminton Cheras bolehlah mendapatkan tiket secara online di sini. Harga tiket untuk dewasa antara RM 23 - RM 33 dan kanak-kanak RM 13.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Piala Axiata 2014 | Jakarta & Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

AXIATA CUP 2014 | TEAM MALAYSIA



Dalam kesibukan kita mengikuti perkembangan sukan bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura, mesti ada yang tidak sedar tentang Piala Axiata 2014. Korang boleh rujuk entri lama berkenaan Piala Axiata 2013 untuk dapatkan sedikit gambaran awal. Malaysia merupakan juara bertahan menewaskan Thailand 3-1 di perlawanan akhir tahun lalu.



Baru-baru ini, dunia badminton negara dikejutkan dengan kes Datuk Lee Chong Wei yang dikaitkan dengan penyalahgunaan bahan terlarang. Disebabkan itu, negara kita akan kehilangan seorang pemain berpengalaman untuk mempertahankan kejuaraan yang menawarkan hadiah 1 Juta USD (RM 3.3 juta).



Format kali ini masih sama dengan melibatkan 8 buah pasukan yang terdiri dari 6 negara dan 2 pasukan jemputan mewakili Asia dan Eropah. Negara-negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Filipina & Thailand. Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 akan berlangsung selama 11 hari bermula dari 27 November 2014 hingga 7 Disember 2014

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan | Separuh Akhir Sukan Asia 28 September 2014 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SEMI FINAL BADMINTON SUKAN ASIA 2014

JADUAL SEPARUH AKHIR BADMINTON SUKAN ASIA 2014, JADUAL LEE CHONG WEI VS LIN DAN 28 SEPT 2014 ASTRO

Keputusan akhir : Lee Chong Wei  vs Lin Dan  
Set 1 : 20 - 22
Set 2 : 21 - 12
Set 3 : 9 - 21

Seperti diramal, ranjau Datuk Lee Chong Wei dalam misi menamatkan badi kejuaraan utama masih samar. Undian awal bagi kategori perseorangan lelaki meletakkan Lee Chong Wei bersama Lin Dan di laluan yang sama. Ternyata di pusingan separuh akhir musuh tradisi itu sekali lagi bakal membuat perhitungan siapa yang lebih layak mara ke final Sukan Asia 2014.



Semalam Lee Chong Wei dipaksa bermain dalam 3 set menentang jaguh badminton Vietnam, Nguyen Tien Minh di peringkat suku akhir. Corak permainan agresif yang ditunjukkan pemain Vietnam itu menjerat Chong Wei dalam set pertama dan berjaya menamatkan perlawanan dengan 23-21. Lee Chong Wei kemudian bangkit dan berjaya menang 2 set berikutnya 21-16,21-17.



Lin Dan pula mudah menewaskan wakil Jepun, Kenichi Tago dengan straight set 21-14,21-18. Jika dilihat dari ranking dunia, Lin Dan hanya berada di tangga ke-15. Bukan bermakna beliau selalu kalah tetapi Lin Dan hanya memilih kejohanan penting dan gelaran pemain nombor satu dunia sudah biasa untuk beliau. Rekod kemenangan 22 berbalas 9 menceritakan segalanya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Sukan Asia Incheon 2014 | Lee Chong Wei Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA DAPAT LALUAN SUKAR



Pasukan badminton negara bakal berdepan cabaran getir dari China untuk kategori berpasukan lelaki dan wanita. Selepas bola sepak memulakan sesi perlawanan lebih awal di peringkat kumpulan, kini acara badminton akan membuka tirai pada 20 September - 4 Oktober 2014.



Dalam sesi undian bulan lepas pasukan lelaki mendapat bye pada pusingan pertama tetapi bakal berdepan dengan China sekiranya mara ke separuh akhir. Bagi kategori wanita pula kita mendapat bye dalam pusingan awal dan akan berdepan dengan China di suku akhir.




Kita lebih meletakkan harapan untuk pasukan lelaki untuk mara ke akhir dan tidak mustahil juga pasukan wanita akan melakukan kejutan. China diperkuatkan dengan kehadiran bekas jaguh dunia dan musuh lama Lee Chong Wei, Lin Dan. Beliau dijangka menjadi perseorangan kedua menentang Chong Wei Feng.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Final Lee Chong Wei Vs Chen Long | Kejohanan Badminton Dunia 31 Ogos 2014 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SELANGKAH LAGI


Keputusan akhir : Lee Chong Wei  kk Chen Long 19-21, 19-21

Tinggal selangkah buat Datuk Lee Chong Wei melakar sejarah Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Badminton Dunia 2014. Ketiadaan jaguh dunia Lin Dan memberi harapan besar kepada Chong Wei kali ini setelah beberapa kali terkandas di final. Malam ini Chen Long akan manjadi halangan terakhir impian Datuk.



Semalam Lee Chong Wei menang mudah ke atas pemain tuan rumah, Viktor Axelsen dengan straight set 21-9, 21-7. Chen Long juga menepati ramalan menewaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia. Perlawanan sengit malam ini bakal menyaksikan juara dunia yang baru. Tahun 2011 & 2013 milik Lin Dan yang memegang rekod juara terbanyak 5 kali.



Dari 17 perlawanan, Lee Chong Wei menang 9 kali manakala Chen Long menang 8 kali. Dalam pertemuan tahun ini Datuk Lee Chong Wei menang kedua-dua perlawanan termasuk di Kejohanan All England 2014 bulan Mac lalu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Semi Final Badminton Dunia 2014 | Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN PINGAT EMAS SULUNG NEGARA



Hanya tinggal Datuk Lee Chong Wei sebagai wakil tunggal pemain Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia 2014. Semalam beregu negara tewas kepada pasangan Korea Selatan dengan straight set 18-21, 13-21. Hari ini dalam pusingan separuh akhir, Lee Chong Wei akan menentang pemain tuan rumah Denmark Viktor Axelsen yang juga pilihan ke-14 kejohanan.



Sebelum ini Datuk Lee Chong Wei menang mudah ke atas pemain muda China, Wang Zhengming 21-8 , 21-11. Menanti pemenang di final nanti adalah pilihan ke-2 Chen Long atau Tommy Sugiarto dari Indonesia. Rekod pertemuan kedua pemain Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen nyata memihak kepada pemain nombor satu dunia itu.



Dari 5 perlawanan, Lee Chong Wei menang semua dalam straight set dan kali terakhir mereka bertemu di Kejohanan Super Series Terbuka Denmark Oktober 2013. Seperti yang diketahui umum, edisi Badminton Dunia kali ini tiada penglibatan jaguh China Lin Dan. Jadi tumpuan peminat Malaysia terarah kepada Datuk Lee Chong Wei untuk membawa pulang pingat emas pertama negara dalam sejarah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Perlawanan & Keputusan BADMINTON DUNIA 2014 | Pemain Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BWF WORLD CHAMPIONSHIPS 2014 , COPENHAGEN DENMARK

JADUAL BADMINTON DUNIA 2014


Esok merupakan hari yang penting buat kontinjen negara ke Kejohanan Badminton Dunia 2014 di Copenhagen, Denmark. Tumpuan dunia kini terarah kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang dijangka mampu melakar sejarah buat Malaysia. Lin Dan yang merupakan juara bertahan gagal melayakkan diri kerana kekurangan mata perlawanan badminton super series.



Kejohanan ini akan berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2014 bermula dengan pusingan 64 hingga perlawanan akhir. Harapan Malaysia pastinya diletakkan kepada Lee Chong Wei untuk mengutip pingat emas pertama negara dalam sejarah kejohanan badminton dunia. Kita juga mengharapkan beregu emas Sukan Komanwel 2014 Goh V Shem / Lim Kim Wah untuk mara ke final.



Jika dilihat laluan ke final, Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu jaguh tuan rumah, Jan O Jorgenson atau Simon Santoso di separuh akhir. Halangan terakhir sudah pasti Chen Long yang diletakkan selaku pilihan ke-2 kejohanan. Walaupun tiada kelibat Lin Dan kali ini, Chong Wei perlu berhati-hati dengan kejutan pemain lain yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Sukan Komanwel Glasgow 2014 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA LEE CHONG WEI



Misi mempertahankan pingat emas sukan badminton bakal ditempoh tanpa kelibat Datuk Lee Chong Wei buat pertama kali tahun ini kerana kecederaan. Sejak tahun 2006, Malaysia menggungguli kategori badminton dengan pungutan 4 pingat emas yang menjadi penyumbang terbesar kepada kontinjen negara. Sasaran yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia untuk Sukan Komanwel 2014 ialah 7 pingat emas sahaja.



Dalam acara badminton, sebanyak 6 pingat emas dipertandingkan antaranya bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, beregu campuran dan kategori berpasukan. Pendedahan kepada pemain muda ini perlu sebelum kita membuat persiapan untuk Sukan Asia di Korea nanti.



Memandangkan Sukan Komanwel tidak disertai oleh jaguh badminton dunia separti China, Korea Selatan, Indonesia dan Denmark, Malaysia dijangka menerima tentangan sengit dari negara England dan India sahaja.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Indonesia 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN



Datuk Lee Chong Wei yang baru sahaja menggunguli Terbuka Jepun Ahad lalu akan cuba mempertahankan status juara bertahan Kejohanan Badminton Djarum Terbuka Indonesia 2014. Kejohanan ini telah bermula pada 17 Jun lalu dan akan berakhir pada 22 Jun di Stadium Istora, Jakarta.



Sebelum ini Lee Chong Wei sudah 5 kali menjuarai Terbuka Indonesia (2007,2009,2010,2011,2013). Sudah pasti pemain nombor satu dunia itu tiada masalah dengan tekanan dari penyokong tempatan. Datuk Lee Chong Wei dijangka bertemu Kenichi Tago atau Simon Santoso sekiranya berjaya mara ke pusingan separuh akhir.



Selain Datuk Lee Chong Wei, harapan negara juga tertumpu kepada Chong Wei Feng dan beregu Tan Boon Heong/Tan Wee Kiong untuk mara ke pusingan seterusnya. Dalam kesibukan demam bola sepak Piala Dunia 2014, jangan ketinggalan untuk dapatkan infomasi terkini tentang  badminton Malaysia di blog ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

LIN DAN MAHU TEBUS KEKECEWAAN



Bekas juara dunia, Lin Dan nampaknya begitu bersemangat untuk menebus kekecewaan China dalam Kejohanan Piala Thomas tempoh hari. Beliau yang diletakkan selaku perseorangan ke-3 tidak dapat bermain di separuh akhir menentang Jepun kerana pasukannya sudah tewas 0-3. Strategi China nampaknya gagal membuahkan hasil kali ini.



Jepun pula mencatatkan sejarah selaku pasukan pertama yang berjaya memecah dominasi Malaysia, Indonesia dan China yang pernah menjuarai Piala Thomas. Kali ini di Kejohanan Badminton Super Series Jepun, pastinya pemain-pemain lawan ingin melunaskan dendam.



Malaysia diketuai Lee Chong Wei pastinya lebih merasai keperitan tewas di pusingan akhir dan gagal menamatkan penantian 22 tahun Piala Thomas. Mampukah Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir yang memungkinkan pertemuan beliau dengan Lin Dan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Piala Thomas Malaysia vs Jepun | 25 Mei 2014 di Astro dan RTM

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG AKHIRI PENANTIAN 22 TAHUN


Jepun menang 3-2. Tahniah!

Seluruh negara kini semakin berdebar menantikan siaran langsung perlawanan akhir badminton Piala Thomas 2014 antara pasukan Malaysia dan Jepun petang ini. Kali terakhir Malaysia mara ke final pada tahun 2002 namun tewas 2-3 kepada Indonesia. Mampukah sejarah terukir di bumi India?



China yang merupakan kuasa besar dunia badminton menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 0-3 kepada Jepun di separuh akhir. Bagaimanapun pasukan Piala Uber China berjaya melebarkan penguasaan mereka untuk kategori wanita. Mereka mudah menewaskan tuan rumah India yang menunjukkan peningkatan pada edisi kali ini.



Malaysia layak ke peringkat akhir dengan mengetepikan cabaran Indonesia 3-0. Persembahan beregu utama negara semakin nampak peningkatan apabila berjaya menewaskan beregu nombor 1 dunia Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan dalam rubber set.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2014 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN

18 hingga 25 Mei 2014, India


Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor satu dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Simon Santoso Terbuka Singapura 13 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

FINAL BADMINTON SINGAPORE OPEN 2014


Lee Chong Wei kalah 15-21,10-21

Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal Malaysia yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Super Series Terbuka Singapura 2014. Semalam Lee Chong Wei terpaksa berhempas pulas untuk menang dalam rubber set menentang pemain muda India, K. Srikanth 17-21,21-14,21-19 di peringkat separuh akhir.



Dengan ketiadaan Chen Long, harapan China untuk mara ke final Singapore Open berkubur apabila wakil mereka Du Pengyu tewas kepada pemain Indonesia, Simon Santoso yang menjadi lawan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir petang ini.



Sebagai rekod, dari 10 pertemuan antara kedua pemain, Simon Santoso hanya pernah menang sekali ke atas Datuk Lee Chong Wei.. Itu pun ketika pertemuan di Terbuka Jepun 2009. Jadi tiada masalah untuk Lee Chong Wei melebarkan rekod kemenangan petang ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton Terbuka India 6 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Lee Chong Wei mng 21-13,21-17


Datuk Lee Chong Wei seperti biasa menjadi wakil tunggal Malaysia yang layak ke perlawanan akhir Kejohanan Super Series Terbuka India 2014. Semalam Lee Chong Wei menang dalam rubber set menentang wakil China, Du Pengyu 21-17,19-21,21-14. Lawannya hari ini pemain nombor dua dunia juga dari China, Chen Long.



Hari ini genap 30 hari kehilangan pesawat MH370. Bulan lepas Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka All England dan menghadiahkan kemenangan itu kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya keluarga penumpang dan krew. Diharapkan sukan badminton akan terus merapatkan hubungan dua hala antara Malaysia-China.



Sebagai rekod, dari 16 pertemuan antara kedua pemain, kedua pemain berkongsi 8 kemenangan. Lee Chong Wei menang dalam pertemuan terakhir pada Kejohanan All England 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton All England 9 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Datuk Lee Chong Wei dipaksa bermain 3 set dalam pusingan separuh akhir semalam menentang pemain kurang ternama dari Korea, Son Wan Ho. Dikejutkan dalam set pertama, Lee Chong Wei bangkit untuk menang set kedua dan ketiga. Apakah peristiwa #MH370 memberi kesan terhadap tumpuan permainan Datuk?



Nak dijadikan cerita, pertembungan dengan Chen Long malam ini ada kaitan secara langsung dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sukan biasanya sinonim dengan menyatukan rakyat dan wakil yang bertanding. Simbolik malam ini mungkin lebih terarah kepada nasib yang menimpa keluarga mangsa yang terlibat.



Sebagai rekod, dari 15 pertemuan antara kedua pemain, Chen Long mempunyai kelebihan 1 kemenangan 8 berbalas 7. Dalam 4 pertemuan terakhir semua dimenangi Chen Long. Melihat kepada prestasi semasa agak sukar untuk Lee Chong Wei menyaingi pemain China itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MISI SEKAT CHEN LONG



Dari zaman penyerahan kuasa Lin Dan kepada Chen Long, Malaysia masih lagi mengekalkan Lee Chong Wei sebagai pesaing utama mereka. Bayangkan jika Datuk Lee Chong Wei menyatakan hasrat untuk menggantung raket beliau. Sudah pasti pihak yang paling panik ialah BAM dan Menteri Belia & Sukan, KJ.



Tapi kita harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencontohi China dalam melahirkan barisan pelapis berkualiti. Yang kita kejar hanya status pemain nombor 1 dunia. Sebab itu dalam edisi All England kali ini hanya 4 wakil Malaysia yang layak ke pusingan ke-2.



Malang buat Chong Wei Feng kerana terpaksa berdepan Datuk Lee Chong Wei awal pagi esok. Malaysia juga masih mempunyai wakil dalam acara beregu lelaki dan wanita. Tahun lalu, pencapaian terbaik kita menerusi Datuk Lee Chong Wei yang tewas di final kepada Chen Long. Besar harapan supaya tahun ini menjadi milik Malaysia pula.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Stadium Putra Bukit Jalil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JOM PAKAT KE STADIUM

CARA NAK BELI TIKET ONLINE BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2014
Sumber

Menjelang cuti Hari Thaipusam pada 17 Januari 2014, para peminat badminton sekitar Lembah Klang bolehlah menonton secara langsung perlawanan Badminton Terbuka Maybank di Stadium Putra Bukit Jalil. Setakat pusingan kedua hari ini, Malaysia masih mempunyai 5 wakil termasuk Datuk Lee Chong Wei. Rujuk jadual lengkap di sini.



Jika menang perlawanan petang ini, Lee Chong Wei dijangka menentang Du Pengyu (China) dalam perlawanan suku akhir esok. Jika mara ke separuh akhir pada hari Sabtu, Datuk mungkin bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen atau  Boonsak Ponsana dari Thailand.



Tiket-tiket boleh diperolehi di pintu masuk stadium atau secara online di Laman Web TicketPro. Harga bermula dari RM 20 - RM 65 seorang mengikut tempat duduk.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

ANGKA 10 SASARAN DATUK LEE CHONG WEI

MAYBANK OPEN 2014, BADMINTON TERBUKA MAYBANK 2014


Semalam telah bermula Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014 anjuran Maybank. Kejohanan ini akan berlangsung dari 14 Januari hingga 19 Januari 2014 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Baru beberapa hari lepas kita menyaksikan kekalahan Datuk Lee Chong Wei di Final Terbuka Korea 2014. Nampaknya kuasa China dalam acara perseorangan masih sukar digugat.



Malaysia menghantar puluhan wakil dalam pertandingan kali ini. Namun kebanyakannya terkandas di pusingan awal. BAM perlu lakukan sesuatu untuk meningkatkan kualiti pelapis sedia ada jika masih mahu bersaing dengan negara China, Korea dan Denmark.



Harapan utama masih lagi diletakkan di bahu Lee Chong Wei. Beliau merupakan pemegang rekod kejuaraan 9 kali dalam edisi Terbuka Malaysia. Mampukah Datuk mencapai gelaran ke-10 tahun ini? Sama-sama kita memberi sokongan padu untuk pemain negara kita. Tiket online boleh didapati di sini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/